FANS-tastic

Monday, June 29, 2015

It's Pulau Redang Time!!!! Island Vacay with La Familia

Assalamualaikum my readers. Semalam Capt dah tutup story pasal Medan. Hari nie Capt nak ceciter pasal my holiday to Pulau Redang with my family and sister's officemates. Let's begin the journey! Gitewww =)

| PULAU REDANG, DAY ONE 12/6/2015 |

Ok. Nak dijadikan cerita percutian kali nie yang pertama di pulau. Sebelum nie family vacay tak melibatkan pulau. My mother want something different so we choose to have our family holiday di Pulau Redang. A week before puasa kay tarikhnya. Ikutkan tarikh asal is 5-7 June tapi resort penuh so 12-14 June la jadinya. This trip di-arrange oleh my elder sister. She and her two other officemates (Kak Aiza & Kak Julia and their families) yang cari agent setelkan our hotel and island hopping di Pulau Redang. Cari punyer cari satu agent nie offer the cheapest price, RM 320 per pax for below itenarary:

a) Hotel room a.k.a bermalam di resort
b) Snorkelling 3 kali di lokasi berbeza (Laut tak berapa nak dalam, Marine Park & laut dalam)
c) 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, 1 BBQ dinner & 2 tea-break 
d) Transport pergi balik (Jetty-Redang Island-Jetty)

Ok, memang murah but expect too much yer on the accommodation. Kami bertolak 3 kereta ke Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pm dari rumah masing-masing. Janji jumpa di Petronas selepas Genting Sempah pukul 10.00 pm. Kak Julia paling awal sampai. My family second and Kak Aiza last one. After semua dah sampai maka berkonvoi la kami malam-malam tue melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). I'm the first one to drive. We stop at R&R Gambang untuk midnight tea-break. After that my elder sis continue to drive. Me tak suka sangat drive laluan yang tak biasa. Plus drive my mother's Vios which is manual. Mau tak melompat Vios tue sekejap. Al-maklumlah kaki kiri bese dok diam je. When my sister drive, then me of course la take a nap. Sedar-sedar je dah sampai masjid di Kuala Terengganu. Ngam-ngam sampai time subuh. After semua selesai solat Subuh then we continue to breakfast at one local warung yang serve breakfast. Macam-macam ada kay. Disebabkan breakfast after Subuh then kami rasa macam join orang surau je sebab dalam warung tue semua jemaah surau. #Insafsekejap ...Tapi Capt tak berapa selesa sangat nak makan so bedal kuih 2 biji and air teh ais. Al-maklumlah tingtong sikit lama sangat dalam kereta. 

Selesai breakfast then all of us bergerak ke Jeti Syahbandar di Kuala Terengganu (KT). U know what, bila datang KT nie mengimbau kembali masa Capt kene outstation sorang-sorang pergi Kerteh 2 tahun dulu masa Capt represent my old company untuk hadiri training bersama Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. Imbas memori betul. Not that hard to find parking since kami semua datang awal pagi. Park sebelah-sebelah kaw. Then, masing-masing warm up sekejap. Tegangkan balik otot-otot cramp duduk dalam kereta lama sangat. Meh Capt belanja sikit gambar.

Walk to the jetty

My family

Capt yang berbaju jersey liverpool tue. Besar tak beg? Actually mine is smaller. Help my elder sister carry the her bag actually. Adik yang baik kan #yeyauo ...Our jetty depart at 9.00 am. Me and my sister get the tickets and others wait in the waiting area. We missed first ferry since ramai betul pergi Pulau Redang pagi tue. Sabar jela tunggu 2nd ferry to come. About 10 minutes jugak la tunggu. Tengah-tengah tunggu tue sempat la my younger sister snap sane sini. Giler kamera jugak dia tue.

