FANS-tastic

Sunday, September 21, 2014

Movie Marathon Setiap Sabtu



I'm back...After Cebu Island Story, ingat tade ape nak story2 lagi...Got idea nak ceciter pasal movie review. For 3 straight Saturday aku tengok wayang. All three (3) movie di satu tempat yang sama, GSC Alamanda, Putrajaya. Like really? Macam Shah Alam tade wayang pulak kan sampai sanggup ke sana. P/s: Shah Alam ade MBO dekat SpaceU8 tapi sane macam tade ape so malas nak pergi sane. Kalau pergi Putrajaya, lepas tengok wayang, apa lagi...SELFIE sampai lebam ar...Gitoh!! 

Fyi u'ollz, first week yang aku balik dari Cebu tue tengok cerita The Signal. Citer sci-fi thriller yang paling bangang ar yang pernah aku tengok. Main character, Nicholas Eastman played by whoever yang aku tak kenal. Satu actor je yang aku kenal iaitu Laurence Fishburne ala yang berlakon jd Morpheus The Matrix tue. Pakai spec itam letak je atas hidung dia. Tade bingkai. Rare! Mohon sumer takyah tengok citer nie, macam haremmm. Minggu kedua tengok citer The Purge Anarchy. Nie awesome. Dah le aku dapat tengok early screening. Early screening pun, showtime pukul 12.30am, hamek ako pecah rekod tengok midnight. Tue je showtime yang ade. Aku memang nak tengok pun citer nie. Tue yang rembat je late night show pun. Nak dijadikan cerita, citer aku Cinema 6. Ntah ape yg aku fikirkan malam tue, termasuk Cinema 8 yang screen cerita Lucy. Nasib seat aku tue tade owner nyer. Kalau tak malu mak noks =( ....Dengan muka aku yang comel manis buat-buat keluar nak pergi toilet, padahal terus masuk Cinema 6. Nasib tengah iklan lagi masa tue.

And just yesterday, aku tengok cerita The Swimmers a.k.a Perenang dengan 2 lagi kawan office. Thailand juga mari...Kap kap terjun tingkap ar kan. Jenuh baca subtitle sebab fully Thai language kan. Mane nak faham noks...Gagahkan jela diri baca subtitle. Ok la citer nie. Ending dia aku tak suka. Boleh tak macam tue? Hihihi =) Meh baca review aku pasal 3 cerita nie...Siap aku bagi Official Trailer lagi.

1. The Signal 


Mengisahkan Nick Eastman and 2 lagi sahabatnya berusaha menjejaki satu "signal" yang sering menganggu mereka dan berjaya menggodam laman web kerajaan yang hampir membuatkan mereka terlibat sama. Usaha mereka berjaya ketika mereka menjumpai lokasi signal itu dihantar. Satu rumah usang di pinggir bandar. Nick dan rakannya Jonah masuk ke rumah itu meninggalkan satu lagi rakan mereka, Haley di dalam kereta. Dengan tidak semena, mereka berdua terdengar Haley menjerit dan pantas mereka keluar untuk mencari Haley. Haley tiada di dalam kereta. Secara tiba-tiba mereka di kejutkan dengan cahaya dari satu arah yang tidak di kenal pasti. Sedar-sedar sahaja, Nick berada di satu tempat. Hospital la kowt. Hospital di mana "doktor" nya memakai sut angkasawan. Di manakah Haley dan Jonah? Haaaa...Nak tahu cerita penuh yang membosankan dan banyak soalan tak diterima akal, sila la tengok sendiri...Hihi =)





2. The Purge: Anarchy

Citer nie ohsem sesangat k! Even full of keganasan but for me normal la. Banyak tembak-menembak. Cold blood murder scene. Mengisahkan "event" tahunan di satu bandar di negara Amerika yang membenarkan jenayah dilakukan selama 12 jam. So, dalam masa 12 jam tue nak bunuh orang ke, nak sembelih orang ke dibenarkan. Polis or other law enforcement tidak akan bertindak apa-apa pun dalam masa 12 jam tue. Pandai-pandai hampa la nak hidup. Siap ade countdown lagi tue tak boleh blah. Seorang sarjan polis, Leo Barnes lakonan Frank Grillo (memang aku tak kenal), ingin membalas dendam terhadap pembunuh anaknya a.k.a turut serta dalam Purge tue. Sepasang suami isteri Shane dan Liz yang tiada kena-mengena dengan event "bingai" nie menjadi mangsa sabotaj geng topeng putih. Eva dan Cali Sanchez (anak-beranak) pula menjadi mangsa free satu geng yang membalas dendam secara random. Mangsa keadaan sangat mereka nie. Ikutkan dah jadi arwah tapi berjaya diselamatkan oleh Sargeant Barnes. Tapi, dapatkan mereka berlima bertahan 12 jam sehingga annual event itu berakhir? Dapatkah Sargeant Barnes membalas dendam diatas kematian anaknya? Nak tahu, sila la ke pawagam berhampiran anda...

STAR AKU NAK BAGI -  4 BINTANG !!!




