Thursday, October 16, 2014

Krabi Hari Kedua 09102014 - Nightwalking at Ao Nang

Hai my readers! Agak-agak masing-masing tengah buat ape la sekarang. Tengok TV ke? Malam ni cerita kat TV best. Citer Hindustan pulak ada SRK & Rani Mukherjee kat TV2, Kabhi Alvida Na Kehna. Sambil-sambil tengok TV, sambil tue jugak la aku buat my theraphy iaitu B.L.O.G.G.I.N.G... =)  #akublogger #soultherapy ...Ok, nak sambung aktiviti Nightwalking di Ao Nang Town. 

Setelah berehat secukupnya after a long day at the island, kami pun decide untuk nightwalking pada malam akhir di Krabi. Esoknya ke Phuket pulak. Pukul 7.00 pm kami keluar untuk tengok Ao Nang Town pada malam Jumaat nie ape cher la kan keadaannya plus beli souvenir and tshirt. Hunting kate nyer. At first place, N cadangkan nak sewa skuter. Siap tanya harga sewa lagi selepas balik island hopping. Kedai sewa skuter beroperasi sehingga pukul 9.00 pm sahaja. So, N tanye kalau sewa 3 jam berapa harga. Aunty kedai cakap 100 bath. To us, OK la that rate. RM10 je untuuk 3 jam. Tapi, sebab keluar pun lewat dari schedule, so tinggal 2 jam je sebelum pukul 9.00 pm. Malas nak sewa satu hari sebab esok pagi pukul 10.00 am pun kami dah check-out. So, musyawarroh 2 minit and kami decide untuk berjalan kaki je malam tue. Nak sedapkan hati, sihatkan badan la katekan. Exercise. Malam tue aku memang aim nak rasa street food. Kawasan street food and hotel kami agak la jauh. To me jauh tue yang nak sewa skuter. N nak exercise, so redah jela. Tapi, masing-masing actually agak pancit lagi malam tue. Penat snorkelling tak hilang lagi. 

Masa jalan-jalan cari souvenir and tshirt kat kedai-kedai tue ade je orang panggil massage. Dari hari pertama dia cuba persuade aku untuk massage kat kedai dier. Cam ako betul. Cakap bahasa Thai pulak tue. Memang aku tak faham la ape ko nk promote kat ako. Hampeh je! Lagi menghangatkan malam tue, sumer drag queen keluar. Orang situ panggil transgender people. Malaysia panggil nyah. Rasanya malam tue nampak banyak drag queen sebab dierorg promote something like a show la. Their show k. Tak berani nak snap gambar dierorg takut nanti ade je dierorg kejar aku. Drag queen pun cantik jah. Mekap tebal pun nampak cantik. Dengan "costume" mencanak mata lagi. Ada seorang yang aku nampak tue pakai baju belah sane sini siap kibas kibas kain dia. Free show sangat k! #korasa #maksentap #matakunampakdragqueen... So sape2 yang plan nak g honeymoon kat Krabi tue, pegang erat tangan hubby u'olls k. Takut nanti di kebas nyer oleh drag queen nie. Meh belanja sikit gambar.

Echo Restaurant

Night Life

See how different is it?

Nampak Krabi Resort, signboard memang menarik dan cantik. Ape lagi, selfie la kat sini. View cantik kan. Dah lepas selfie tue, tshirt hunting pulak. Dah nak pergi ke Phuket pulak, so nak cari tshirt for my family. Cari punyer cari, survey after survey, N jumpe satu kedai yang boleh nego harga baek punyer. Ako beli 4 helai tshirt total dapat 500 bath. Ikutkan 510 bath tp 10 bath tue, owner halalkan je. N nego size S (100 bath), M (150 bath) and L (180 bath). Kira ok la. Tempat lain men belasah saiz S je paling rendah 130 bath. So, moral of the story, size S boleh dapat 100 bath k. Try to get this price. Malaysia Boleh!!! #tibar

Gaya bersahaja

Bajet macho/cun! GMS la!

