FANS-tastic

Saturday, June 7, 2014

Short Memory and Experience Backpack



Hola my readers. Sedang menunggu citer The Transporter kat TV2 nie, nak ceciter pasal my memories kat Comfori sepanjang 1 tahun 4 bulan. Erkk...dun worry, tade panjang sangat pun. Summarize mane yang boleh. Banyak memori di Comfori. Banyak sangat sampai keep remember them. For the first time ever in my working history, this place give me reasons to work, earn money and gain experiences. I got colleagues and manager that always help each other. Sebab tue saya sayunk sangat dengan mereka. 

Yang best nyer, this company ade weekly sales department competition. Mane2 sales department yang dapat sales paling tinggi that week boleh rehat 2 jam pada hari Khamis. So, boleh la pergi Sunway Pyramid ke, Fend Ikan Bakar ke. Better yet pegi karoake kat Neway Subang. Sempat test vocal masa kerja. Tibarr....Boleh dikatekan selalu la jugak my department nie menang weekly sales competition. MS Champions kan!! 

Yang paling tak expect in my sales career, I've been promoted to Senior Sales Executive just after 7 months joining them. Serious tak expect. Thanks to In-House training from KOPETRO and Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. yang banyak menyumbang kepada my job promotion. Bayangkan dalam bulan puasa I sealed 3 deal In-House worth RM 36,200. Kowtim habes monthly target Junior Executive. Tue baru In-House, belum masuk public training. Thanks jugak to my colleague Adam sebab sumbang baki 8k deal in order for me to clinch Senior title. 

My In-House training dari Weststar Aviation tue outstation ke Kerteh and Kota Bharu. Supprisingly I volunteer to go by my own expenses. Company just give food allowance. Naik kapal terbang kau pergi sane. Di sebabkan lambat beli tiket, kelam kalibut aku google Malindo Air and Firefly. Dapat la tiket murah. Tapi kan, naik Malindo Air kene turun kat Kuala Terengganu. So, kene la sewa kereta untuk ke Kerteh. Plan asal nak naik bas tapi bila Google for information tade bas der sebab Kerteh tue kawasan pelantar minyak. Memey tade la....

First time merantau for business purpose on my own, memang banyak bertanya la. Kechek Ganu ako...Hahaha...So, after landed at Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sewa kereta Viva RM 100 for one day. Tuang minyak RM 60 untuk pergi balik Kuala Terengganu - Kerteh. Cukup siap ade lebey lagi. As for my accomodation untuk malam tue, nasib baik dapat budget hotel. Shah Beach Resort kat Kuala Terengganu. RM 80 je satu malam. Tapi selesa sangat. Untuk tidur je kan so tak perlu nk high class sangat. But before that, pergi bus station kat Kuala Terengganu sebab nak beli tiket balik ke Shah Alam. Sani Express pukul 10.30am, RM 55.00...Salah diri tak beli tiket flight awal. Sudahnya harga melambung dekat RM200. Memang tak la..So naik bus. Jimat and desperado time. Sempat jugak jumpa my matriculation classmate, Fadia and pakcik dia. She helped me a lot masa aku merantau tue. Sayunk mu Fadia. Mu kawan ako dunia akhirat. 

Training kat Airport Kerteh, so perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kerteh mengambil masa dekat 2 jam. Training start pukul 8.30am so aku bangun awal pukul 5.00am and pukul 5.30am start drive ke Kerteh. Siap pakai Waze sebab tak familiar jalan ke sana. Akhirnya, sampai la jugak. Nak masuk sana banyak prosedur nya. Redah jelah. Stay satu hari sampai training hari pertama habes. Then drive balik ke Kuala Terengganu untuk pulang kereta sewa and tunggu bas ke Shah Alam. Ikutkan ada event opening untuk hari esok tue tapi tak larat punyer pasal, my colleague  Taufek gantikan. Thanks bro, you are my saviour. 