3. The Swimmers

Baru je semalam tengok citer Thailand nie dengan kawan office lama. Actually, I'm not a fan of citer seram tapi sebab semalam option yang ada di Alamanda pun nie je yang aku belum tengok so layan jelah. Nasib baik my other two (2) friends OK je dengan citer nie. Nak dijadikan cerita, semalam GSC tak jual popcorn sebab masalah teknikal. Lucky tade. Kalau ade, mau terbang popcorn nanti... #mohonpaham2sendiri

Mengisahkan 3 perenang yang bersahabat baik, Perth, Tan and Ice. Ice and Tan nie couple tapi Perth mencintai Ice tanpa pengetahuan Tan. Ice mempunyai perasaan yang sama untuk Perth dan membuat keputusan untuk break-up dengan Tan untuk bersama dengan Perth. Mereka berdua terlanjur sehingga Ice hamil. Ice memberitahu Perth mengenai kehamilan itu. Tapi hengat lelaki tue nk bertanggungjawab ke? Tade makne nyer. Siap teman Ice buat abortion lagi. Moral of the story, jangan cari BF mcm Perth! #Tibarh.. Satu hari, Ice di jumpai mati membunuh diri dengan terjun dari papan anjal yang paling tinggi. Nak tahu sebab kenapa Ice membunuh diri, apa lagi, serbu panggung wayang berhampiran anda. Kalau aku citer nanti, tak syok la sebab nanti u'ollz dah tahu siapa yang buat Ice bunuh diri...

STAR AKU NAK BAGI: 3.5 BINTANG!!! (Sebab subtitle aku cut sikit markah) #Tibarh



Haa...next Wednesday nak tengok wayang lagi. Dapat pass free member bagi. Apa lagi, serang The Maze Runner la kowt lepas nie...That's all my readers. Wassalam! =D

Tuesday, September 16, 2014

Al Kisah Dalam Flight & Touchdown KLIA2

Haaa...nak post entry touchdown cepat. Tibarrr!! Hi my readers. Hari nie cuti Hari Malaysia kan so sempat la buat 2 entry satu masa. Day 3 finish, now it's time for Touchdown story. Nak ceciter pasal kejadian kami dalam flight AK951. Ready? Get set go!

Citer nyer begini, kami board flight lewat sikit sebab captain AA bagitahu ATC Airport melaporkan trafik di awan biru jem sikit sebab banyak flight take off. K fine. Reason is accepted. Nyaris ingat ketinggalan flight td. Kali nie kami berempat tak duduk sebaris. Aku and Nani sebelah je and that 2 gentleman duduk baris belakang. Tak dapat la nak bergosip ke berselfie ke... #gilercamwhorebetol

Memang kami suke selfie

Stewardess untuk flight kami boleh la tahan cute. Steward sorang je. So so jelah. Kami berempat tak order makanan online. So masing-masing lapar tahap gilos. Nak lunch pun tak sempat sebab rushing kan, tue yang decide nak makan dalam flight je. Tapi, steward & stewardess nie serve makanan yg order online dulu. So, kami kebuloq habes time tue. Bila time kami nak order, choice dier memang limit and then almost habes. Nak tak nak aku order la cheese burger and soft-drink A&W. Nani order nasi lemak and Ribenna. Kanak-kanak betol ko nie. Nazmi and Amir redha amek vegetable curry beriani. Masing-masing bila dapat je, terus makan. Tak menyempat nak selfie ape. Senyap plak tue. Fokus makan. Laparkan. Tue pun tak cukup bagi aku. Still lapar lagi. Ok, lesson learnt. After this flight more than 2 hours, sila beli online. Noted! Mahal pun mahal kalau beli on the spot. Burger dgn air A&W tue cost me RM22. Burger simple je tade mayonis bagai RM16. Sentap mak dengan harga mencanak tue!

Lepas makan and minum air sampai habes, terasa nak guna toilet pulak. Nani pergi dulu then baru my turn. Sempat juga la aku selfie sorang-sorang kat seat time tue. Jalan-jalan pergi toilet, kene queue plak ade orang. Sempat la dengar stewardess nie gosip. Memang tak dapat dipisahkan la mereka nie dengan gosip. Dalam perjalanan tue, 2 kali jugak la bangun tidur bangun tidur. Sedar-sedar je, dah nak sampai KLIA2. Sempat la aku snap Putrajaya dari atas. Meh nak share gambar...





Tue la story dalam flight. Depart lambat so kami tue tiba lewat di KLIA2. Pukul 7.15 pm baru touchdown. Alhamdulillah, kami selamat sampai di tanah air terchenta. Sempat lagi aku snap bila dah landed. THANK YOU AIRASIA!

