Sunday, September 21, 2014

Movie Marathon Setiap Sabtu



I'm back...After Cebu Island Story, ingat tade ape nak story2 lagi...Got idea nak ceciter pasal movie review. For 3 straight Saturday aku tengok wayang. All three (3) movie di satu tempat yang sama, GSC Alamanda, Putrajaya. Like really? Macam Shah Alam tade wayang pulak kan sampai sanggup ke sana. P/s: Shah Alam ade MBO dekat SpaceU8 tapi sane macam tade ape so malas nak pergi sane. Kalau pergi Putrajaya, lepas tengok wayang, apa lagi...SELFIE sampai lebam ar...Gitoh!! 

Fyi u'ollz, first week yang aku balik dari Cebu tue tengok cerita The Signal. Citer sci-fi thriller yang paling bangang ar yang pernah aku tengok. Main character, Nicholas Eastman played by whoever yang aku tak kenal. Satu actor je yang aku kenal iaitu Laurence Fishburne ala yang berlakon jd Morpheus The Matrix tue. Pakai spec itam letak je atas hidung dia. Tade bingkai. Rare! Mohon sumer takyah tengok citer nie, macam haremmm. Minggu kedua tengok citer The Purge Anarchy. Nie awesome. Dah le aku dapat tengok early screening. Early screening pun, showtime pukul 12.30am, hamek ako pecah rekod tengok midnight. Tue je showtime yang ade. Aku memang nak tengok pun citer nie. Tue yang rembat je late night show pun. Nak dijadikan cerita, citer aku Cinema 6. Ntah ape yg aku fikirkan malam tue, termasuk Cinema 8 yang screen cerita Lucy. Nasib seat aku tue tade owner nyer. Kalau tak malu mak noks =( ....Dengan muka aku yang comel manis buat-buat keluar nak pergi toilet, padahal terus masuk Cinema 6. Nasib tengah iklan lagi masa tue.

And just yesterday, aku tengok cerita The Swimmers a.k.a Perenang dengan 2 lagi kawan office. Thailand juga mari...Kap kap terjun tingkap ar kan. Jenuh baca subtitle sebab fully Thai language kan. Mane nak faham noks...Gagahkan jela diri baca subtitle. Ok la citer nie. Ending dia aku tak suka. Boleh tak macam tue? Hihihi =) Meh baca review aku pasal 3 cerita nie...Siap aku bagi Official Trailer lagi.

1. The Signal 


Mengisahkan Nick Eastman and 2 lagi sahabatnya berusaha menjejaki satu "signal" yang sering menganggu mereka dan berjaya menggodam laman web kerajaan yang hampir membuatkan mereka terlibat sama. Usaha mereka berjaya ketika mereka menjumpai lokasi signal itu dihantar. Satu rumah usang di pinggir bandar. Nick dan rakannya Jonah masuk ke rumah itu meninggalkan satu lagi rakan mereka, Haley di dalam kereta. Dengan tidak semena, mereka berdua terdengar Haley menjerit dan pantas mereka keluar untuk mencari Haley. Haley tiada di dalam kereta. Secara tiba-tiba mereka di kejutkan dengan cahaya dari satu arah yang tidak di kenal pasti. Sedar-sedar sahaja, Nick berada di satu tempat. Hospital la kowt. Hospital di mana "doktor" nya memakai sut angkasawan. Di manakah Haley dan Jonah? Haaaa...Nak tahu cerita penuh yang membosankan dan banyak soalan tak diterima akal, sila la tengok sendiri...Hihi =)





2. The Purge: Anarchy

Citer nie ohsem sesangat k! Even full of keganasan but for me normal la. Banyak tembak-menembak. Cold blood murder scene. Mengisahkan "event" tahunan di satu bandar di negara Amerika yang membenarkan jenayah dilakukan selama 12 jam. So, dalam masa 12 jam tue nak bunuh orang ke, nak sembelih orang ke dibenarkan. Polis or other law enforcement tidak akan bertindak apa-apa pun dalam masa 12 jam tue. Pandai-pandai hampa la nak hidup. Siap ade countdown lagi tue tak boleh blah. Seorang sarjan polis, Leo Barnes lakonan Frank Grillo (memang aku tak kenal), ingin membalas dendam terhadap pembunuh anaknya a.k.a turut serta dalam Purge tue. Sepasang suami isteri Shane dan Liz yang tiada kena-mengena dengan event "bingai" nie menjadi mangsa sabotaj geng topeng putih. Eva dan Cali Sanchez (anak-beranak) pula menjadi mangsa free satu geng yang membalas dendam secara random. Mangsa keadaan sangat mereka nie. Ikutkan dah jadi arwah tapi berjaya diselamatkan oleh Sargeant Barnes. Tapi, dapatkan mereka berlima bertahan 12 jam sehingga annual event itu berakhir? Dapatkah Sargeant Barnes membalas dendam diatas kematian anaknya? Nak tahu, sila la ke pawagam berhampiran anda...

STAR AKU NAK BAGI -  4 BINTANG !!!




3. The Swimmers

Baru je semalam tengok citer Thailand nie dengan kawan office lama. Actually, I'm not a fan of citer seram tapi sebab semalam option yang ada di Alamanda pun nie je yang aku belum tengok so layan jelah. Nasib baik my other two (2) friends OK je dengan citer nie. Nak dijadikan cerita, semalam GSC tak jual popcorn sebab masalah teknikal. Lucky tade. Kalau ade, mau terbang popcorn nanti... #mohonpaham2sendiri

Mengisahkan 3 perenang yang bersahabat baik, Perth, Tan and Ice. Ice and Tan nie couple tapi Perth mencintai Ice tanpa pengetahuan Tan. Ice mempunyai perasaan yang sama untuk Perth dan membuat keputusan untuk break-up dengan Tan untuk bersama dengan Perth. Mereka berdua terlanjur sehingga Ice hamil. Ice memberitahu Perth mengenai kehamilan itu. Tapi hengat lelaki tue nk bertanggungjawab ke? Tade makne nyer. Siap teman Ice buat abortion lagi. Moral of the story, jangan cari BF mcm Perth! #Tibarh.. Satu hari, Ice di jumpai mati membunuh diri dengan terjun dari papan anjal yang paling tinggi. Nak tahu sebab kenapa Ice membunuh diri, apa lagi, serbu panggung wayang berhampiran anda. Kalau aku citer nanti, tak syok la sebab nanti u'ollz dah tahu siapa yang buat Ice bunuh diri...

STAR AKU NAK BAGI: 3.5 BINTANG!!! (Sebab subtitle aku cut sikit markah) #Tibarh



Haa...next Wednesday nak tengok wayang lagi. Dapat pass free member bagi. Apa lagi, serang The Maze Runner la kowt lepas nie...That's all my readers. Wassalam! =D