FANS-tastic

Thursday, October 23, 2014

Phuket Hari Ketiga 12102014




Hai my readers. Bertemu lagi kita di entry yang terakhir mengenai percutian aku ke Phuket. Rasa sedih pulak nak tutup tirai percutian aku untuk tahun ini. Yela, after nie travelog aku start tahun depan. Paling awal Januari (kalau yang nie confirm la). Yang dah confirm, bulan May ke Medan, Indonesia. Tiket flight dah beli pun. Yang ke Medan nie dengan travel buddys yang baru. 2 jela yang baru. Kawan-kawan Nazmi je pun. 

Ok, back to focus. Entry kali nie nak ceciter pasal hari ketiga a.k.a hari akhir di Phuket. Disebabkan malam akhir tue, kami lenjan satu Patong so masing-masing maximum level of exhausted. Even aku tido lewat but still bertenaga bangun awal. Bangun still like usual 7.30 am for our breakfast at the hotel. Bangun tidur stretch badan dulu sampai bunyi prak prak pinggang aku. Kasi warm up itu pinggang la. Then, I take a bath. Sementara aku mandi tue, N pun kemas beg dia. Ikut plan hari tue, kami nak ke Patong Beach. Coz niat di hati aku nak mandi air laut di Patong Beach tue. Nak merasa pantai luar Malaysia katenya. Aku makan banyak time breakfast tue. Lapar la kowt. After both of us took our last hotel breakfast of the day, then kami pun hidupkan scooter comel tue and menuju ke Patong Beach. But before that, we need to buy gasoline coz minyak scooter tinggal 1 bar je k. Ade jugak kene menolak nanti. Tak sanggup mak noks!!! Nak beli kat uncle scooter tue, dia belum bangun tido pulak so redah la depan sikit masa on d way to pantai. Nasib jumpa jugak. Beli la satu botol harga dia 50 bath. Cukup la nak tampung jalan-jalan naik scooter kami untuk satu hari tue.


About 10 minutes then kami pun sampai la ke Patong Beach. Pagi tue Patong Beach nampak tenang je. Ombak pun ok. Angin lagi la sayup-sayup. Matahari pun bangkitlah pagi tue menyinari suasana pantai. Masa kami sampai and nak cari port nak duduk, datang la uncle jet ski nk offer kami men jet ski. Sekali hamek kaw harga dia 1500 Bath a.k.a RM150. Dalam walet aku ade 400 Bath je. Ngam-ngam untuk lunch hari tue. So, terpaksa la tolak offer uncle jet ski even di hati nie nak sangat men jet ski and parasailing. Mungkin next time la kalau aku datang Phuket lagi. Sure, I will come again. Gitoh!!! xoxo

Bila dah jumpa port nak duduk, aku sempat la buat v-log & selfie dulu sebelum serang pantai. Meh share gambar and my v-log.

Patong Beach in the morning

People in the morning

Muka excited nak mandi pantai

Selamat Pagi Patong Beach

Captain Naz was at Patong Beach
 
V-Log at Patong Beach

Lepas tue, ape lagi. Serangggggg...Dengan manis muka kanak-kanak riang dapat pantai, aku pun berjalan perlahan-lahan ke tengah. Belum sampai tengah lagi, dah paras lutut aku. There are some feeling when you were at the water. That beach was used been hit by TSUNAMI few years ago. Even dah lama berlalu but bila aku nak jalan ke tengah, ombak dia tinggi dan laju. Makes me think that it was a TSUNAMI wave. I could fele like I was at the time when TSUNAMI hit Patong Beach. Sempat rendam sekejap la after that terus aku naik. Then, berjalan di pesisir pantai sambil karok lagu bercanda di pasiran pantai sorang-sorang. N dah sedap layan perasaan sorang-sorang. Aku pun layan karok sorang la. After like 5 minutes, back to where our port and masing-masing layan perasaan sambil menikmati keindahan Patong Beach. Tiba-tiba N bercakap, "Naz, ape kate kite balik hotel then mandi swimming pool tue". Oh my God, N. What a brilliant idea. Aku pun tak sempat rasmi lagi swimming pool hotel. So, ape lagi. Tanpa buang masa, kami kembali ke hotel. N dah pro pun jalan kat Patong Beach tue. Dah tahu jalan nak balik hotel. Tinggal terus sane la, N. Haha.. #sajenganjeng

Sampai je hotel, terus serang swimming pool tue. Tengah tade orang kan, so that pool belongs to me. Beria-ria la berenang even aku nie tak tahu nak berenang. Layankan jelah. Sempat jugak la aku snap gambar underwater. Clear giler. Meh belanja gambar dalam air a.k.a dalam swimming pool.