Ready to board

My mummy and Kak Julia 
Una and Iman

My elder sister and mummy

This is Kak Aiza

This is the Captain

Capt still letih pagi tue but try not to show that tirednes to my la familia. After 10 minutes then we board the ferry. Masuk awal so kene la duduk bawah. Actually Capt nak duduk atas sebab duduk bawah tak nampak apa. Redha jelah since my mother insist we sit at same place. Perjalanan dari mainland ke island mau plus minus 1 hour jugak la. Disebabkan tidur tak cukup then I took the change to Qada' my sleep in the ferry. Sempat jugak my younger sis snap some pictures since the camera is with her.





After Capt dah sedar dari tido pun belum lagi sampai pulau nyer. OMG!!! Ingat dah sampai. Mabuk jugakla duduk dalam ferry tue. Nasib tak muntah je. Try not to vomit actually. Setelah puas menanti akhirnya sampai jugak ke pulau nya. Tapi sebelum sampai pulau nyer kami kene tukar ke ferry pengangkut. 

Belum ape2, Capt dah sunburn

With elder sista


Dah selesai tukar ferry maka sampailah kami di pulau. Sampai pun dah tengah hari. Takyah citer ar panas teriknya. Rasa macam BBQ kene panggang  free free je. Nasib Capt bawak sunglass. Resort kami for the 3-days is Redang Lagoon. Dah ready transport nyer iaitu traktor pengangkut. Hanya my family and Kak Aiza je dapat naik. Kak Julia and family tunggu second trip. Sekali hamek second trip mereka berempat je. Huntoong sungguh! Sementara tunggu my sister check-in all of us, my younger sister klik sane sini la dia.

Akhirnya sampai

Our resort 

View tengah hari

Resort-resort lain

Panas-panas pun ada orang mandi laut jugak

Pakej yang kami pilih nie memang yang termurah tapi exclude snorkelling gear & safety jacket. For this gear, we need to pay RM 50 for 3 days loan. Yang tak best nyer kan ingat RM 320 tue nett dah rupenyer belum masuk GST lagi. Kene tambah RM 20.00 seorang untuk GST. Yang travel agent nie pun satu tak inform. Sabarkan jelah. So, total sebenar nya is RM 390.00. Baru la nett yer. Sampai-sampai pun bilik tak ready lagi but just nice it's lunch time. Capt memang lapar since time breakfast tadi tak makan heavy kan. Lunch dia not bad. Sedap. Yang penting ada ayam. Dua kali tambah ye Capt untuk lunch tue. Habes je makan then our rooms are ready. All 3 of us dapat bilik sebelah-sebelah. But my family punyer bilik besar sikit since it's four (4) of us. We got tripple quad room which is 2 tingkat. Agak ke dalam bilik kami. Masuk je bilik just ade katil queen and aircond kat floor bawah. Floor atas ade satu tilam and kipas dinding. Guess what, that fan is ROSAK!!!! Duduk 2 minit pun berpeluh bukan main. So my mother insist bawak tilam turun ke bawah. Sumer tidur bawah sekali. Toilet dia redha kan jelah untuk mandi. Air memang slow. My mother memang tak berkonan air kecik-kecik nie. Well, that's all we've got for our budget.

Ready to snorkelling stalk nemo

Laut yang tenang

Love the water

Our first activity on the day is snorkelling kat laut tak berapa dalam. Sumer kene kumpul pukul 2.30 pm. So, after berehat sebentar dalam bilik then kami pun tukar bajju pakai swimming suit. Air-cond memang biar bukak sebab nak kekal kan sejuk nyer. Sumer yang ikut that trip berkumpul depan dewan makan then naik bot yang resort sediakan. 3 boats all together. Guess what our resort boat mmg klasik and vintage. 2 boat vintage, 1 boat klasik a.k.a tongkang. For this trip, kami naik boat vintage yang open door di depan. Capt pun menyelit kat pintu depan sebab nak nikmati view and open air kan. Duduk dalam tue somak and tak bernafas je. 