Safely arrived
Last selfie for our adventure

Nak keluar ke pintu ketibaan pun jauh. Perlu ke suruh aku jalan jauh sangat. Huh!! Bila sampai je di pintu ketibaan, ramai pulak yang menunggu. Rasa macam artis la pulak di sambut. Ahaks!! #perasansungguh...So, kami keluar la cari teksi untuk ke Bandar Enstek where kereta aku bersemadi untuk 2 hari. Mula-mula cari kat atas tapi banyak ulat teksi kat situ. Charge sesuke hati and then tak tahu exactly tempat nak pergi. Motif!! Tanya punya tanye ade satu lokasi semua teksi berkumpul. Sistem nyer bayar kat kaunter yang disediakan khas. So, for this time our taxi fare from KLIA2 to Bandar Enstek cost us RM 42.20. Oklah kongsi berempat kan. Tapi, taxi driver kami tue kerek semacam la. Tanye macam nak marah je. Jangan nak sombong sangat la bang oii!! #mohonterasa

Complicated jugak la nak cari rumah kawan Nani tue. Dah jumpa ok. Bila nak keluar pulak kami sesat. Pusing-pusing tempat yang sama jugak. Sekali nampak satu motor keluar, kami ikut and nasib baik jumpe jugak mainroad. Before balik, kami makan di satu restoran yang Amir bawak since dier orang Cyberjaya. Kami order masakan Thai. Nikmat kowt dapat makan normal balik. RM 40++ je. Murah k. Kami order dekat 5 lauk malam tue. Alhamdulillah kenyang. Dah kenyang-kenyang tue, bukan nak balik, timbul idea dari Nazmi nak tengok wayang di Alamanda, Putrajaya. Sakan habes aku berjimba. Plan asal nak tengok citer Gallows Hill tapi seat penuh. Tinggal seat dpn screen. Tak kuasa aku duduk depan sangat. Sakit tengkok. So, kami pilih citer The Signal and citer nie the stupidest punyer cerita yang pernah aku tengok. Mohon sumer takyah tengok citer nie...The Americans dah kering idea ke nak buat citer science fiction? GMS la citer ni!! Penat tunggu pukul 11.50pm last2, aku rasa banyak tidur je...

After movie, so tiba masa aku hantar sorang-sorang buddys ako yang sporting nie balik ke rumah masing-masing. Aku sampai rumah pun pukul 3.30am. Bukan nak terus tidur, sempat lagi update blog. Hahaha...After that, baru la tidur...That's all folks. Hope you all enjoy dengan entry aku pasal Cebu nie...Panjang memang panjang. Well, I am a quite detail person. Sumer benda aku nak citer pasal trip nie...See you again for my next entry pasal...belum tahu lagi nak tulis pasal ape.

Dengan ini maka entry CEBU ISLAND WITH MY TRAVEL BUDDYS melabuhkan tirainya....Wassalam =)

Cebu Island with My Travel Buddys - Final Day at Cebu

2.18pm di hadapan laptop dan TV tutup sebab tade cerita best pun time cuti nie. So, aku gunakan kesempatan ini untuk post entry akhir mengenai my holiday to Cebu with my other 3 sporting travel buddys. Rasa sedih pulak nak tamat dah ceritera travelog aku nie. Sob sob sob... =(

Ok, where am I going to start. Let me see from the last entry. Ok, last entry cakap nak ceciter pasal souvenir hunting at Cebu City. Get yourself a cup of tea and Gradenia butterscotch bread coz it is a long entry #LOL

CEBU ISLAND, PHILIPPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Day 3: Souvenir Hunting, Cebu City

Pagi hari ketiga aku bangun lambat lagi. Al-maklum la keletihan tahap max satu hari jalan ke Oslob. Penat kay! Kali nie Nazmi tak ketuk pintu tapi dok teriak dari lobby je panggil aku dengan Nani. Keluar bilik tengok dia dengan Amir sedap je makan breakfast. Here comes one funny story, malam hari kedua masa kami lepak di lobby untuk upload gambar masing-masing kat Instagram, night shift front office tanye kami nak makan apa untuk breakfast esok nya. Aku, Nani and Nazmi order meatloaf. So that guy pun take note je. Keesokkan harinya bila Nazmi nak breakfast, morning shift front office yang sambut kami pada hari pertama tue re-confirm our breakfast menu. Dia terkejut bila kami kata nk meatloaf. Sekali dia cakap la meatloaf tue daging IBAB. Ha kaw! Mau tak tertanjat boboi Nazmi pagi tue. Terus dia tukar order kami. Nasib baik that morning shift guy cakap kalau tak kami termakan daging B***. Mane nak samak tue? OMG!!

Pagi-pagi lagi wake-up call dr Nazmi. Nak suh aku sedar cepat la tue. Well, cara kau berkesan ye Abg Long. Bangun-bangun je cuci muka, gosok gigi and turun breakfast. Aku turun dulu sebab Nani nak mandi and bersiap. After that my turn to freshin' up. Abg Long Nazmi bagitahu kene ready pukul 10.00am kat lobby untuk ke souvenir hunting kat Cebu City. Sebab tinggal dua jam je untuk kami berempat beli souvenir since janji dengan Uncle Danny untuk jumpa di Robinson Mall pukul 11.60pm a.k.a 12.00pm. 

