FANS-tastic

Tuesday, December 1, 2015

Day 4 Hong Kong - Evening Senja Walk

As promise yesterday, malam nie Capt nak tamatkan entry untuk hari ke-4 di Hong Kong. Well, it's almost 12 am but I still want to end it. So, Assalamualaikum readers! 

DAY 4 PART 2 | 2 AUGUST 2015 | SUNDAY 

Untuk entry bahagian kedua hari kedua terakhir kami di Hong Kong tue, Capt decide untuk let the pictures tell you all about it. Sebab time jalan-jalan petang tue memang we all banyak jadi model sambilan tak berbayar. Syok benar jadi model and menikmati senja di Victoria Harbour tue. Ape yang Capt nak cerita is our destination for that evening walk that day.

1. Salisbury Road
2. Clock Tower
3. Avenue of Stars
4. Tsim Sha Tsui Promenade
5. Hong Kong 3D Muzium

Memandangkan we all sepakat membawa berkat untuk menikmati permandangan senja di Hong Kong, maka we all bermusyawaroh untuk evening walk kat Avenue of Stars. Before that we all terjah Clock Tower which memang tak jauh dari our hotel. Pukul 5 petang tepat we all pun keluar hotel and berjalan kaki ke Clock Tower tue. Nak ke arah Clock Tower tue we all terserempak dengan satu teko gergasi. Menarik la teko tue sampai ape lagi kan tambah koleksi selfie wefie lagi.

The Peninsula Hotel

Capt in front The Peninsula

Gaya model sado benor je

Nani dengan cara tersendiri

Nazmi nak tangkap dengan air terjun tue sekali

Nie la teko giant nyer!

Us in front of the giant teko

Besar kan teko nyer. Dah puas tengok teko tue, then we all pun gerak mencari The Clock Tower. Clock Tower tue seberang jalan so kene cross la kan. Tinggi tower nyer tue. Clock Tower nie menghadap bahagian seberang Hong Kong a.k.a menghadap The Peak Tram la. Another side of Hong Kong. Meh belanja gambar satu gambar.

Tinggi la sangat

Sedang Capt posing dengan tower tue yang lain dah berjalan ke depan. Sabor jela. So ape lagi kan, keluar la segala monopod and smartphone posing kat bay tue. Senja-senja nie jugak la ade asmaradana couple2 kat situ. Cuci mata la pulak petang-petang. Buat tak pandang jela. Time time posing kat Victoria Harbour nie kan ade la tongkang-tongkang klasik melintas sane sini kat Harbor tue. Maka, ape lagi bergambar la sakan la.

Tue Star Ferry Pier

Another side of Hong Kong

Tongkang kecik

Tongkang unik lagi klasik

Ferry moden belayar

Smilezzzz

Merenung jauh benor



Haa...dah puas merenung permandangan Victoria Harbor tue then we all move to the next destination. Avenue of Stars. Kali nie nak mencari jugak figura Bruce Lee. Tak kira nak jugak bergambar. Nasib menyebelahi Capt sebab memang jumpa figura tue. Tapi kan sepanjang perjalanan nak ke figura Bruce Lee tue we all jumpa banyak bintang-bintang pelakon Hong Kong yang terkenal. Paling best dapat jumpa bintang artis Malaysia wey, Tan Sri Michelle Yeoh. Mau tak bangga! Orang Malaysia ade bintang kat Hong Kong tue. Siap ade dengan tapak tangan dier lagi. Hebat! Antara bintang-bintang lain yang we all jumpe is Jet Li, Andy Lau, Chow Yun Fatt & Jackie Chan.


Shuk with Jet Li Star

Capt with Jet Li star

Nani with Michelle Yeoh star

Bangga jumpa bintang Michelle Yeoh

Kami bangga kay!

Dah jumpa bintang-bintang tue, jumpa lagi mende-mende unik nak ke arah figura Bruce Lee tue. Roll, Camera and Action!

Ready for take

Cameraman ready?

Soundman ready

Camera-girl still rolling

All set director

Screen test 1 take 1

Kerusi panas pengarah kene tukar orang

Now cameraman ready for action

Besar punyer tape

Yelar tue tape besor

Dah puas men peranan director, cameraman and soundman maka akhirnya kami jumpa figura Bruce Lee!!!!!

Nak jugak try immitate gaya Bruce Lee

Ala-ala sado sangat macam belakang dier tue

Bese ar Nazmi dengan style dier tue

Caption-less

Tercapai jugak hajat nak bergambar dengan figura mendiang nie. Legend sangat dalam dunia kung fu. Dah tercapai hajat tue then we all to Tsim Sha Tsui Promenade. Tak ape sangat la kat cnie. Permandangan je best. Tapi, we all jumpa bas double decker Hong Kong. Sempat la masing-masing posing.

