FANS-tastic

Saturday, February 21, 2015

Langkawi 1.1 Citer Malam Hari



21-January-2015, 6.51 pm. Straight to the point jela. Capt nak story pasal hari pertama capt di Langkawi. Kira part one point one la ea. Mukadimah dah cukup panjang so capt lompat terus tade stop sane sini or konar sane sini. Masuk je balai ketibaan airport Langkawi tue capt and Zai cari kereta sewa from travel agency yang ade dalam airport tue. Mula-mula nak cari sendiri je tapi sebab capt sibuk sangat dengan kerja tue yang tak menyempat nak call setup kan kereta sewa sendiri. So, redha jelah kereta apa yang dapat. Travel agent pertama offer Viva RM 70 sehari. Capt survey dapat RM 50 je sehari so memang tak la kan Capt nak amek. Tukar konsonan, cari lagi kereta sewa. Percubaan kedua dapat Myvi RM 70. So ape lagi sambar jela sebab dah nak Maghrib pun. Capt and Zai pun letih dah. Capt letih dari satu hari sebab kerja kan. Dapat la Myvi putih. Nombor plat dah lupa #harapmaklum... Capt memang nak Zai drive sebab Capt letih tapi sebab Zai kabar dia traumatic bawak Myvi so disebabkan kereta Capt kat Shah Alam tue Myvi so dengan letih-letih tue Capt drive. Brother agent tue pun bagi kereta minyak menyala-menyala. Dapt 12.6 km je lagi. Omgggg bro! Ko kejam k. Kalau tak sampai petrol station memang kene hempok la lu k!! #sabarjelah #sabotajkeape 

Lokasi pertama Capt buat ialah cari petrol station. Minyak dah menyala-menyala. Nasib baik jumpa satu petrol station yang dekat dengan airport. Petronas jugak jumpa. Pon boleh lah. Janji minyak kereta dan bukan minyak tanah. Zai nak isi RM 50 tapi Capt habaq mai #terustukardialekutara RM 40 je cukup. Dapat la 4 bar. Ok la tue dari kene menolak. First thing Capt drive cari hotel yang Zai dah booking using HotelGo.com. Hotel yang Zai booking tue kat Pekan Kuah nama nya Sundeland Motel. Disebabkan masing-masing punyer handphone battery nyawa-nyawa ikan siakap, so bajet men redah je cari hotel tue kat Pekan Kuah. Dari airport ke Pekan Kuah eloknya 30 minit tapi jadi sejam sebab kiteorg men redah ikut map yang Zai bawak.  Sesat jugak la. Jauh sampai Capt dok tengok minyak tue. Sekali tak leh jadi ni. Dari membazir minyak, Capt redha jela kalau bateri handphone mati teruih, bukak la maps and GPS bagai. Finally, kami jumpa hotel tue. Betul-betul tengah pekan Kuah. Kiri kanan depan belakang mall cokelat aje. Gugat iman Capt nampak cokelat banyak-banyak tue. Sabar jela tengok dari luar. Depan hotel kami, ade pasar malam. Tapi sebab kami tahap kebuluran yang amat dan amat lah memerlukan nasi so after check-in je, masing-masing siap freshin' up maka bergegas la kami ke Jetty Point. Situ memang banyak kedai makan. 

Before that nak ceciter sikit pasal hotel kami tue. Bilik yang ade 2 katil single. Ruang tue ngam kami nak lalu lalang. Space nak solat pun Zai memang tak lepas la sebab dia tinggi. So, ape lagi Capt pun rapatkan katil kami. Barulah nampak space tue. TV channel pulak adoii bercinta semacam je nak cari. Dapat la dua channel tue pun nyawa-nyawa ikan kembong je. TV3 and astro Prima. Wifi dia pulak ya ampun. Sakit hati la nak story. #pahampahamsendiri

Ok back to story first night kat Langkawi. Well, bila freshin' up pun perut still lapar. Energy kurang. Maka dengan segera la kami berangkat ke Jetty Point mencari restoran. Dok tanya Zai nak makan apa, dia habaq apa-apa pun boleh. Yola, makan orang pun boleh la kan, huh! Cuba la bagi Capt keputusan sikit. Round punyer round makan la kami nasi. Capt order nasi goreng baby + telur mata and Zai order nasi goreng padprik la kowt. Sambil tunggu makanan sambil tue la kami bergosip citer itu ini. Sampai je makanan masing-masing sonyap. Lapar la katakan. Restoran yang kami makan tue sebelah dengan tasik. Angin pun sayup-sayup je. Memang sodap la makan dapat angin tue. Lepas makan then kami pergi Dataran Lang sambil menikmati ayaq nyuk kocak a.k.a kelapa goncang a.k.a coconut shake but honestly coconut shake Batu Berendam Melaka still the best. Lain je rasanya. Jumpa cik Lang besar kat situ. Sebenarnya pegi situ sebab nk posing mcm my officemate, Mek Kitty. Dia posing mcm real dia pegang paruh cik Lang. So Capt pun nak la posing macam tue. Malam tue ramai orang kat Dataran Lang so Capt pun shy shy cat la nak posing. So, malam tue lepak jelah. Esok and lusa malam still ade lagi. Jumpe lagi la ye Cik Lang. Angin kat Dataran Lang malam tue pun sejuk-sejuk suam je. Zai pulak ngantuk cepat malam tue. Letih kowt so beransurlah kami kembali ke hotel. Gambar? Masing-masing letih so nak berselfie weefie pun tade mood. Next post ade la...Banyak gambar nanti Capt belanje time next entry. Langkawi two point zero.

Wassalam =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...