So, pukul 10.00am turunlah aku ke lobby guesthouse and bersedia untuk souvenir hunting. Tue pun lepas Nazmi teriak lagi suh cepat. Haha, sempat lagi aku kemas beg sebelum turun. Yela, nanti nak check-out dah tak payah runsing nak kemas-mengemas bagai. Jalan kaki 15 minit sampai la kami di Robinson Mall. Nak dipendekkan  cerita dalam Robinson Mall ade satu lagi kedai souvenir tapi ya ampun mahal gilos. Keychain boleh dapat murah, that lady jual 190 peso satu. Keychain bese je pun "I LOVE CEBU". Tapi, kami faham sikit la kalau dia markup harga macam tue. Kedai dalam mall kan. Gah katenyer... #adeakukesah..Sebelum keluar mall nampak satu kiosk wafel. Aku memang tengah lapar lagi time tue, ape lagi serang la kedai waffle tue. Murah je, aku order chocolate waffle ken 35 peso a.k.a RM 2.70. Yang lain pun ikut sama la order. Memang sedap and uniknya nak letak topping tue siap timbang dulu k. Rare!! Pastu owner kiosk waffle datang. Sorry to say he is cute. Macam Sabahan je aku tengok. Sempat berbual and satu soalan spontan dari Nani, "Are you a married man?". Then that pinoy guy replied, "No, I am still looking"...Haha...Nasib Nani tak smuggle ko bawak balik Malaysia...Hihi...Klise sangat! After dapat waffle, kami pun keluar la cari kedai souvenir lain.

Dalam perjalanan pun ke city pun kami jumpa satu kedai souvenir nama dia Souvenir Island. Kedai cantik. Lagi cantik dari dalam Robinson Mall tue. Tapi mahal la sikit. Sehelai tshirt 199.95 peso. a.k.a RM15.00. But, this lady tshirt ada cutting punyer. Tapi aku tak berkenan sebab ade cutting. Mau yang straight je. Takyah nak tshirt cutting bagai. Hahaha.. Nani berkenan baju nie tapi dia was-was nak beli so kami pun jalan la keluar kedai and pergi kedai souvenir kecil sebelah Souvenir Island tue. Actually kedai nie dari malam hari pertama kami perasan tapi sebab ingat nak shopping kat Oslon, tue yang tangguh shopping dulu. Sekali hamek kat Oslob tade tempat macam tue. That's why hari ketiga sibuk cari souvenir sahaja. 

Masuk ke kedai tue, masing-masing dah target nak beli nak sambar apa yang patut. Tapi tapi dan tapi. Tak sah kalau kuasa nego tak digunakan. Nazmi sebagai masterji of nego menggunakan power dia untuk dapatkan harga keychain 100 peso untuk 6 biji, tshirt sehelai 150 peso. Ayat dia senang je, Nazmi cakap nak beli bundle dan kuantiti dia banyak. Nazmi sorang je nak habeskan 400 peso untuk keychain. Ke lebih lagi. So, makcik tue pun setuju. Apa lagi kan, misi sambar-menyambar la apa yang patut. Aku je belanja 1000 peso untuk souvenir. Tshirt family sorang satu, keychain je 400 peso habes. Yela, ada portion dia ye. Untuk family, department and kawan rapat. 

Ada spent time dekat 40 minit kat situ borong souvenir je. Sekejapan clear counter keychain and tshirt. Haha...Habes kami kerjakan. By trick, Nazmi dapat harga tshirt tu 120 peso je. Chitt...Sebab dia beli banyak gilos...Nazmi, ko shopping kalah aku k...Haha...Tengah-tengah kami sibuk borong tue, tetiba keluar seorang local yang nama nyer Uncle Saadooden. Dia nie la yang tahu cakap Melayu and Muslim. Wife uncle Saadooden nie owner kedai souvenir yang kami borong tue. Time tue la dapat tahu dia boleh bawa kami jalan-jalan Cebu. Kira jadi tour guide kami and supsrisingly dia charge 2000 peso jer! Mau tak mengucap kami berempat. Half from taxi fee. Siap boleh amek kami di airport bagai. Nazmi sempat la beri duit kita RM1 pada Uncle Saadooden sebagai kenangan. RM1 = 13 peso k... Meh belanja gambar Uncle Saadooden.

Dari kiri: Nani, Wife Uncle Saadooden, Nazmi, Naz and Amir
Dengan uncle Saadooden

So, you guys next time kalau nak jenjalan kat Cebu City, cari uncle Saadooden nie. Sangat peramah kay! Sempat jugak kenal family dia, I mean anak-anak dia. Ada 4 orang semuanya. Tapi, tak sempat pulak nak bergambar dengan anak-anak dia sekali. Lepas borong souvenir, Nani tak puas hati lagi. Dia still nak tshirt cutting tue. So, kembali la kami ke Souvenir Island tue. Pilih punyer pilih, last-last tak jadi jugak beli. Shop assistant nie ikutkan je Nani nak tengok saiz itu ini. Nasib dia tak marah. Haha...One thing aku salute orang Cebu nie, kembur macam mana pun, promoter akan senyum dan say THANK YOU MAAM..Sangat berbeza dengan promoter kat Malaysia. 