Dapat la gaya jumper tue

Ayu benor posing tue. Innocent kay!

Freestyle Nazmi

Penat nk melompat

Paling best ape tau for the evening walk, Capt, Nazmi and Shuk repeat posing untuk The Girl with Pearl tue. Tak nak ngalah masing-masing.

Almost sama

Muke mintak penampor

Gaya innocent

Hahaa...nak jugak berusaha posing sama macam patung belakang tue. Malam kelmarin tak nampak kan. Nie kire nak tunjuk rupa sebenor dier di siang hari. Our evening walk tue habes almost nak pukul 7 malam jugak la. Then, we all musyawaroh nak pergi Hong Kong 3D Muzium. Kate nyer blogger kene singgah tempat nie. Maka, berjalan la kami mencari HK 3D Muzium tue. Sempat la v-log sekejap.




Berpusing jugak we all cari muzium tue. Naik turun bangunan. Last last tanye pak guard bank. Nasib tanye kalu tak memang tak jumpa la jugak sebab muzium tue dalam bangunan. Tapi, kan sampai-sampai je we all rasa macam kecik muzium nyer so tak jadi masuk. Musyawaroh kat taman depan bangunan yang ade muzium 3D tue. Sementara mereka bertiga musyawarroh, Capt selfie sorang-sorang syok sendiri.


In front of the 3D Muzium

Selfie with air pancut

Layankan jelah

Shuk interframe la pulak

Sedar-sedar je nama Capt dipanggil. Okie, back to Mongkok untuk mencari souvenir. Survey kat Macau tade yang berkenan kan maka kami pun kembali la ke night market tue. Masuk subway East Tsim Sha Tsui and cari Tsuen Wan Line untuk ke Mongkok. Pergh, we all datang time weekend kan. Meriah sih dari hari Jumaat. Macam-macam pertunjukan ade. Street bank toksah citer ar memang banyak. Paling best ade satu uncle nie buat show timbang pasu besar. Pasu tue besar and berat ye. Kuat dahi uncle nie. Another one satu lagi peniaga buat lukisan collage guna kaca. Kaca berwarna kay! Ako impress!!!


Karaoke baeekkk punyer

Nie la uncle collage

Besar kan

Ako salute dengan orang-orang macam nie. Tua-tua pun masih bekerja kat pasar malam untuk sara hidup. Then we all masuk la kawasan peniaga souvenir. Tak di sangka we all datang balik kat kedai aunty jual baju tue. Kali nie we all tawar nak 9 helai baju dengan harga 100 HKD. Alhamdulillah dapat makanya ape lagi masing-masing memilih la ape yang patut. Sporting ke aunty tue. Dapat baju masing-masing then misi mencari fridge magnet and key chain plak. Banyak kedai we all singgah, we all tawar sungguh-sungguh untuk dapat harga tue. Ade dua tiga kedai jela yang boleh layan tawar-menawar nie. Ade satu aunty kate "Gila" kat kiteorang sebab tawar fridge magnet murah sangat. Sabor jelah! Last last we all kembali ke kedai aunty pertama. Dapat la masing-masing fridge magnet yang diingini. Capt pilih fridge magnet yang view Hong Kong yang real punyer. 5 keping 80 HKD a.k.a RM 40. Satu jatuh RM 8. Boleh la. Shuk pulak haunt plak Hong Kong. Dapat la jugak dier mencari plak tue. Harga nyer dalam HKD 50. Tue pun puas tawar menawar. 

Sedang-sedang berjalan cuci mata tue, we all terserempak dengan banyak orang Malaysia. Ade la satu perempuan nie. Pakai elok dah, tapi ade ke patut dier kate "Apesal banyak sangat orang Malaysia kat Hong Kong nie". Amboi amboi kaw perempuan. Sedap mulut cakap. Ko sorang ke boleh datang Hong Kong. Panas telinga dengar nya. Sabor jela perempuan mulut tade diskaun nie. Dah panas hati kan, then we all pun decide untuk balik ke hotel untuk pack up ape yang patut. So esoknya tade la kelam kalibut kan. Sampai-sampai hotel je pukul 11.30 pm. Rehat sekejap on WIFI and hupload insta masing-masing. Fokus betul masing-masing upload Insta. Me, upload sikit and then continue kemas beg. Benda paling rumit pada akhir percutian. Kemas beg. Puas gulung tshirt. Mana taknya, nak gulung 18 helai masuk dalam beg. Berbagai cara disusun akhirnya dapat kemas beg. Then, 12.30 am off to bed. Tutup tirai Day 4.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaa...Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak siapkan entry hari ke-4. It's 12.57 am, need to go to sleep. Hari akhir di Hong Kong akan berkesudahan satu post sahaja. Penutup yang happening. Stay tuned! xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...