Untuk In-House training kedua kat Kota Bharu tue nasib baik sebab dapat beli tiket flight pergi balik harga pun murah la. Return flight Subang - Kota Bharu RM 190 with Firefly. Hotel pun client bagi. Duduk sekali. Grand Riverside Hotel k. Ade curlass punyer. Malam tue client bawak pegi makan steamboat Kelantan style. Memang felik tapi itulah realitinya. Jap ea, belanja gambar.






Tertanjat la tengok steamboat Kelantan Style. Hihi...Redah jelah makan. Lapar punyer pasal. Lupe la nama restoran steamboat nie. Sementara tunggu my flight pukul 10.00pm malam tue, sempat la my client bawak pergi Pantai Cahaya Bulan. Belanja gambar lagi...






Cantik Pantai Cahaya Bulan nie. Ada la spent time 1 jam kat sini. Tak stay lama sebab aku pun masa tue tak sihat. On d way nk demam. Airport masa tue panas k. Memang perubahan suhu mendadak satu hari tue. For dinner, my client bawak pergi makan mee ketam. Tapi, aku tak makan la mee ketam. Order nasi goreng. Belanja gambar lagi...

With my client, Syasya

Mee Ketam yg besar

Lepas makan tue terus pergi airport. Time to go back to Shah Alam. Elok-elok kene pergi PSMB Conference and Exhibition di Kuala Lumpur Convention Centre tapi demam so my colleague lagi yang ganti. MC terus sebab memang tak larat nak bangun. Elok nak citer memori tapi citer pengalaman backpack business matter. Ok, terlari jauh nie..Fine, next entry nak citer pasal Sungai Gabai a.k.a picnic with my department. Banyak boleh belanja gambar. Wassalam...





Aktiviti Malam Hari Jumaat, 06062014



Haa...Tukar font and size sikit. Bosar sangat nampak macam serabut. Ikutkan dari entry akhir nk ceciter sweet moments kat Comfori a.k.a Comfori Part 1. Tapi, nak jugak ceciter aktiviti pada hari Jumaat malam, 6 June. Kakak tak de balik kampung so tinggal la aku dengan housemate kat rumah. Ikutkan nak g uptown Danau Kota tapi kalau pegi uptown sorang-sorang memang sasau ar sebab tade sape nak berbual. Even aku nie memang lone ranger tapi ade certain tempat perlukan member ye. Malam-malam craving nak chicken chop. Mula-mula nyer nak makan kat Nasi Lemak Cinta Sayang Subang Jaya tapi tak bukak pulak. So, pegi la dekat Murni Sunway Mentari...Belasah jela. 

After makan, dok terpikir. Nak balik ke enjoy the night? Pikir punyer la pikir, tekan pedal minyak ke arah Putrajaya. Tak expect la nak pergi sana so tak bawak kamera DSLR. Rugi!!!! Pakai kamera Samsung aku nie bateri cepat la habes. Sentap tak dapat tangkap banyak gambar. Huh!! Sampai je kat Dataran Putra punyerla terkezut...Sebab ape tau, ade aktiviti sewa roller blade, skateboard, skuter, motor elektrik kecik...Basikal pun ade daaa...

Mula-mula nak sewa roller blade tapi lagi suka selfie...So selfie la kite sorang2 tersenyum depan kamera sorang-sorang. Jap belanja gambar ea...Scroll down fella =)

Nak snap berlatarkan Jambatan Wawasan
Say selfie!
Baru je beli monopod online semalam. Selalu sangat wrong timing nak selfie. Kene la pakai tangan act like monopod semulajadi. Tue yang tak dapat view penuh. Sobs sobs...Jap ea, belanja gambar aktivti keluarkan peluh and jatuh gedebap sebab tergelincir main roller blade.