Selfie lepas kesejukan
Peaze yaw!

Iklan Colgate dalam air

Smile for the camera

Tepat pukul 11.00 am, kami pun naik balik ke bilik untuk bersiap-siap untuk check-out. Siap-siap kemas pun dah pukul 11.58 am, final check dalam bilik, atas cadar, dalam almari, atas side desk. Ok, clear!! Boleh check-out. After check-out, kami decide nak jalan-jalan ke Karon Beach. Nak cuci mata sane pulak. Our luggage kami simpan di locker hotel. Nasib baik hotel boleh tolong simpankan luggage kami sementara tunggu pukul 5.30 pm, time Mr Rut ambil kami dan hantar kembali ke airport. Sebelum jalan-jalan ke Karon Beach tue, aku call Mr Rut untuk remind dier ambil kami di hotel pada pukul 5.30 pm. Dah dapat call Mr Rut, then kami pun naik scooter comel tue untuk ke Karon Beach. N tak bagi chance langsung pada aku untuk bwk scooter tue. Mungkin bila dia tahu aku tak prefer bawak scooter, dia rela bwk scooter tue. K, F.I.N.E...U spotted my gugup-ness. Karon Beach tue agak jauh la jugak dari hotel kami. Aku ter-confuse antara Kata Beach & Karon Beach. N jugak yg spotted time ako salah tue. Dier pun dh faham aku nie selalu sangat konfiden benda yang salah. Yang penting tue confident tinggi ye..Ahaks!!! 

Dalam 15 minit membonceng scooter tue, maka sampailah kami di Karon Beach. Tengok jam dah dekat pukul 1.00 pm. Bermakna waktu lunch tapi, kat Karon Beach susah nak dapat halal food. Ade kedai kebab tapi kami ragu-ragu tahap halal nyer. Nak masuk Subway tapi nampak menu bacon disitu sah-sah pangkah. Di Karon Beach tue ade macam shopping lot. Macam bundle pun ade. Misi N masih belum tercapai. Ada sehelai baju lagi nak dibeli untuk anak buah dia. Bertuah anak buah N. Mane pegi, makcik tak lupe souvenir. Jalan punyer jalan jumpa la singlet yang dicari. Tawar nak 100 Bath tak dapat then N pun gerak la. Belum sempat keluar kedai, tuan kedai panggil balik. Dapat jugak 100 Bath tue. See! Boleh je dapt harga murah. Tak nak bagi pergi je tempat lain. Sama je pun. Ada la jugak 40 minit kami spend time kat Karon Beach tue. 


Muka penat kat Karon Beach

Karon Beach, Phuket


Nak ke Kata Beach jauh, then N come out with idea, lepak kat Jungceylon Mall. Actually pegi makan kat sana. Haha, susah sangat nak cari makanan halal then kami decide makan KFC je untuk lunch hari tue. Dah lepas makan tue, masing-masing take time nak menghadam ayam-ayam drummet tue so duduk la lama sikit kat KFC sementara tunggu pukul 3.00 pm. Ape lagi, bila dua perempuan duduk kat kedai makan, G.O.S.I.P time!! #gosipsangat ...Dah pukul 3.00 pm tue so kami jalan-jalan dalam mall. Part yang kami belum jelajah lagi la. Jalan punyer jalan sekali jumpa arcade dalam mall tue so aku pun nampak basketball punyer game. Ala yang baling bola keranjang tue. Mau tak lenguh aku baling bola tue. First round lepas, second round pancit. Terkuar otot aku! #gitoh #musclemakinlemah 

Dekat pukul 3.50 pm, kami pun mental block tak tau nak buat ape dah sementara tunggu pukul 5.30 pm. So, aku come out dengan idea lepak kat pantai Patong. Amek angin sepoi-sepoi bahasa katenyer. Before lepak kat pantai, N nak masuk supermarket. Nak beli kudap-kudap katenyer sambil ambil angin. Name supermarket tue Big C Extra. Name pun Big C so big la supermarket nyer. Nak cari M&M pun susah. Berpusing-pusing aku dikerjakan nya. Nasib jumpe. Lepas cari M&M, cari air krisantimum la pulak. Nasib jumpa and terus la ke kaunter bayaran. Unik nya cashier kat cnie, setiap orang dier greet SAWADIKAP siap dengan tangan-tangan sekali. Salute!! Dah la pembersih, mesra pulak tue. #highsalute

Dah dapat kudap-kudap, then kami straight ke pantai Patong. N dah hafal pun jalan so rilek jela aku kat belakang. Sambil menikmati coklat M&M dan layan angin sepoi-sepoi bahasa tue, sempat ako selfie & v-log for last at Patong. #akumemanggilerselfie #korasa ...Meh belanja gambar sikit.