So lepas tak jadi beli tue kami berselfie sakan di depan Cebu Island punyer signboard depan Souvenir Island. Malam hari kedua nak bergambar tapi gelap so tak nampak santek disitu. Dapat time siang, orang pun tak ramai, ape lagi itu signboard aku yang punyer. Meh belanja gambar sikit....

Peaze!

Nani love Cebu 
Amir love Cebu
Aku suke Cebu
Nazmi love Cebu
We all love Cebu
Selfie Lagi

Haa...lepas puas conquer selfie tue, kami berempat haus and then masuk Robinson Mall untuk membasahkan tekak dengan menikmati juice kat food court mall tue. Boleh tahan sedap juice tue. Haus punyer pasal. Tengah-tengah minum jus tue, aku teringat lagi 2 orang adik aku. Tertinggal souvenir untuk dierorg. Ape lagi, patah balik kedai Uncle Saadooden. Lepas tue, kembali ke mall and tepat pukul 11.60pm, Uncle Danny dah ready dengan teksinya. So, naik teksi balik ke hotel untuk check-out and pick up our backpack and seterusnya ke Mactan International Airport. Our flight AK951 Cebu-Kuala Lumpur pukul 3.05pm so kene la ade di airport pukul 2.00pm. Aku la yang rasa kelam kabut sebab tak print boarding pass. Sampai-sampai airport je sempat la bagi Uncle Danny RM1 sebagai tanda kenangan. Thanks-Q for being our driver Uncle Danny. See you again! #mohonterasathanksQ

Ingat nak selfie sebelum masuk airport tapi tade port baik pulak so masuk jela dalam tue. Sebelum nak masuk boarding gate kene go through one officer. Dia nak check boarding pass. Muka aku dah berubah. Nazmi, Nani and Amir ape lagi gunakan kesempatan nie untuk takutkan aku. Fine, you all berjaya k! Nasib baik that officer faham yang aku akan ke kaunter untuk get my boarding pass. Sampai je kaunter, aku takut sikit sebab tak ingat booking number. Nasib baik dia check nama aku je terus print boarding pass. Lega! After that part yang aku rasa cekik darah. Kene bayar airport tax, 550 peso. Macam haremmm...Muka ketat aku nak bagi duit tue. Dah bayar airport tax baru boleh masuk boarding hall. Masa nak lepas immigration tue, my turn lama je officer pandang. Dua tiga kali jugak la dia pandang muka aku. Sekali aku cakap, "Anything wrong, officer?". That officer pun cakap, "Yes, you look is not the same as in the passport". So, aku bukak cap and spectacles. Plus siap aku senyum ikut photo dalam passport. Baru lah that officer percaya. Chitt... #akusentap

AK951 Cebu-Kuala Lumpur
Haha...Nak dijadikan cerita masa Nazmi and Nani nak lepas immigration, that officer call kaunter AirAsia sebab boarding pass dierorg macam tak sah la. Kene la mereka bertiga patah balik ke kaunter. Ada hikmah jugak aku tak print awal-awal. Hihihihi...Tapi sumer nyer under control. Hal kecik je pun. So, dah lepas immigration, time to x-ray our bag. Kene keluarkan kamera plak. Huh, kene la bukak beg ako. Dah le aku muat-muat je bag tue. Redha jelah. Dah selesai x-ray bag, so masuk lah departure hall gate 3. Ada la sejam duduk dalam hall tue. Nasib baik ade TV dalam hall tue and cerita my feveret, What To Expect When You Are Expecting ke udara. Layankan jelah sementara tunggu nak boarding. Sekali terpandang satu mat saleh nak boarding pass dia jatuh masa dia berjalan pergi cafe. Ape lagi, aku nampak and ambil pass tue then kejar dia untuk beri balik. He say, THANK YOU MR. Errr, krik krik krik jugak time tue. Tengah-tengah terkesima dengan panggilan MR tue aku pun balik la semula ke tempat duduk tadi. Duduk dalam 10 minit then the it is time to board the plane. Time to go back home. That's all for Cebu holiday with my Sporting Travel Buddys. Let's fly again, up up here we go!!!





ALL FOUR OF US HAVING SO MUCH FUN AT CEBU!!!! 

You think it's over? Not yet. Touchdown story coming up after this! Wassalam... =)

Monday, September 15, 2014

Cebu Island with My Travel Buddys - Day Two Finale


It's 10.58pm and just finish watching The Dark Knight at AXN. Dari petang pukul 4.00pm keluar rumah pergi kenduri my officemate masa di Comfori. Lepas tue lepaking sampai pukul 8.00pm. Nie baru la berkesempatan untuk karang ceritera akhir mengenai trip Cebu aku last week. Dah seminggu pun so nanti dah basi pulak catatan kembara aku nie. Tue yang gagahkan diri on kan lappy. So, here we go..