Haa...Ada la 2 jam jugak dekat Dataran Putrajaya. Selfie 30 minit (Tak dapat tangkap banyak sebab batery low), tengok orang jatuh gedebap 1 jam. Baki 30 minit duduk dalam kereta sambil dengar lagu and sambil berangan dan bermimpi dalam keadaan sedar. Tengok-tengok jam dah pukul 1 pagi. Apa lagi, masuk kereta drive balik Shah Alam. Tapi kawasan nie pukul 1 pagi pun aktif lagi. Still ramai family and budak-budak. Yela, cuti sekolah kan. Tak bawak pergi cuti, bawak main sport ringan pun jadi la kan...Ngantuk pulak malam nie. Oops, sorie bukan malam, dah nak Subuh toq...See at next entry! Belanja satu lagu dulu (tak kene mengena dgn entry tapi suka sangat dengan lagu nie k. Feverito)...Wassalam....







Friday, June 6, 2014

First deal to Senior Exec Story

6 June, 4.56 am, Sama je depan TV and laptop :-

Sementara tunggu waktu Subuh, nk ceciter my first deal and the day I've become Senior Executive. First deal datang pada minggu ketiga kerja. Time tue Kak Intan assigned jual Technical Training Program. Terkejut mak kene jual program teknikal. Tade experince or knowledge sangat. Client tanye soalan teknikal kelam kalibut cari brochure. Banyak belasah jugak la aku. Have too. Sampai client cakap, awak baca brochure ke. Kantoi sudah disitu. Hihi....4 bulan jugak la in-charge technical program. Dalam 4 bulan kene jual 20 program tapi rasanya lapan je yang confirmed. Teruk ye sebab separuh pun tak sampai. Dengan takdir Allah SWT, masa hujung bulan April 2013, take over Soft-Skills program dari Hajar, banyak deal masuk. Bermula dari kursus English. Masa Hafiz pass over deal dari Weststar Aviation Services Sdn. Bhd., start dari situ kak Intan terus transfer me to Soft-Skills program. Alhamdulillah, perform. Sampaikan dapat buat In-House masa time jadi junior MS. 

Rezeki Allah SWT beri amat murah ketika itu. Sampai boleh close 3 In-House deal dalam bulan Julai. Dan kerana itulah I've been promoted to Senior Sales Executive effective 1 August 2013. Amat tak sangka dapat naik pangkat hanya dalam masa 7 bulan. Ingatkan makan masa setahun. So, tidak benda yang mustahil kan. Janji kene usaha, doa dan tawakkal. 

Ok. It's 5.08 am and Subuh akan masuk dalam setengah jam lagi. Next entry nak ceciter pasal kesan dari Senior Sales Executive to my life and one of my dream tercapai because of that. See you in next entry. Nak kemas blog ckit. Kind a mess template. Wassalam....


Becoming a Comforian, 26 December 2012

6 June, 4.23 am, masih dan masih lagi depan laptop dan TV :-

26 December 2012. A day after Christmas. The day I become Comfori Sdn. Bhd. employee. Interview untuk Business Development Executive, report day transfer ke Marketing Sales Department. Hikmah yang besar Allah SWT rancang untuk aku. First day masuk dah kene bahan dengan staf-staf MS Dept. Mana tak nyer, dah le pakai kemeja warna biru laut, tuck-in baju, pakai tali pinggang, seluar tinggi, tudung awning masuk dalam baju. Macam pengawas sekolah tau tak. Ikutkan memang pernah jadi pengawas masa sekolah rendah. Baju warna biru. Hihi. Well, that's the way aku dressed formally ke tempat kerja. Jap cari gambar. Belanja lagi.

Me with tie (Formal Event)
In Red

Gambar penuh tade pulak. Separuh pun jadi la ye. Hihi...Berbalik kepada kerja aku di Comfori. For 2 weeks under Aabid watch. Ya ampun. Macam bawah Jeneral k. Punyer la sarcastic. Hampir-hampir nak resign sebab rasa teruk sangat. Tapi, sebab dapat nasihat dan semangat dari mak, ku gigihkan jugak la. Sabar melayan kerenah Aabid. After one month, my manager, Kak Intan letak aku under Hafiz. Mula-mula takut jugak la sebab Hafiz nie macam garang sebab dia ada rupa Wolverine X-Men tue. Lama-lama kenal lembut jugak orang nya. Kadang-kadang mood dier swing jugak la. Sabar jela kalau mood swing dier datang. Kalah perempuan time datang bulan. Huh! Jap ea. Belanja gambar my whole department.