Iklan Colgate free

Smile for the camera!

V-Log Patong Beach waktu petang

Lepak kat pantai Patong sampai pukul 5.00 pm then we go back to the hotel. It took only us 10 minutes. Sampai je sane, pulang dulu scooter ape-ape pun. Tak pulang scooter, maka tak balik Malaysia la aku. Dapat je passport, say Thank You to uncle scooter then kami pun ambil luggage di locker hotel. Dalam 5 minutes lepas tue, Mr Rut pun datang. Belum 5.30 pm dah sampai. Bagus!! So, we board our van and go straight to Phuket International Airport. Mr Rut say, it may take 1 hour to the airport. Depending on the traffic condition. Dalam van tue berbual jugak la dengan Mr Rut. Aku jela yang layan. N dah capek sangat tue. Sempat dia tidur. Aku nampak je fresh tp hakikatnyer letih jugak. So, kami pun tiba di Phuket International Airport pukul 7.00 pm. Mr Rut drop us at Terminal 1 where the International Departure located. Masuk je, scan bag then rush to departure hall. Tapi, kami kene patah balik ke kaunter AirAsia untuk sahkan boarding pass kami. Keadaan yang sama N faced semasa di Cebu. Ok, readers! Remember, kalau dari airport lain, baording pass AirAsia kene stamp sahkan dulu dari kaunter dia. Baru lepas nak ke departure hall. Crowded jugak la airport time tue. Ramai nak balik dah katenyer. Nak berature immigration pun panjang. Sabarkan jelah. Dah le bag aku berat ya ampun. Ada setengah jam tunggu turn nk lepas check passport. Lepas je immigration aku pun cari hotspot duduk, letak bag, rush to toilet. Dah hujung sangat tahan. Kat hotel tak sempat lepas hajat. #mukatahan #redhajelah

Masa nak tunggu boarding tue, sempat la berbual dengan sepasang suami isteri dari Malaysia. Pakcik nie guru pencen. Saje jalan-jalan dengan wife dia kat Phuket. Makcik tue pun komplen makanan halal susah nak cari. Gagah pakcik & makcik nie berjalan-jalan di Patong. Spend time berdua katenyer. Orang negori sembilan. N rajin layan. Dia bab-bab beramah mesra nie feveret. Aku pulak bosan tahap max. So, cari la Wifi untuk online. Sekali aku kene daftar Wifi airport dah. Layankan jelah. Dah dapat Wifi, battery handphone pulak mcm ^%&$%$^%$%^E%!!! Powerbank plak time nie lah habes. Sempat send 2 whatapps je to my sister. Suh dier pick-up kat KLIA2 pukul 12.30 pm. Hopefully dia sampai on-time la. Esok kije oiii...Meh belanja gambar tunggu nak board plane.

Time to go back

Muka tahan penat & ngantuk

So, pukul 9.00 pm, kami pun board the plane. Kali nie tak beli seat, so dapat duduk bahagian luar. Ingat bahagian tingkap tade orang, sekali ade da. Tak dapat mengular kat tingkap. N dapat duduk tengah. Even aku tak berapa lapar malam tue, but dah order sesame chicken bun. So, kena la makan. Even, aku nak tido time tue. N bila plane kat udara je, dia pun tido. Aku berjaga la satu jam 20 minit tue. Dok belek-belek majalah 360 yang ada kat seat. Baca-baca je stewardess anounce dah nak sampai. Awal 20 minit. Aku inform my sis datang pukul 12.30 pm. Landed pukul 12.00 pm. Terbaek melangguk setengah jam kat luar terminal. Sabar jelah. Time nie battery hp tinggal 2%. Nak hantar mesej pun tak lepas. Nasib baik N tak balik lagi. So, pinjam handphone dia hantar mesej to my sis kat mana aku tunggu. Nasib baik dia sampai awal. N balik lewat sikit sebab abang dia tersalah tunggu airport. After 5 minutes N pun balik. So, aku sampai rumah pun almost pukul 1.00 am. Hengat terus tido tapi sempat pulak aku golek-golek atas katil. Pukul 2.00 am baru lelap. Hamek bangun lewat g kerja. Mau tak kelam kabut pagi tue. Tapi still la sampai office before 9.00 am even kelam-kalibut pun.

Haaa...itulah coretan akhir untuk travel journey aku kali nie. Dengan RASMINYA ENTRY KRABI & PHUKET MELABUHKAN TIRAINYA... =) 

Hopefully readers enjoy & dapat some info mengenai trip aku kali nie ke Krabi dan Phuket. Andai ada silap dan salah mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya hamba manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Semoga kita berjumpa lagi di next entry...Wassalam! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...