CEBU ISLAND, PHILIPPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Day Two Finale: Panagsama Beach & Colon Night Market

Amacam my readers? Terpukau tak dengan my previous entry mengenai Tumalog and Kawasan Falls? Hihihi...Baru tengok gambar kami berempat kan, belum pergi and tengok dengan mata kepala sendiri. Memang memukau & terpukau. Ok, nie part finale untuk entry mengenai my vacation to Cebu Island, Philippines. Selepas Kawasan Falls, kami berempat meneruskan kembara ke Panagasama Beach. Geng-geng BBM cakap kat Panagasama Beach nie sesuai untuk tengok sunset. So, aku punyer la excited nak tengok matahari terbenam. Pukul 5.30pm bertolak dari Kawasan Falls, tiba di Panagsama Beach pukul 6.00pm. Setengah jam je pun journey nyer tapi sampai je Panagsama Beach nie, pukul 6.00pm dier macam pukul 7.00pm Malaysia. Dah gelap a.k.a nak masuk waktu Maghrib. 

Bila dah pukul 6.00pm tue memang tak mendapat la nak tengok matahari terbenam. Dah terbenam dulu sebelum sempat aku sampai. Terkilan jugak la... #sentapsangat 

Sentap-sentap pun aku nak jugak selfie. Tak dapat tengok matahari terbenam pun, asalkan dapat selfie dengan beach nie pun jadilah. At least got something memory on Panagsama Beach. Meh belanja sikit gambar.




Haa...nie la ghupe nyer Panagsama Beach. For divers geek, this location is highly advisable untuk you all buat aktiviti diving. Nanti boleh jumpe Mr Yusof Muhammad, a Sabahan and diving instructor. Boleh cari dia di Tiki-Tiki. Masa kami singgah Tiki-Tiki, dia takde. So, tak sempat nak say Hi. 


Not much I can write about Panagsama Beach since sampai-sampai sane je dah nak gelap so sempat ber-selfie je. Surrounding situ ok la not bad tapi tempat nak makan susah nak jumpa. Macam biasa la baik Oslob mahupun Cebu City memang susah orang Muslim nak cari makanan halal. So, kami spend time dalam 20-30 minit di Panagsama Beach then terus gerak balik ke Cebu City. 

We are totally puas hati dengan trip satu hari kami di Oslob. Mostly tempat tumpuan geng BBM kami pergi. Especially the falls. Kalau tak pergi memang tak complete la trip kami. Seriously readers, you should visit Tumalog and Kawasan Falls if you come to Oslob. Pukul 7.00pm bertolak balik ke Cebu City so kami sampai di hotel pukul 9.00pm. So, kami minta Uncle Danny untuk tunggu kami sebentar untuk letak bag dalam bilik and hantar kami semula ke Cebu City sebab kami nak makan KFC for our dinner plus minus lunch. Masing-masing dah lapar, dapat je terus makan. Tak berbunyi langsung. Nani, Nazmi and Amir order sampai dua (2) menu. Aku maintain dengan Chicken Meal with Brownie. Asalnya lepas makan nak terus balik hotel berehat tapi bila masing-masing dah makan, terus datang super power. Tenaga baru sudah mari so continue la jalan-jalan after makan. Al-maklum lah, malam terakhir di Cebu so nak jalan-jalan cuci mata habes. 

Actually, kami berempat pun puzzle nak pergi mana malam tue so, Abg Long Nazmi curious nak tahu tempat nak beli tshirt or sourvenir so, dia nampak security guard kat Watson and security tue bagitahu ada night market di Colon Street. Nak pergi Colon Street dari Cebu City tue kene naik jeepney and tambang dia 8 peso je. Jeepney memang banyak nak pergi sane so, kami naik jeepney yang tak berapa ramai sangat orang. Boleh la selfie dalam tue sekejap. Dalam jeepney tue kami sempat berbual dengan local guy yang cute and cute. Nani la start conversation dengan that Pinoy guy. Hensem katenyer tue yg nak approach. Kalau that Pinoy guy a Malaysian, mau Nani smuggle dier dalam bagpack, kidnap bawak balik Malaysia...Hihi...Dalam bual-bual, sempat lagi kami request dia ambilkan gambar kami. Meh belanja sikit...



Tak sempat pulak nak selfie with that Pinoy guy. Seriously, he is very the peramah. It takes only like 5-10 minutes to get to Colon Street. Sampai sana dengan harapan dapat la beli souvenir. Tapi, harapan tinggal harapan. Macam lagu Harapan yang Hyperact nyanyi tue. Night market mereka macam pasar malam biasa je. Jual baju, kasut, kedai makan pun ada tapi kami tak berani la nak stop makan street food mereka sebab nampak kepala pork baekkk punyer. So, sah-sah la tak halal untuk Muslim kan. Mostly stall food kat night market nie jual seafood. Nampak sedap dan terliur la jugak nak try tapi bila nampak pork tue terus terbatal niat nak makan. Kami jalan-jalan sampai hujung pasar and saw one small stall jual telur. Kalau dah sampai Cebu tapi tak tengok sendiri telur balut memang tak sah sebab kat Malaysia takda. Telur balut nie mengikut orang Filipina, katenyer untuk meningkatkan tenaga. Zahir or batin, saya tak tahu na....Dalam telur balut nie anak ayam or itik yang almost cukup sifatnya utk hidup. Bila tengok dengan mata kepala sendiri, ya ampun tak sanggup nak tengok. Dok terfikir macam mane la orang Filipina boleh kata telur nie boleh menambahkan tenaga mereka. Aku tengok sekali pun horror nie dierorg siap boleh makan. OMG...

