FANS-tastic

Saturday, February 21, 2015

Langkawi 1.1 Citer Malam Hari



21-January-2015, 6.51 pm. Straight to the point jela. Capt nak story pasal hari pertama capt di Langkawi. Kira part one point one la ea. Mukadimah dah cukup panjang so capt lompat terus tade stop sane sini or konar sane sini. Masuk je balai ketibaan airport Langkawi tue capt and Zai cari kereta sewa from travel agency yang ade dalam airport tue. Mula-mula nak cari sendiri je tapi sebab capt sibuk sangat dengan kerja tue yang tak menyempat nak call setup kan kereta sewa sendiri. So, redha jelah kereta apa yang dapat. Travel agent pertama offer Viva RM 70 sehari. Capt survey dapat RM 50 je sehari so memang tak la kan Capt nak amek. Tukar konsonan, cari lagi kereta sewa. Percubaan kedua dapat Myvi RM 70. So ape lagi sambar jela sebab dah nak Maghrib pun. Capt and Zai pun letih dah. Capt letih dari satu hari sebab kerja kan. Dapat la Myvi putih. Nombor plat dah lupa #harapmaklum... Capt memang nak Zai drive sebab Capt letih tapi sebab Zai kabar dia traumatic bawak Myvi so disebabkan kereta Capt kat Shah Alam tue Myvi so dengan letih-letih tue Capt drive. Brother agent tue pun bagi kereta minyak menyala-menyala. Dapt 12.6 km je lagi. Omgggg bro! Ko kejam k. Kalau tak sampai petrol station memang kene hempok la lu k!! #sabarjelah #sabotajkeape 

Lokasi pertama Capt buat ialah cari petrol station. Minyak dah menyala-menyala. Nasib baik jumpa satu petrol station yang dekat dengan airport. Petronas jugak jumpa. Pon boleh lah. Janji minyak kereta dan bukan minyak tanah. Zai nak isi RM 50 tapi Capt habaq mai #terustukardialekutara RM 40 je cukup. Dapat la 4 bar. Ok la tue dari kene menolak. First thing Capt drive cari hotel yang Zai dah booking using HotelGo.com. Hotel yang Zai booking tue kat Pekan Kuah nama nya Sundeland Motel. Disebabkan masing-masing punyer handphone battery nyawa-nyawa ikan siakap, so bajet men redah je cari hotel tue kat Pekan Kuah. Dari airport ke Pekan Kuah eloknya 30 minit tapi jadi sejam sebab kiteorg men redah ikut map yang Zai bawak.  Sesat jugak la. Jauh sampai Capt dok tengok minyak tue. Sekali tak leh jadi ni. Dari membazir minyak, Capt redha jela kalau bateri handphone mati teruih, bukak la maps and GPS bagai. Finally, kami jumpa hotel tue. Betul-betul tengah pekan Kuah. Kiri kanan depan belakang mall cokelat aje. Gugat iman Capt nampak cokelat banyak-banyak tue. Sabar jela tengok dari luar. Depan hotel kami, ade pasar malam. Tapi sebab kami tahap kebuluran yang amat dan amat lah memerlukan nasi so after check-in je, masing-masing siap freshin' up maka bergegas la kami ke Jetty Point. Situ memang banyak kedai makan. 

Before that nak ceciter sikit pasal hotel kami tue. Bilik yang ade 2 katil single. Ruang tue ngam kami nak lalu lalang. Space nak solat pun Zai memang tak lepas la sebab dia tinggi. So, ape lagi Capt pun rapatkan katil kami. Barulah nampak space tue. TV channel pulak adoii bercinta semacam je nak cari. Dapat la dua channel tue pun nyawa-nyawa ikan kembong je. TV3 and astro Prima. Wifi dia pulak ya ampun. Sakit hati la nak story. #pahampahamsendiri

Ok back to story first night kat Langkawi. Well, bila freshin' up pun perut still lapar. Energy kurang. Maka dengan segera la kami berangkat ke Jetty Point mencari restoran. Dok tanya Zai nak makan apa, dia habaq apa-apa pun boleh. Yola, makan orang pun boleh la kan, huh! Cuba la bagi Capt keputusan sikit. Round punyer round makan la kami nasi. Capt order nasi goreng baby + telur mata and Zai order nasi goreng padprik la kowt. Sambil tunggu makanan sambil tue la kami bergosip citer itu ini. Sampai je makanan masing-masing sonyap. Lapar la katakan. Restoran yang kami makan tue sebelah dengan tasik. Angin pun sayup-sayup je. Memang sodap la makan dapat angin tue. Lepas makan then kami pergi Dataran Lang sambil menikmati ayaq nyuk kocak a.k.a kelapa goncang a.k.a coconut shake but honestly coconut shake Batu Berendam Melaka still the best. Lain je rasanya. Jumpa cik Lang besar kat situ. Sebenarnya pegi situ sebab nk posing mcm my officemate, Mek Kitty. Dia posing mcm real dia pegang paruh cik Lang. So Capt pun nak la posing macam tue. Malam tue ramai orang kat Dataran Lang so Capt pun shy shy cat la nak posing. So, malam tue lepak jelah. Esok and lusa malam still ade lagi. Jumpe lagi la ye Cik Lang. Angin kat Dataran Lang malam tue pun sejuk-sejuk suam je. Zai pulak ngantuk cepat malam tue. Letih kowt so beransurlah kami kembali ke hotel. Gambar? Masing-masing letih so nak berselfie weefie pun tade mood. Next post ade la...Banyak gambar nanti Capt belanje time next entry. Langkawi two point zero.

