Monday, October 13, 2014

Krabi Hari Pertama 08102014

Hamboi..lama tak hupdate blog CaptainNaz Dot Com nie. Al-maklumlah agak buzy dengan kerja. Berhabuk sudah. Fuhhhh.!! Kasi tiup sikit la habuk. Nampak berseri sikit pun. Ok, entry kali nie nak menceritakan kembara aku bersama my travel partner, N (bukan nama sebenar) ke Krabi dan Phuket, Thailand pada 8/10/2014 hingga 12/10/2014. 

p/s: My travel partner nie shy shy cat sikit. I'm honouring her request not to mentioned her name and picture in my blog. So, know her as "N" jela k in my entries.  

Well, trip ke Krabi nie extended from our trip at Phuket. Trip pergi Phuket tue kami beli di MATTA Fair pada bulan March yang lepas. Pakej kami di Phuket jenis Buy 1 Free 1. N said pakej nie murah. Tak boleh dapat harga mcm nie kat tempat lain so kami pun beli la and here we are. Oopss...Sebelum nak cerita pasal Phuket, meh aku story kembara kami di Krabi pada 8 hingga 10 Oktober. Krabi dulu ye baru Phuket. Sabaq sikit naaa...

Tiket flight kami pukul 4.25pm, 8 Oktober 2014 by AirAsia. Nak dijadikan cerita aku cuti je satu hari tue. Malas nak masuk office sebab minda aku dah sampai Krabi dulu sebelum jasad. N kene kerja half-day. Hihi...Jangan jeles ye N sebab ko kene keje half-day. Nama je cuti tapi pagi tue aku duduk la sibuk pegi Puncak Perdana amek kamera underwater kepunyaan officemate my sister. Lepas tue, rushing pegi tukar duit Thailand di Seksyen 3, Shah Alam. Ada money changer kat situ. Tinggi juga nilai tukaran dia. Untungla jugak. Eloknya tukar semalam tapi my sister sibuk nak balik sebelum pukul 7 nak tengok citer Maaf Jika Aku Tidak Sempurna. LOL!!!! Pegi after citer, money changer dah tutup. Mau tak hangin aku dibuatnya. Sabar jela... =(

Back to story. Aku keluar rumah pun lewat. Niat di hati nak keluar rumah pukul 11am sebab pegi KL Sentral naik KTM. Tak bawak my silver froggy. Silver froggy duduk rumah diam-diam. Aku ambil risiko tunggu bas Rapid KL nak ke KTM Seksyen 19. Dah le keluar rumah pukul 12pm. Tunggu setengah jam tak sampai-sampai bas nyer. Punyer la takut tertinggal flight, aku pun install MyTeksi Apps and request for taxi. Nasib ade taxi driver berdekatan so rushing la pergi KTM Seksyen 19. Nasib baik tunggu sekejap je, komuter ke KL Sentral pun sampai. Aku free hair masa travel nie and my haircut a bit short so bila aku masuk coach wanita, sumer pandang aku. Macam aku nie buat salah. In my mind, what? I am a woman that's why I'm in this coach. Aku pun buat deq je dengan pandangan-pandangan negatif nie. So, pukul 1.20pm tiba lah aku di KL Sentral. N pulak gerak dari office ke LRT KJ pukul 1pm. Nasib officemate dia hantar pegi LRT KJ. Send my  thanks to your friend, N! N pulak sampai lewat sikit dalam 1.40pm jugak la. Sampai je N, kami rushing ke terminal bas ke KLIA2. Bayar RM10 je. Driver bas kami bawak bas mcm tengah belajar bawa bas je. Aku dgn N dah le risau lewat masuk boarding hall. Nama je flight pukul 4pm tapi kene la ada di boarding hall pukul 3pm. Dah le bawak slow pastu masuk sana sini jalan jauh. Nasib kami sampai KLIA2 ngam-ngam pukul 3pm. Mau tak macam lipas kudung kami ke boarding hall. Sempat jugak la smuggle Kit Kat, Roti & Mentos dulu. Al-maklumlah atas flight mahal. Hihihi xoxo

Ready to board the flight!

Let's fly, up up here we go

Waiting hall kali nie lain dari yang Cebu. Closed hall. Tak best sangat. Tapi ramai la yang pergi. Flight penuh. Tunggu punyer tunggu tiba lah saat yang ditunggu. Time to board the plane folks! Excited betul aku dengan lapar nyer Allah SWT je yang tahu. N pun lapar jugak. Tapi, kali nie kami bertindak bijak. Beli online. Aku pilih Burger Sesame Cheese Bun. N pilih Nasi Beriyani kau! Mampoo?? Lapar kate nya...Dapat je makanan masing-masing, dengan Bismillahirrahmanirrahim, kami pun makan la! =)

Habes makan je, lagi 20 minit nak tiba Krabi International Airport. Sampai on-time 5.25pm. Turun-turun flight hengat nk selfie dpn signboard Krabi International Airport. Hampeh tak sempat! Kempunan mak sekejap! Ok fine. Excited nak sampai Ao Nang Beach sebelum gelap. Sebab dari airport ke hotel kami tue 40 minit. Sebelum datang Krabi, aku dah stalk blog pasal Krabi. So, dah tahu naik bas je dari airport nak ke Ao Nang Beach. 150 bath a.k.a RM15 je tambang bas nya. Bas pun selesa. Air-cond kau. Mampoo?? haha..Jumpa jugak 2 couple dalam flight. Nak ke Ao Nang Beach jugak kate nya. So, both of us in the right track. 