Disebabkan kami nie tade kamera underwater so tak dapat la nak snap our pictures masa snorkelling. Our guide just bagi 1 jam untuk snorkellin. Sempat jugak la dia brief before we start to stalk ikan-ikan tue. This time snorkelling, I can see the fish and coral clearly. Masa kat Krabi tue air laut tak berapa jernih so dapat tengok sipi-sipi jew. This time puas hati. After finish snorkelling then we depart back to pulau. Balik bilik berehat then petang tue me and my sisters nak beachwalking. Mother penat so dia berehat je dalam bilik. Dah macam ala-ala model kami bertiga kat pantai tue. 

My sisters

Beach volley

View from right side of our resort


The Captain is watching the sea

With the long tail boat

Ala-ala model

Sorang lagi ala-ala model tudung yuhanis

Captain Naz in da haus

Model lagi

The Captain is thinking

My little sister

Sedar-sedar habes free modellng je dah senja so back to room. Prepared for BBQ dinner. My mum pun kami balik dia dah siap-siap nak pergi dinner. After Maghrib then kami pun pegi dewan makan. Just two family time dinner, kak Aiza belum sampai-sampai. Kami dah siap-siap bakar ape yang patut. Sampai dah habes makan pun kak Aiza belum sampai. Pelik jugak. Try call tapi tak berjawab. Kami fikir dia tengah siap-siap la tue. Dah habes makan then we decide to circle round the island. Nak night beachwalking katenyer. Sedang duduk kat buaian tiba-tiba pranggggggg...Kilat dah..Tandanya nak hujan. Tak dapat nak nighwalking. Sempat jugak kiteorang ketuk pintu bilik kak Aiza. Pelik kenapa dia tak keluar dinner. Rupenyer terlajak tidur. Mau cepat-cepat dia bersiap untuk dinner. Makan jela ape yang tinggal. Tak sampai 10 minit sampai kat bilik hujan pun turun. Lebat pulak tue. Nak buat ape lagi malam tue. TV pun tade nak tengok maka terus tido jelah jawabnya. Time malam, resort tue memang sejuk. Selimut yang resort bagi pulak nipis. Mau tak berebut dengan my family. Redha jelah tidur dalam keadaan sejuk. Awal kay Capt tidur. Dalam pukul 10.30 pm lelap mata bermimpi sudah. 

That's all readers for my first day at Pulau Redang. Coming next Hari Kedua. Hari kedua lagi menarik sebab kami sewa kamera underwater. Ada v-log sekali yang sempat Capt rekod. Stay tuned! Wassalam =)

Yours faithfully,
Captain Naz
Author for CaptainNaz Dot Com

Hari Ketiga di Medan, Indonesia 11 May 2015

"Quit Your Job and Go Backpacking"

Assalamualaikum my readers. Sebelum ape2, Quote a.k.a peribahasa a.k.a ape2 jelah yg kat atas tue, Capt tujukan pada diri sendiri and my friends. Ada kalanya kan Capt stress giler dengan kerja di office, rasa mcm nak Q.U.I.T fka R.E.S.I.G.N and the then travel around the world. Backpacking. Tapi, bila fikir balik komitmen yg tinggi maka tertangguh la agenda itu. Ok, back to square. Hari nie Capt nak habeskan pengembaraan Capt di negara orang bersama 4 orang lagi traveller. Let's start the journey!

MEDAN DAY THREE AND FINAL 11 MAY 2015

Ok, last Capt ceciter pasal hotel yang Capt and friends tinggal untuk malam akhir tue memang ohsem. Mewah ala2 hotel 3 star kat Malaysia. Di sebabkan agenda hari akhir kami agak padat, jadi masing-masing kene la bangun awal bersiap-siap untuk ke Sibolangit, our first place for day three. Kate nyer Mas Ari, Sibolangit tue dekat jugak dengan hotel kami. Dalam 30 minit jugakla. Sebelum bertolak tue kami breakfast dulu. But, before breakfast tue, kami selfie wefie dula la. Meh belanja gambar ckit...