Dah jumpa tshirt, of course la ako lapar so aim for the street food. Street food nie memang tepi jalan je. Nama pun street food kan. Takkan atas jalan pulak. LOL!!! Masa datang tue full kowt meja stall tue so ako pun dok la usha tempat duduk sementara tunggu N beli fruit shake katenyer. Dia beli manggo shake and me of course orange shake. Bukan shake shake check it out. Itu shake drag queen je yang buat. Oops, mohon jangan terasa. Meh belanja sikir street food malam tue.

Nasi Goreng Thai with telur mata combine with orange shake. Malatop!

Nie stall nyer

Haaa.. N pulak lupe ape dier order malam tue tapi nie memang murah la. Mine total is 60 bath a.k.a RM 6.00. Sedap pun sedap. Licin aku makan. Lapar katenyer. Lepas makan tue nak bersantap pencuci mulut la pulak. Tak lain tak bukan banana nutella pancake! Tapi tapi dan tapi sebelum bersantap pencuci mulut, aku dan N survey our transportation to Phuket tomorrow. Ada dua cara la yang save cost. Satu naik bas dari Krabi Town to Phuket Bus Terminal. Satu lagi option, naik minivan direct je ke Phuket. Mula-mula kami inform agency pick-up kami dari bus terminal but, since minivan boleh sampai Phuket Airport terus so both of us decide untuk naik minivan. 3 kiosk survey mahal ya ampun. Nego nego tak lepas. Kiosk ke-4 nie kami bernasib baik. Mula-mula kena 350 bath. Nego paling rendah 200 bath tak lepas. N tambah konsonan, 230 bath. That lady nego 270 bath. Ok, last kami fight untuk 260 bath. Dekat 5 minit jugak la berperang harga akhirnya KAMI BERJAYA!!! 260 bath/pax. Kuasa nego rakyat Malaysia terbukti hebat! Excited dapat harga rendah punyer pasal, lupe nak snap kiosk tue. Kalau tak, u'oll boleh kowtim dengan this lady. Mohon ampun. Haa, dah setel dengan transportation, banana nutella pancake time. Hari nie, aku try stall lain. A bit mahal. Lebih 10 bath. Aku anggap sedekah jela. N setia dengan stall pancake malam pertama tue. Ikutkan jelah. Meh belanja gambar stall tue.

Stall Pancake Santek Sikit

Kali kami take away je. Makan kat bilik. Masing-masing dah penat berjalan jauh. Jauh perjalanan, luas permandangan katenyer. Ku relakan jiwa jelah. Sampai je bilik, nikmati pancake masing-masing. Habis makan je, N terus tido as for me pulak mengemas beg. Sebab malas nak kelam-kabut pagi esoknya. Minivan pick-up kami pukul 10.30 am. Habis kemas-mengemas pun pukul 12.00 pm so aku pun letih sangat dan masa untuk beta beradu.

Itulah ceritera nightwalking untuk hari kedua di Krabi. Pendek je. #pendekke LOL!!! Ok, next entry is about last day at Krabi and our journey to Phuket. Dah pukul 1.00 am. Tomorrow is Thursday and it's still a working day. Good night and wassalam!!! =0

4 comments:

  1. Post yg ke-3 baru ada ruangan komen. Hehe. Syoknye sekali harung pergi Krabi dgn Phuket.

    http://azyyatiliah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...baru perasan kat setting ruangan komen disable. Yup, mmg syok. Actually plan pegi Phuket je sbb pki travel agent masa MATTA Fair. Alang-alang Phuket dengan Krabi sebelah2, tue yg pegi sekali dua tempat terus... =)

      Delete
  2. rindu krabi. hahaha u should try pancake yaminlah. terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...rasa mcm nak pergi lagi je. Nak try pancake Yamin tp letih malam tue nk jalan jauh lg...so pekene pancake dekat dgn hotel je... =)

      Delete

Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)