Team MS 2013

Team MS 2014

Team MS 2013
Ini la keluarga ku yang kedua di tempat kerja. Saling berganti. Tapi meriah. Tue yang buat saya sayang sangat dengan department ini. So, ada hikmah masa dipindahkan hari pertama. Happy to be in MS Department. Setahun empat bulan bersama-sama mereka banyak yang saya pelajari. Banyak kenangan dan memori indah. Akan di ceritakan di next entry. Brace for it! Wassalam....

The Day I Had Bachelor in Business Administration (Hons) Marketing, 4 December 2012

6 June, 3.31 am, dan masih lagi depan latop dan TV :-

Citer pasal convocation yok. Selamat Datang ke --->

Graduan: NOOR AZUREN BINTI MOHD TAIB
Tarikh: 4 DISEMBER 2012
Sidang: 17
Tempat: DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR.

Alhamdulillah. Penat lelah belajar selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil. Aku akhirnya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Macam tak percaya je akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. Dulu ingat diri nie tak mampu nk pakai jubah konvokesyen, pakai topi. Eh salah, nama topi tue mortar board. Bukan motorbot k. Awin tujukan ijazah nie untuk my luvly mother, Puan Fatimah Aziz dan arwah abah, Allahyarham Haji Mohd Taib bin Dogol. Cuma aku sedih abah tak bersama kami ketika anak-anaknya berjaya ke menara gading. Terima kasih mak dan abah. Kerana kalian, Awin berjaya dalam hidup. I Love Both of You! 

Ijazah yang ku idamkan sejak kecil

With Eyqa and Siti

Classmates since 2009

Kawan-kawan sekelas

Feeling baling-baling

Pagi Subuh yang bermakna

Me in graduation robe

Younger sister, Syahira

My backbones

My precious treasures

Elder sister, Dyla
My beloved mother, Sarjan Fatimah

Haa...kan dah belanja gambar-gambar time my convocation. Nak tengok lebih, follow my Facebook. Situ lagi banyak gambar-gambar my convocation. Kenangan paling bermakna dalam sejarah hidup. In Shaa Allah, ada pasang niat nak sambung Master in Business Administration. Sampai masa, akan sambung study. Buat masa nie fokus kerja dan kejar impian-impian aku.

Next entry about my work at Comfori Sdn. Bhd. See you. Wassalam!

Life After Internship

6-June, 3.00 am, Still lagi depan tv and laptop :-

Haaa....hamboi, bila minat blogging datang balik memang sampai Subuh la update entry baru. Excited kata nyer sebab banyak benda nak ceciter. From last entry (last la sangat), nak ceciter pasal kehidupan habes internship and gamba konvo. Start habes internship dulu k.

1. First Job: Admin Assistant (GSC)

Well, setelah tamat internship dengan CBSA Media Sdn Bhd, aku mulakan kerjaya aku sebagai Admin Assistant for Marketing Communication Department di Golden Screen Cinemas (GSC). Koje kat HQ dier ye di Damansara Jaya. Cuti seminggu je finish up viva and then start to work. Kalau tak silap awal bulan July. Gaji starting RM 1,800. Could you believe it? Fresh grad admin je pun dapat 1.8k untuk first job. Rezeki Allah SWT bagi. Alhamdulillah. Syukur tak tanam anggur after habes study. Mula-mula ackward ya ampun. Sebab dalam department and floor marketing tue aku sorang je orang Melayu. Nak borak dengan sape pun tak tahu. Cina kowt sumer. Fine, English time. Oh My English aku. Tonggang langgang. So? Ade aku kesah. Janji speaking muka kene kondifen. Eh salah. Confident! Tapi hanya bertahan 3 minggu je sebab working environment buat aku stress. Tak boleh belah duduk depan HOD. Jadi tak secure giler nk buat keje2 sampingan a.k.a bukak lagu kat youtube sebab monitor HOD bley tengok clear habes. Huh! Sabar jela. Yang best koje GSC bley dapat free pass tengok wayang. Merasa la dapat 4 free pass. Terus bawak family pegi tengok citer The Expendables 2 kat GSC Paradigm Mall. 3 weeks je then Selamat Jalan Romeo GSC!


