Tuesday, September 16, 2014

Al Kisah Dalam Flight & Touchdown KLIA2

Haaa...nak post entry touchdown cepat. Tibarrr!! Hi my readers. Hari nie cuti Hari Malaysia kan so sempat la buat 2 entry satu masa. Day 3 finish, now it's time for Touchdown story. Nak ceciter pasal kejadian kami dalam flight AK951. Ready? Get set go!

Citer nyer begini, kami board flight lewat sikit sebab captain AA bagitahu ATC Airport melaporkan trafik di awan biru jem sikit sebab banyak flight take off. K fine. Reason is accepted. Nyaris ingat ketinggalan flight td. Kali nie kami berempat tak duduk sebaris. Aku and Nani sebelah je and that 2 gentleman duduk baris belakang. Tak dapat la nak bergosip ke berselfie ke... #gilercamwhorebetol

Memang kami suke selfie

Stewardess untuk flight kami boleh la tahan cute. Steward sorang je. So so jelah. Kami berempat tak order makanan online. So masing-masing lapar tahap gilos. Nak lunch pun tak sempat sebab rushing kan, tue yang decide nak makan dalam flight je. Tapi, steward & stewardess nie serve makanan yg order online dulu. So, kami kebuloq habes time tue. Bila time kami nak order, choice dier memang limit and then almost habes. Nak tak nak aku order la cheese burger and soft-drink A&W. Nani order nasi lemak and Ribenna. Kanak-kanak betol ko nie. Nazmi and Amir redha amek vegetable curry beriani. Masing-masing bila dapat je, terus makan. Tak menyempat nak selfie ape. Senyap plak tue. Fokus makan. Laparkan. Tue pun tak cukup bagi aku. Still lapar lagi. Ok, lesson learnt. After this flight more than 2 hours, sila beli online. Noted! Mahal pun mahal kalau beli on the spot. Burger dgn air A&W tue cost me RM22. Burger simple je tade mayonis bagai RM16. Sentap mak dengan harga mencanak tue!

Lepas makan and minum air sampai habes, terasa nak guna toilet pulak. Nani pergi dulu then baru my turn. Sempat juga la aku selfie sorang-sorang kat seat time tue. Jalan-jalan pergi toilet, kene queue plak ade orang. Sempat la dengar stewardess nie gosip. Memang tak dapat dipisahkan la mereka nie dengan gosip. Dalam perjalanan tue, 2 kali jugak la bangun tidur bangun tidur. Sedar-sedar je, dah nak sampai KLIA2. Sempat la aku snap Putrajaya dari atas. Meh nak share gambar...





Tue la story dalam flight. Depart lambat so kami tue tiba lewat di KLIA2. Pukul 7.15 pm baru touchdown. Alhamdulillah, kami selamat sampai di tanah air terchenta. Sempat lagi aku snap bila dah landed. THANK YOU AIRASIA!

Safely arrived
Last selfie for our adventure

Nak keluar ke pintu ketibaan pun jauh. Perlu ke suruh aku jalan jauh sangat. Huh!! Bila sampai je di pintu ketibaan, ramai pulak yang menunggu. Rasa macam artis la pulak di sambut. Ahaks!! #perasansungguh...So, kami keluar la cari teksi untuk ke Bandar Enstek where kereta aku bersemadi untuk 2 hari. Mula-mula cari kat atas tapi banyak ulat teksi kat situ. Charge sesuke hati and then tak tahu exactly tempat nak pergi. Motif!! Tanya punya tanye ade satu lokasi semua teksi berkumpul. Sistem nyer bayar kat kaunter yang disediakan khas. So, for this time our taxi fare from KLIA2 to Bandar Enstek cost us RM 42.20. Oklah kongsi berempat kan. Tapi, taxi driver kami tue kerek semacam la. Tanye macam nak marah je. Jangan nak sombong sangat la bang oii!! #mohonterasa

Complicated jugak la nak cari rumah kawan Nani tue. Dah jumpa ok. Bila nak keluar pulak kami sesat. Pusing-pusing tempat yang sama jugak. Sekali nampak satu motor keluar, kami ikut and nasib baik jumpe jugak mainroad. Before balik, kami makan di satu restoran yang Amir bawak since dier orang Cyberjaya. Kami order masakan Thai. Nikmat kowt dapat makan normal balik. RM 40++ je. Murah k. Kami order dekat 5 lauk malam tue. Alhamdulillah kenyang. Dah kenyang-kenyang tue, bukan nak balik, timbul idea dari Nazmi nak tengok wayang di Alamanda, Putrajaya. Sakan habes aku berjimba. Plan asal nak tengok citer Gallows Hill tapi seat penuh. Tinggal seat dpn screen. Tak kuasa aku duduk depan sangat. Sakit tengkok. So, kami pilih citer The Signal and citer nie the stupidest punyer cerita yang pernah aku tengok. Mohon sumer takyah tengok citer nie...The Americans dah kering idea ke nak buat citer science fiction? GMS la citer ni!! Penat tunggu pukul 11.50pm last2, aku rasa banyak tidur je...

After movie, so tiba masa aku hantar sorang-sorang buddys ako yang sporting nie balik ke rumah masing-masing. Aku sampai rumah pun pukul 3.30am. Bukan nak terus tidur, sempat lagi update blog. Hahaha...After that, baru la tidur...That's all folks. Hope you all enjoy dengan entry aku pasal Cebu nie...Panjang memang panjang. Well, I am a quite detail person. Sumer benda aku nak citer pasal trip nie...See you again for my next entry pasal...belum tahu lagi nak tulis pasal ape.

Dengan ini maka entry CEBU ISLAND WITH MY TRAVEL BUDDYS melabuhkan tirainya....Wassalam =)