Sempat snap satu je. Boleh la kan!


Setiap passenger tue lokasi hotel memang berlainan. Konduktor bas dah inform driver bas siap-siap semua hotel passenger. Terbaik kan. Tak yah nak susah-susah lompat tekan butang loceng bas. Tau-tau je dah sampai. Nak dijadikan cerita hotel kami berdua yang paling akhir sekali. Sementara nak ke hotel kami lalu la Ao Nang Town. Memang best so kami lagi la excited hotel dalam town sekali hamek ko ke hujung dunia. Bak lagu Hanis Soraya tue. Hotel yang kami book tue J Guesthouse. Nampak dalam Booking.com santek sampai sane ya ampun macam hotel "ayam" je. N dah takut semacam. Dia tak nak duduk hotel tue. Allah SWT memahami hati N. Kami dipindahkan ke hotel lain, J Mansion sebab J Guesthouse tue tengah reno rupenyer. Haaa, senyum lebar N. Hotel J Mansion tue memang tengah-tengah town. Dekat dengan segalanya. Sewa motor pun sebelah hotel je. Meh belanja gambar hotel.


J Mansion Hotel
Our room with window.

Haaa...Cantik kan bilik kami. Besar siap ade peti sejuk lagi kau. Kat Malaysia mane dapat hotel macam nie dengan harga 500 bath satu malam a.k.a RM50. Budget hotel Malaysia pun mahal lagi. #mohonterasa. Kami check-in pun pukul 7.00pm. So, masing-masing mandi dulu then kami teruskan aktiviti night walking and jalan-jalan survey pakej island hopping untuk keesokkan harinya. Sempat la beli souvenir sambil survey pakej island hopping. Haaa, cakap pasal pakej island hopping nie, memang kene pandai guna kuasa nego rakyat Malaysia yang sememangnya akan cuba untuk dapatkan harga paling rendah. Hotel kami ada jugak sediakan pakej island hopping tapi mahal. 600 bath/pax. Dua kiosk yang kami survey beri harga yang sama 350 bath. So, sapu jela sebab penat la jugak survey2 nie. N pulak kalau nego memang terbaek!!! Sebab tue aku panggil dia QUEEN OF NEGO. SALUTE! See, dapat less almost half than hotel beri. Kami sepakat (sepakat ke? #sepakatlajugak) pilih pakej 4 Island Hopping ke Tup Island, Chicken Island, Poda Island & Phra Nang Cave. Pakej nie include lunch & snorkeling with gear. Tapi advisable bawalah gear snorkeling sendiri. Tak was-was. Pakej start pukul 8.30 am, pick up from hotel. 

After pakej island hopping setel, N cakap nk beli selipar and sunglass. Sunglass tertinggal kat dalam kereta katanya. Style N nie dia suke sunglass yang besar. Ala-ala Saloma gitoh! Survey punyer survey jumpe lah satu yang berkenan di hati N. Dah berkenan tiba masa untuk perang harga. N seboleh-boleh nak 100 bath tp orang kedai tak mahu beri. So, N upgrade sikit offer dia ke 120 bath. Barulah, orang kedai setuju. There you go, 120 bath sunglass. Senyum lebar N. Jalan-jalan malam tue lapar la pulak. Berbunyi perut aku. So, food hunting now. Jumpalah satu kedai halal food dekat dengan hotel kami, Restoran Tiga Rasa. Restoran nie dah nak tutup tp owner dia tengok ako lapar semaca, so still amek order. Thanks uncle! Not bad for food yang aku order malam tue. Nasi Goreng Thai with Chicken combine with Milo Ais total kene 100 bath a.k.a RM 10.00. Ok la tue. Standard aku dinner aku RM 10.00.  Gelas milo ais besar sampai aku tak habis and take away bawak balik hotel. Ooh, sebelum bantai nasi goreng, sempat sambar makanan yang kalau sampai Krabi tak makan tak sah holiday nyer. BANANA PANCAKE!!!! Tapi aku order special sikit, BANANA NUTELLA PANCAKE! Memang umphhhh!!! 40 bath a.k.a RM 4.00. Meh belanja gambar sikit.

Stall Pancake
Selfie sikit dengan stall pancake

Nie dia! Banana Nutella Pancake. Banana dalam pancake tue sendiri.
Selfie sikit environment malam
Nie area night club
Mat saleh interframe plak dekat kawasan motorbike rent
Belakang tuela my travel buddy, N, model 24/7. Sempat pulak dia interframe.

Haa...dah kenyang ape lagi, balik hotel tidur la. Hotel kat Ao Nang beach nie reception dia bukan 24 hours. Pukul 9.00pm tutup sudah tapi hotel ada night entrance la. Tersorok sikit. Esoknya nak island hopping, so perlukan rehat secukupnya. That's all my readers for my first day adventure at Krabi. Esok sambung second day about our island hopping. After meeting la sambung. Dah tepu meeting, writing entry for my blog is my theraphy. Nak sambung buat slide meeting utk esok..hihi...Wassalam! xoxo