2. Second Job: Admin Assistant (CBSA Media Sdn Bhd)

Bukak-bukak Jobstreet nampak vacancy Admin Assistant kat my internship company. Terus zapp apply. Rupanya my practical supervisor dapat job baru kat Wipro Unza. Dia memang tunggu time nak keluar dari situ. Stress tahap max katanya. Memang boleh nampak stress tue. So, replace dia la. Start koje situ masa seminggu sebelum raya. Dan dan terus mintak cuti 5 hari dengan HOD Admin. Ade aku kesah ko nak bagi ke tak? Hari Raya k. Penting untuk cuti lama. Gitoh! Tapi bertahan 3 bulan je sebab ya ampun staf-staf kat situ suke buat rules sendiri. Suka-suka hati nenek la nak arah aku sane sini. Gaji pun downgrade jadi RM 1,500. Potong EPF Socso bagai tinggal RM 1,200. Kene unpaid leave lagi tinggal RM 1,000. Habes bayar komitmen je. Nak enjoy sangat pun tade. Inikan pulak shopping. So, anjakan paradigma, tinggalkan admin, cari sales job. Hilangkan rasa malu, tingkatkan keberanian diri. And my first sales job is at JFPS Group. See below please!

3. Third Job: Conference Sales Executive (JFPS Group)

Haa...sampai ke KL cari koje sales. Dapat la satu kat Multi-Purpose Tower. Jalan Munshi sana. Dekat jugak la dengan KLCC. Travel Shah Alam-KL. Penat gilor! Tak sanggup aku. Bangun pagi awal giler and naik KTM pukul 7 pagi berebut ramai manusia dalam KTM. Macam sardin k! Dalam KTM sempat tidur satu jam sebab stop kat KTM Bank Negara. Tapi serius jangan la koje KL kalau stay Shah Alam. Penat tak terkata sbb travel jauh. Masa pun banyak terbuang. Solat pun gajah je memanjang. Hujung-hujung waktu. Huh! Gaji sedap RM 1,800 ade komisen. Yang tak best nyer aku MC pun di kiranya sebagai Unpaid Leave. Then what the h*** asked me to provide you with MC?? Sabar jela. Lagi tak boleh belah, Director Business Development duduk depan aku. Lagi satu what the ikan. Ada bilik sendiri tanak duduk. Sibuk duduk depan aku. Sabar jelah lagi. Kat sini jugak la my Sales Manager, Boon Cheng ajar aku cara pitch cara paksa. Mula-mula memang susah sbb tak biasa. Training dua hari. Sebelum boleh call client, kene test pitch dgn Director dulu. Mau terketar-ketar call. Perasaan malu tinggi lagi la masa tue. Akhirnya berjaya jugak la. Nak start call client tue aku take time nk berani angkat ganggang and dail no company. First call ok. Masa keje rejection tue, Allah SWT jela yang tahu perasaan aku. Down giler bile kene reject. Take time lagi nk gain back spirit and confident level. Kejap je aku rasa boring kat sini. Dah le asyik kene call je 8 jam. Nak cakap dgn colleague aku, Jannette pun susah sbb kene call je kan. GMS la!!! Sebulan je pastu resign! Cari-cari sales job lain jumpe la Comfori Sdn. Bhd. Panjang nak citer psl Comfori nie sebab stay setahun empat bulan. 

So jumpe next entry. Sekali belanja gambar konvo! Wassalam.....

I'm Back!!!!!!!!