Wassalam =)

Langkawi Part Mukadimah a.k.a Sekapur Sireh



21-February-2015 bersamaan dengan hari Sabtu pukul 5.45 pm...

Hari nie keje half day tapi balik on time, pukul 1.30 pm. Normally, capt balik lewat dalam pukul 3.00 pm or 4.00 pm. Tapi disebabkan semua staf yang masuk office hari nie pun balik on-time so capt pun ikutla sama #actuallyteringatceritaBangunan #takberanidahtinggalsorangdalamoffice

So balik rumah la straight after keje. Normally akan lepak after that but today no mood plus dompet pun kering so kene la berjimat tahan sampai hujung bulan nie nak dapat gaji + komisen. Balik rumah awal tak ngantuk so capt decide nak story pasal holiday capt awal bulan nie iaitu ke Langkawi. Well, mungkin story pasal Langkawi nie a bit bored sebab bagi capt holiday kali nie macam pegi lawatan sambil belajar je. Melawat sane sini dan selfie melfie je. No water activities or island hopping. #whatawaste 

Story start with capt pergi Langkawi nie dengan my collegue semasa kerja di Comfori. Ikutkan plan asal (yang di setup pada Oktober 2014), capt pergi bertiga with Zai and Farrah but last minute (early January), Farrah tarik diri sebab fiancee dia tak izin dia pegi. Yela, kes QZ8501 tue masih fresh lagi time terjadi so tunang dia trauma and at last tak bagi Farrah pergi. So what to do. Sumer benda kami dah booking + bayar (hotel & tiket) so nak tak nak pergi berdua je dengan Zai. Kalau tahu dari awal benda nie nak jadi, tak perlulah capt susah payah kejar tiket murah bagai ke Langkawi. Capt and Zai pun dah pernah pergi Langkawi that's why la percutian kami nie macam Ye Tak Umph Ahhh...Baik pilih tempat lain je. #SakitHatiTakHabesLagi

Ok la, start with our flight hari Sabtu bersamaan dengan 31-January-2015 pukul 6.00 pm menaiki pesawat AirAsia AK6322. Memandangkan flight nie hari Sabtu and capt still kerja lagi half day. Mula-mula plan nak bawak beg terus pergi KLIA2 after habes kerja but capt tukar plan balik rumah dulu before pergi airport. Nak suruh kakak hantar. #kesmalasnaikbaspergiairport #adecaptkesah

Kelam-kalibut la capt siapkan kerja hari Sabtu tue sebab Isnin cuti. Direct capt cuti 4 hari. No business calling when capt is in the holiday k. Kene hempook nanti kalau kacau. Disebabkan malam sebelum nya tue capt dah siap2 kemas beg, tue yang selamba blue hippo je capt balik pukul 3.00 pm. #kijegilos ...Sampai rumah grab ape yang patut then ask my sister to send me to the airport. Gerak dari rumah pukul 4.00 pm so sampai KLIA2 pun ngam-ngam pukul 5.00 pm (boarding time). Sampai-sampai airport, terus call Zai. Dia dah lama sampai, sorry la ko kene tunggu capt sampai airport. Dah dapat call dia, tunggu jela capt kat depan pintu pelepasan domestik. Biasa masuk antarabangsa, tue yang pelik sikit bila go through domestik #nakkatadahlamatakflydalamnegara #gedixtahapmax

Dah lepas je security yang banyak ya ampun tue kami pun duduk la luar kawasan pintu #apentahlupa sebelum menunggu untuk naik flight tue. Sempat la berbual pasal itu ini blablabla #malasnakciterpanjang #topikbosan ...So, tepat pukul pukul 6.00 pm (tepatla sangat!), kami pun menaik pesawat AK6322 Kuala Lumpur - Langkawi. Cabin Crew memang cantik and cute. Ada 4 rasanya cabin crew hari tu. Seat kami memang sebaris sebab capt check-in untuk tiga (3) orang sekaligus. Siap nama Farrah jadi perhatian sebab tak board lagi so kami pun inform la cabin crew tu yang cukup-cukup la announce nama Farrah sebab dia takkan naik pun. Flight kami di pandu oleh Kapten Lokman and co-pilot #akulupasiapaorangnya.  Take-off yang smooth. Sempat jugak la capt selfie melfie dalam flight tu. Satu jam kan perjalanan, ape lagi camera ready, selfie!!!

After one-hour up up at the air, tepat pukul 6.55 pm, we safely landed at Langkawi International Airport. Sampai-sampai airport je sempat selfie sikit-sikit. Meh capt belanja gambar....

Sebelum take-off

Tunggu masa take-off 
Up up at the air

Safely landed

Haaa...tue mukadimah a.k.a sekapur sireh a.k.a pre-story untuk holiday lawatan sambil belajar capt ke Langkawi. Bahagian kedua menyusul sebentar lagi....Tungggguuuuuu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...