Swimming pool yg tak sempat kami rasmi

Mewah sih!

Cantik Landscape nyer

Lanskap yang cantik

To the lobby

To the lobby signage
     
Peaze yaw!

Breakfast pagi tue memang best and sedap. Variety of food to be choose and eat. Disebabkan malam sebelum tue Capt tak berapa nak makan sebab sakit perut and pening  kepala, so pagi tue bedal la breakfast heavy sikit. Pagi tue Capt makan nasi goreng separuh pinggan, roti bakar 4 keping, buah tembikai 4 biji and air teh 2 cawan. Yang lain-lain pun bedal banyak jugak. Kami makan pun kene cepat sebab nak kejar ke Sibolangit tue kan. Hiking katenyer. But, sebelum bertolak and check-out tue, sempat la selfie wefie sekitar hotel mewah nie. Meh belanja gambar sikit.

Senyum

Negaraku sangat!

Hamboi masing-masing

Kak Jijot pose gaya tersendiri

Aku tak sempat lompat

Cewah, ada gaya

Pagi tue Nazmi ade cakap yang kita akan hiking sebab dia pelik Capt pakai jeans pegi hiking. Capt pun cakap la hiking je pun, pakai seluar ape boleh tapi jeans tue memang silap besar Capt pada hari tue. Nak tahu sebab ape, tunggu cerita seterusnya. Memang lawak. So, dah puas selfie wefie maka bertolak lah kami ke Sibolangit. Dalam 30 minit jugak la. Jalan masuk nak ke Sibolangit tue pun memcabar kay. Lalu jalan kampung. Akhirnya tiba la jugak. Nak masuk ke Sibolangit nie ade charge. Upah trekker katenyer. 50,000 rupiah seorang. Siap kene register nama and no handphone lagi. Senang cari kalau hilang katenyer. Dalam fikiran Capt, macam mane nak reach no telefon Malaysia dari Indonesia. Plus dalam hutan pulak tue #stillfikirlagi ... Kate nyer trekker, perjalanan hiking nak ke Air Terjun Dwi Warna tue amek masa dalam 2 jam. Terkojut monyet jugak la masa dengar tue. Sebelum kami start trekking tue, sempat la Nazmi tanye tak nak tukar seluar ke. Capt pelik la Nazmi concern betul pagi tue. Rupenyer concern dier tue memang munasabah. Dah le Capt bawak satu seluar je untuk trip kali nie. Redah jelah pegi hiking pakai jeans. Capt bawak sekali camera and my little sling beg. 

Ok, you o'llzz yang bercadang nak pergi Medan and hiking Sibolangit tue mohon pakai seluar trek and bersandal je masuk dalam tue. Pakai kasut memang selamat tapi kalau dah kene redah sungai and lumpur tue memang menangis la nak basuh nanti. Mohon bawa sandal/kasut spare ye. Jangan jadi macam Capt. Honestly hiking kali nie memang meletihkan. Sakit kaki ya ampun. Tapi sebab nak tengok air terjun Dwi Warna punyer pasal, abaikan jelah sakit tue. Nasib Capt bawak air isotonik. Bertenaga la sikit. Disebabkan kami semua nie bukan Die-Hard-Fans hiking activity maka masing-masing cepat pancit. Banyak kali jugak la stop. Paling best stop kat satu sungai nie. Sempat bergambar and bervideo la jugak.