Haa...Akhirnya dapat jugak update blog aku yang dah lama tak post entry-entry baru. Sibuk ya ampun. Last update 28 March 2012. Skrg dah 6 June 2014. OMG!!!! 2 tahun tak update blog. Berhabuk semacam. Fuhhhh *Tiup habuk (Budget macam tiup habuk kat perabut ke ape) LOL! Gedix kamu Naz Zuren. Tergerak hati nak update blog sebab banyak benda nak cerita. Well, entry pertama tak macam pertama untuk tahun 2014. 

6-June, 2.37 am, depan tv and laptop :-

Banyak benda nak citer nie. Tak cukup pagi-pagi ni nak ceciter. Kita slow2 la ye citer. Since dah lama tak update entry nak la jugak inform ape sebabnya. (Nak jugak ceciter sebab tue. Haish!) Last entry pada 28 March 2012 tue masa final year study. Time pratikal la senang citer. Sibuk dgn report internship and thesis practical. Ya ampun mbak, aku memang tak suke buat thesis. Poning eden! Mane tak nyer, start buat thesis masa tinggal lagi 3 bulan nk habes internship. Lupe plak still student masa internship. Berkobar-kobar la katekan nak kije. Macam staff permanent plak. Haha.... Sampaikan practical advisor call hengatkan aku pasal thesis. Time tue la terduduk kat tangga office sekejap. Kelam kalibut mintak cuti dari supervisor. On the spot mintak cuti 4 hari. Balik Melaka, pergi kampus. Jadi nerdy kat library hamek thesis senior tengok tajuk ape boleh buat. Nak buat pasal marketing, tak brapa nak menjadi sebab intern department HR-Admin. Last2 buat psl tajuk kene mengena dengan HR. Terhasillah "FACTORS THAT INFLUENCE THE EMPLOYEES AT CBSA MEDIA SDN BHD". Tadaaaaaa....Hebat tak? Pungkok aku. Makan diri sendiri je. Tak pasal-pasal bukak buku HR which is my minor masa semester 3. 

Di pendekkan cerita yang panjang sangat utk intership story, bagai nak rak la saya siapkan thesis tue. Sampai-sampai kat advisor, dia ubah questionnaire saya. So bila key-in dalam SPSS (sejenis software sakitkan kepala untuk marketing research) tak tele dengan result. So camne nak dictate and explain. Sempat plak puan suruh aku tukar tajuk. After 60% dah siap! What the ikan! Memang tak la nk ubah. Maaf puan, saya tak sanggup nak buat balik semua. Dah tak serupa orang pun nk siapkan thesis nie. Tidur tak cukup. Orang berjaga, saya tidur. Mata pun dah mcm panda bear (Panda bear tgh fenomena skrg nie). Penah la 2 hari straight tak tidur sebab nak siapkan thesis. Tapi, berkat kesabaran dan kegigihan yang jitu, Alhamdulillah saya BERJAYA SIAPKAN! Hari yang dinanti iaitu viva (nama bahasa melayu + English = presentation thesis industrial training). Google sendiri la ye kalau nak nama panjang lagi. Malam sebelum tue memang tak tido sebab print report and siapkan slides. Sambil print sambil buat slides. OMG bayangkanlah berapa nescafe ako minum malam tue semata-mata nak kekal jaga. Nak ucap terima kasih pada printer saya, Canon MP198. You are my hero! Sebab jimatkan kos print. Hihi. On time jugak la siap slide and print report. Dah le jadi first presenter. Tak pasal-pasal je. Redha aje aku. Bila dah viva tue dier punyer rasa lega tue macam score dalam world cup. Ape lagi, habes present, dengan pantas drive balik rumah and tidur....Qada' tidur. Ada jugak la satu hari aku tidur. Dari tengah hari sampai tengah malam. Esok tue bangun migraine pulak. Nasib badan. Bila semua itu sudah berlalu, result pun keluar dan Alhamdulillah aku tamat pengajian ku sebagai pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Tunggu tarikh nak konvo je. Super excited masa tue. Ok, so next entry nak citer kehidupan after habes pratikal sehingga la my convocation. Belanja gambar konvo sikit! LOL! See you at the next entry! Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...