Colon Night Market
Nie la suasana nya
Sempat lagi dia peaze
Nazmi nak beli satu telur
Bila dan tengok "istimewa" & "horror" nya telur balut nie, so kami pun decide nak gerak balik ke hotel. Nak cari tshirt or souvenir pun tade so naik jeepney and stop di Cebu City untuk jalan kaki ke hotel. Jalan kaki dalam 20 minit then kami pun tiba di hotel. First thing kami buat bila sampai di hotel --> UPLOAD gambar ke Instagram. Haha...Bukan nyer nak masuk bilik berehat tapi sibuk upload. Satu hari kat luar memang banyak la gambar nak share. Aku duduk kejap di lobby then after like 10 minit naik bilik and freshin' up. After mandi segarkan diri, turun bawah ke lobby untuk tengok gambar-gambar kami di Whale Shark yang dalam CD tue. Time tue la perasaan ya ampun, whale tue sebelah aku je. Seriau plak. Nasib tak di ngap nyer...Lepas tengok tue, ape lagi naik bilik kemas-kemas baju and keringkan baju basah. 

Dalam tengah-tengah kemas tue sambil la whatapps kat buddys aku jadual untuk hari esok sebelum pergi airport. Di sebabkan satu misi kami untuk cari souvenir tak tercapai lagi, so aktiviti hari ketiga ialah pergi ke Cebu City and serang kedai souvenir yang kami pernah tanye masa malam hari pertama tue. Hihihi...

Ok, readers. Esok hari Isnin menandakan hari mencari rezeki. Ingat nak habiskan coretan kembara hari akhir di Cebu tapi dah pukul 1.00 pagi. Ngantuk pulak tue. So, kembara hari ketiga bersambung esok. The finale is going to be a long sweet entry. Gud night and wassalam! =)

Saturday, September 13, 2014

Cebu Island with My Travel Buddys - Day 2 Part 2


It's 12.28am, Saturday. I'm working half-day on Saturday at the office. Yes, half-day. Dah terbiasa kerja lima (5) hari je seminggu, since the past 3 months, kerja 5.5 day. Ibadah seharian kan, jadi aku redha.  Ok, post kali nie nak story story pasal air terjun yang tersangat lah awesome di Cebu. Have you heard of Tumalog Falls? No? How about Kawasan Falls? If yes, then you are in the correct place when visiting Oslob. Dah bersedia? Panjang nak citer nie sambil-sambil tengok Spiderman 3. Here we go...


CEBU ISLAND, PHILLIPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Part 3: It's the Falls folks!

After puas hati berenang ala-ala mermaid bersama whale shark, kami berempat meneruskan perjalanan ke Tumalog Falls. One of the attraction falls at Oslob. Dari Whale Shark ke Tumalog Falls nie 3 km je so cepat la sampai. Nak ke Tumalog Falls nie membukit sikit. Gigih taxi Uncle Danny mendaki bukit nak ke pintu masuk Tumalog Falls. Daki punyer daki akhirnya sampai juga kami di pintu masuk Tumalog Falls. Entry fee nyer 20 peso seorang. Ok la tue. Nak ke Tumalog Falls tue jaraknya 500 meter. Ada la local yang sediakan perkhidmatan motor nak ke falls tue. Fee dier 50 peso return tapi kami prefer jalan kaki je sebab 500 meter je pun. Ingat jalan dia macam turun ke bawah je, sekali hamek naik turun la jugak. Gagah kami berjalan ke falls sebab excited punyer pasal. Sempat jugak kami berselfie semasa nak ke falls tue. Meh belanja gambar sikit.

Macam adik-beradik tak?? Hihi
Kak Ngah pun nak jugak selfie
Nani memang suka peaze

Chakk!

Model tengah jalan
Dari belakang

Amacam? Menarik? Nie baru sikit. Belum gambar dengan falls lagi. Hihi #sajerbakarline ...Dalam 10-15 minit jalan, akhirnya kami tiba di air terjun yang teramat lah awesome, indah, cantik sangat dan ...senang cerita santek ya ampun. Ciptaan Allah SWT yang Maha Esa.  Hanya gambar mampu menceritakan keindahan Tumalog Falls.









Haaa...puas kami berselfie sane sini kiri kanan atas bawah. Cantik view nyer. Nasib la ade tourist dari Singapore yang ambilkan gambar kami berempat. Lepas berselfie, sempat lagi berenang-renang. Nani pun jadi mermaid plak dier berenang. Hengat kami tak nampak?? Hihi..tak sempat snap je gambar dia jadi mermaid je. Nasib kau selamat Nani. Hihihi =)

After like 30 minutes, all of us gigihkan lagi diri untuk mendaki ke pintu masuk di mana Uncle Danny menunggu. Semput jugak la kami nak daki tue. Mau jugak aku berhenti tarik nafas, kumpul tenaga 2, 3 kali. Semput kaw. Dalam kami tengah jalan tue, tourist dari Singapore yang ambil gambar kami berempat pun dalam perjalanan ke pintu masuk tapi mereka berdua naik motor. Yela, orang tua 40 series, kene la naik motor. Meh belanja sikit gambar kami mendaki.