Kami dalam hutan

Masing-masing muka penat

Free style katenyer. Kak Jijot muka redha

Peaze y'allz

Hiking Sibolangit memang mancabar fizikal, mental and ketahanan diri sebab naik turun bukit, redah sungai arus deras, turun bukit yang curam and redah lumpur & tanah lembut. Kami semua pakai kasut kecuali Muiz. Dier pakai sandal. Sedap ar redah lumpur ke sungai. Kami yang lain nie, habes kaki berendam lumpur. Habes kasut Capt. Baru je beli. Redha jelah sepenuh hati. Selepas dua jam akhirnya kami tiba di tempat yang kami nak sangat pergi sampai sanggup hiking redah sungai lumpur bagai. Air Terjun Dwi Warna!!!!! We are here finally!!! First time Capt tengok waterfall tue teringat Air Terjun Kawasan Falls, Cebu, Filipina. Teringat trip with Geng Musyawarroh. Air dia biru and putih. Tapi air Kawasan Falls biru sahaja kay. Nazmi, Nik, Muiz, Kak Jijot and Mas Ari ape lagi. Terus terjun dalam tue. Capt memang niat tanak mandi sebab tak bawak spare ape yang patut. So, sementara mereka-mereka tue mandi manda, Capt sempat la test skill photography kat air terjun tue. Plus selfie melfie jugak. Capt kan pantang tak selfie. 




















Di sebabkan gambar banyak so Capt tak menyempat nak caption kan satu per satu gambar tue. I think the pictures itself describe our feelings and experience. Ada la setengah jam kami luangkan masa menikmati keindahan Ciptaan Allah SWT tue. Then masing-masing pun bergerak balik sebab jam pun dah menunjukkan pukul 12.30 pm. Time to go my friends. Nak di tambah cerita, time nak balik tue hujan pun turun. Elok la Capt dari tanak basah kene basah jugak. Basah kuyup pulak tue. Sempat la cari plastik cover my DSLR. Itu yang paling Capt nak lindungi sebab DSLR tue fragile and sensitif dengan air ye. Masuk air, memang menangis guling-guling la Capt. Hujan makin lama makin lebat jadi laluan pun bertambah cabaran nya. Makin licin dan berbahaya. Di gabung dengan petir dan kilat. Rasa macam bertawakal je masa nak balik ke tempat kami masuk tue. 

Hiking punyer hiking then kami tiba di tempat sungai yang kami stop sekejap tue. Mak ai, air nyer deras gilew. Capt takut nak seberang. Tapi bak kate trekker kalau tak seberang sungai nie memang tak balik la jawabnyer. Trekker and Mas Ari seberang sungai tue dulu then bersedia di posisi selamat untuk tolong kami yang perempuan nie seberang. Guest what, I'm the first one to cross the river and jd yang pertama lah susah nak cross sebab air nyer tue arus deras gile. Sampai kan Nazmi and Muiz kene tolong Capt seberang sungai tue. Capt melekat pada batu sebab takut sangat. Plus, almost lose my shoes kay. Kalau kaut Capt tercabut camne nak hike balik ke pintu masuk. Dah le Capt tak bawak kasut/sandal spare. Nazmi and Muiz sempat bergurau pasal Capt melekat kat batu and kasut Capt almost tercabut dari kaki. Sempat jugak la selfie selepas kami semua berjaya harung air sungai deras tue.

Capt still takut lagi
Kami berjaya!!

Dah berjaya harungi sungai tue then selfie then kami pun teruskan perjalanan yang penuh pancaroba tue. Tengah-tengah jalan tue sampai satu pokok yang besar masa nak cross tue Kak Jijot tergelincir. Capt betul kat belakang dia. Tak sempat buat ape. Sempat tengok je. Kak Jijot sempat cakap allignment sumer lari. Memang sakit ea. Capt yg tak kene nie pun bley rasa sakit dia macam mane. Jalan punyer jalan then kami pun tiba la di pintu keluar nya. Alhamdulillah. Sampai je then Capt pun jerit sekuat hati. I'VE MADE IT!!!! Fuh, lega ya amat kay. Bila semua dah jerit tue then masing-masing pun take 5 then take turn nak tukar baju. Alk-maklumlah masing-masing dah basah kuyup. As for me, disebabkan tade sluar jeans extra then Capt pakai je sluar track. First time kay balik pakai sluar track. Nasib Capt bawak untuk tidur. Kalau tak bawak, tak pasal2 basah dalam kereta. Tak selesa habes. Kasut pulak redah jelah pakai time basah-basah.