Nani and Nazmi berlumba naik atas
Akhirnya, masing2 penat. 

Daki punyer la daki, akhirnya sampai jugak di pintu masuk. Then, terus masuk teksi and meneruskan perjalanan ke satu lagi air terjun yang aku nak katakan tertumpah water colour biru laut. Why biru laut? You'll see why I say biru laut. Next is Kawasan Falls. Dari Tumalog Falls ke Kawasan Falls nie mengambil masa 1-2 jam. So dah letih jadi mermaid and berselfie sampai bateri kamera tinggal dua bar, aku pun tidur kejap la. #kejapke



Bila sedar je dah dekat nak sampai Kawasan Falls. Masuk je parking kene bayar 100 peso. Tue baru parking belum lagi tour guide fee dia. Tour guide tue orang local situ jugak. Memang compulsory guna khidmat mereka walhal boleh je tourist gerak sendiri pergi falls tue sebab ade track dier. But, kami redha jelah guna khidmat mereka. So dalam perjalanan nak ke falls tue melalui kawasan kampung yang ade pokok kelapa. Anjing pun banyak ya ampun. Beware of dogs k. Belanja sikit gambar perjalanan ke falls tue.










Haaa...cantik kan? Tau pun...Ni baru jalan nak masuk. Belum sampai falls lagi. Agak jauh jugak lah berjalan masuk ke dalam tue. Dah la kami makan breakfast je, lunch tak dapat. Masa sampai di Kawasan Falls pun pukul 3.30 pm. Perut aku dah berbunyi semacam. Redah jelah. Nasib baik view sepanjang falls tue cantik. Kenyang sikit. #motiff 

Jalan punyer jalan, akhirnya kami sampai lah di falls yang air nyer tertumpah water colour. Aku nampak je airnya. mengucap panjang sebab cantik sangat. Biru laut yang cantik. 
Time mandi tak sempat snap gambar so kami amek gambar masa lepas mandi je. Puas kowt bergambar kat falls nie. Aku pun try la guna mode shutter, nak dapat gambar air terjun yang ala-ala slow tue. Berjaya jugak snap gambar slow motion tue. Tour guide tue bawa kami ke tiga (3) level falls. Tapi, level 1 and 2 aku snap gambar, yang ke-3 tue tak macam falls tue yang tak snap. Meh belanja sikit.


Level 2
Level 1 paling cun
Nani
Naz
Amir
Nazmi
Terkesima tak tengok water colour tertumpah...Hihihi...Kat level 1 tue tempat mandi strategik. Tapi, macam-macam kene bayar. Life jacket, meja buluh nk roboh and rakit kene bayar 300 peso setiap satu. Meja pun nak kena sewa. Apekah!!!! So bila rakit tue clear, our tour guide beri kami peluang naik rakit and ber-selfie habis-habisan. Kan masing-masing dah pose ikut selera sendiri. Hamek, sumer jadi model mangga pulak.






Shot kami berempat
Action!
Posing control ayu
Monopod snap
Smilez
Berehat sebentar
Di level 3
Tada!!
Kami spend time lama jugak la di Kawasan Falls. I think 1 1/2 hours ade kowt. Jam tertinggal dalam taxi, tue yang tak sure timing tue. So, bila dah habis circle around falls, tibalah masa nya tour guide sembelih kami dengan charge dier. Mula-mula dia mintak each of us 500 peso so total 4 orang jadi 2000 peso. Mau tak tertanjat boboi kami berempat. Are you kidding me? 2000 peso? So, dengan menggunakan kuasa nego rakyat Malaysia yang berbilang kaum nie, Nazmi nego nego dan nego dapatlah half price, 1000 peso. Power la kuasa nego Nazmi. Aku salute ko tang tue. Based on research pun, geng-geng BBM kate range tour guide fee dalam 200-300 peso. So kira, kami in the range lagi la. 

Tengah-tengah jalan nak keluar falls tue sempat la berbual dengan tour guide kami even geram sikit charge sampai 2000 peso. Guide kami cakap kalau ade taufan ke atau hujan ke, memang tak boleh masuk kawasan falls sebab bahaya air hujan. Sungai boleh melimpah. Rezeki kami datang time cuaca cerah. Alhamdulillah...Kalau tidak rugi je tak dapat selfie. Nak keluar ke pintu masuk kejap je dah sampai. Sebelum bertolak ke Panagsama Beach, kami sempat selfie dengan Uncle Danny, our limo driver. Meh belanja gambar Uncle Danny sikit.

Nie la Uncle Danny

Haaa...Itulah kembara kami di Tumalog and Kawasan Falls. Jam pun menunjukkan pukul 5.30 pm. So, next destination is Panagsama Beach...

And bersambung esok...Haha, it's almost 2.00 am my readers. I'll continue our journey tomorrow k. Gud night and Wassalam =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...