After adventure Sibolangit, then kami teruskan perjalanan kami ke Pasar Ikan. Err, jangan ingat Pasar Ikan beli ikan ye tapi kat situ ade jual kain pasang, telekung, kain batik dan seangkatan dengannya. Capt bukan cari semua tue tapi Capt cari keychain and tshirt untuk family and orang tersayang. Keychain memang standby untuk family, officemates and love ones. Nazmi, Nik and Muiz memang borong kain pelikat and telekung. Capt ada 3 pasang telekung. More than enough. Banyak-banyak nanti tak pakai membazir je. Kami ada 1 jam je kat Pasar Ikan tue so memang berkejar masa la nego sane sini nak dapat harga murah. Satu lje Capt tak suke bila travel to Indonesia. Kalau kita beli barang tue, dia ikut je mane kita pergi. Kita cakap tak nak pun dia still ikut jugak. Lemas sih begini. Masa Capt pergi Bandung tahun lepas pun same je situasi nya. Bila sumer dah dapat ape yang dicari tapi Capt je belum dapat tshirt lagi so last round kami jumpa jugak main place to but the tshirts. Masing-masing memilih la colour and design ape yang nak. Capt sorang je borong 11 helai. Total tue dalam 310,000 Rupiah jugak a.k.a RM 77.50. Murah la tue. Bila dah habes bershopping then kami jumpa kak Jijot di meeting point yang dia pesan sebelum kami berpecah. 

Bila masing-masing tak sempat lunch then perut masing-masing lapar ya ampun. Our last dinner at Medan will be Ayam Penyet. Bila tak lunch so bajet untuk dinner tinggi. Kak Jijot cakap kalau kami nak air sodap sikit, silakan je order. Capt pun ape lagi, bedal la air fresh oren. Our dinner of Ayam Penyet will be at Ayam Penyet Cindelaras. Sementara tunggu Ayam Penyet sampai, Mas Ari cakap kami boleh start packing sumbat kan dalam beg ape yang patut. Capt punyer barang sikit je so 5 minit kemas beg. Dah habes kemas beg then ayam penyet pun sampai. Masing-maisng makan dengan penuh nikmat sebab ayam penyet tue memang ohsem and sedap. Nazmi siap order dua pinggan. Bila masing-masing pun kenyang then it's time to go to Kualanamo Airport. Time to go home! Before that, meh belanja gambar sikit.



Our flight is 8.45 pm. Kami sampai airport pun dalam 8.00 pm. Dah validate our boarding pass at AirAsia counter then kami pun berjalan masuk ke boarding hall. Sempat jugak la buat video sebelum turun ke hall tue. 


Sebelum ke boarding hall

Dah boarding hall, then dah lepas kastam check then kami pun tunggu la masa untuk board plane. Tengah-tengah tunggu lama tue, Capt isi masa lapang dengan buat video. Nazmi and Nik layan COC nyer. Serang sane sini. Kubu kene serang la bagai. Muiz layan perasan. 



Tepat pukul 8.45 pm, then it's time to board the plane and go back home. 8.45 pm kat Indonesia bererti 9.45 pm di Malaysia. Our journey took about 45 minutes. Alhamdulillah cuaca ok. Tak sempat tido dah sampai KLIA2. 10.30 pm we touch down KLIA2. Welcome back home. Dah lepas pintu arrival, all of us berpecah since Nazmi, Nik and Muiz naik satu kereta then kak Jijot naik bas and me of coz la my sister pick up. Sampai-sampai rumah pun dah pukul 12 pm. Tak sempat kemas beg, Capt pun tido sebab esok tue kerja kay. Mau cari foot massage sebab kaki sakit tak hilang lagi.

That'a all my readers. Akhirnya Capt berjaya akhiri pengembaraan ke Medan. Next, entry pasal my vacation with la Familia and sister's officemates. Stay tuned! Wassalam =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...