Wednesday, October 15, 2014

Krabi Hari Kedua 09102014 - Time for Island Hopping !!!

Salam and hi to all my loyal readers. Memandangkan hari nie hari Selasa and cerita yang ada kat TV pun tak best, so ape lagi, time to update my dot com. Ok, semalam dah ceciter about my day 1 at Krabi. Now, it's time for day 2. We choose to do the island hopping activities on second day at Krabi. Tak la rushing sane sini. As I mentioned yesterday, kami pilih pakej ke Phra Nang Cave, Poda Island, Tup Island & Chicken Island. Our trip start on 8.30 am. So, we wake up early in the morning and breakfast hunting. Ingat restoran dah bukak awal tapi hampeh. Yang halal buka lambat. So, we decide to beli frozen food di Family Mart yang berdekatan dengan our hotel. But, N tak beli la sebab dia ada roti Gardenia Ikan Bilis yang beli di KLIA2. Disebabkan aku tahu kalau tak makan nanti aku tak bertenaga nak island hopping, tue yang sambar satu Crab Fried Rice yang harga nya 35 bath + choco pure mik 12 bath total 47 bath a.k.a RM 4.70. Kene be careful ye masa beli frozen food tue sebab ade je yg serve pork so kene make sure 100% yang frozen food tue bukan pork. Prawn or crab ok. Cabonara & spagetti pun ade k. Curlass tak?? #Malaysiahadoke #kaurase

Frozen food tue kalau dah beli boleh suruh staff kedai panaskan terus so aku pun menikmati la sarapan pagi a.k.a champion breakfast kat lobby hotel je. Malas nk naik bilik. Sebab nanti orang yang pick up kami tue nanti fikir kami belum siap lagi. Hampeh je kene tinggal. Dah habes makan, Alhamdulillah. BERTENAGA!!! Baru boleh island hopping. Tengok-tengok jam, dah pukul 8.30 am. Tak nampak pun kelibat tour guide kami. N dah resah gelisah je. So, nak hilangkan rasa resah & gelisah N tue, aku pun gagahkan diri pergi ke kiosk yang kami beli pakej tue. Kedai bukak tapi tade orang. Aku siap masuk dalam kedai nak tanye pasal trip kami. Hampeh, sorang pun tade. So, gagahkan diri berjalan balik ke hotel. Tengok-tengok ade lagi N kat lobby hotel. Muka memang dah tade mood dah. Tapi, nak sedapkan hati N punyer pasal, aku cakap, "Tunggu la sekejap lagi". Sekali lagi, Allah SWT memahami isihati kami. Tour guide datang. Lewat setengah jam sebab pick up tourist lain. Ingat naik minivan tapi naik trak mini. Belakang seat dah penuh so kami duduk depan berdua. Nasib baik kami nie kecik je. Muat-muat seat depan. So, trak stop di depan kedai yang berhadapan dengan pantai Ao Nang. Semua tourist yang buat aktiviti island hopping memang berkumpul satu tempat tak kisah la 7 island ke 4 island ke. Sementara tunggu turn kami di bawa ke long tail boat, N nak beli topi. Panas katanya. Nanti coklat pulak kulit dia. Sempat lagi N shopping dekat nearby shop along the street. Jumpa la satu topi ala-ala princess siap riben lagi. Tawar punya tawar dapat la harga 120 bath. Aku pun ikut sama. Beli topi? What? NO!!! I'm buying the hat ok! I'm buying waterproof bag k. Leceh bawak shoe bag. Malas nak pegang. Aku berkenan dengan 10L punyer bag jenama Camp Inn. Assistant kedai bagi harga 350 bath. Aku nk 300 bath tak dapat. Sekali owner keluar tanye you nak berapa? Aku up ckit la harga 330 bath terus dapat. Purple jugak warna yang aku pilih. Dah le tshirt mandi purple, waterproof bag pun purple. Boria sangat. Terus pindahkan barang ke beg yang aku baru beli. Bau kedai lagi. Wakaka #janganjeles #mohonNterasa Meh belanja gambar sikit.

Tourist waiting to "board" the boat

Our transport to the boat

Tunggu punya tunggu sampai la giliran kami pulak naik mini trak ke tempat semua long tail boat berkumpul. Tapi sebelum naik long tail boat tue, sempat la tour guide kami pada hari tersebut, Brother Yun beri mukadimah. Dia mukadimah dalam 3 bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Thai (time muka aku berkerut semacam #mukaorangtakpahambahasathai) & Bahasa Melayu. Pandai cakap Melayu sebab pernah belajar di Kedah. Meh belanja gambar surrounding tempat kami berkumpul.

Macam paya bakau je

Our island hopping group

Betol macam paya je

Along the way to long tail boat

Our ride for the day

Selfie dan aku tak boleh berpisah

Time nak naik boat tue pun siksa sikit ye. Kene bukak sandal/selipar. Kene rendam dalam air dulu. Al-maklumlah menjaga kebersihan boat kate nya #baguslajagakebersihan ... Aku duduk second row dari belakang. Salah pilih port pulak. Port yang N pilih terbaek dari ladang. Duduk bahagian tepi boat. Nak enjoy view katanya. Memang silap aku pilih untuk duduk atas kerusi. Ok my travel buddy, I admit that you are S.M.A.R.T!!! My high salute for you. Ingatkan dah duduk dalam boat then boat terus jalan. Eh, tak, kami semua kene tunggu about 15 minutes sebab driver boat tengah ketang ketung keting kat belakang. Enjin something wrong somewhere. Jangan la kata trip cancel. Mau aku rendam sorang2 tour guide dalam laut nanti. Dah habes ketang ketung keting, akhirnya enjin dapat dihidupkan. Alhamdulillah....Our trip started!

Brother Yun cakap first tempat yang akan kami lawati ialah Phra Nang Cave. About 40 minutes journey. Ok, aku mabuk laut. Terhuyung hayang kat seat. Nasib boleh tahan nak muntah. Meh belanja gambar dalam boat.

Sumer tahan mabuk laut

Tersnap kepala gambar brother depan pulak

Brother depan ade GoPro la pulak

From side yang N duduk

N kan duduk tepi so ape lagi aku pun minta dia snap kan gambar-gambar permandangan yang santek-santek. Alang-alang dapat duduk tepi kan. Jangan nak feeling feeling honeymoon sangat k!

Tak tahu nama batu nie

"Pandai" N tangkap gambar

Kocakan air

Macam U la pulak

After 40 minit dalam boat sambil melayan perasaan, sampai la kami di Phra Nang Cave. Kami hanya diberi masa 40 minit bersantai di lokasi pertama. So, ape lagi, terjun ke bawah la. Boat kami berhenti jauh dari Phra Nang Cave tue so kena la jalan kaki untuk ke cave tue. By my readings on other traveller blog, Phra Nang Cave nie tempat dia unik. Ada satu lokasi pemujaan untuk mendapat jodoh cepat. Muslim please stay away k. Yang lelaki kalau aku tunjuk gambar yang korang semua perasan ape menda tue mohon jangan fikir lain pulak ye or blushing. 


Me at Phra Nang

To the Phra Nang Cave

The view from my waterproof camera

Me baru sampai, mereka dah nak balik

Small long tail boat

Rock Climbing 
What you all saw in this picture?


Mat saleh dengan rock climbing

Aktiviti yang boleh buat kat sini mandi air laut dia and rock climbing jela. Tapi nak jalan ke cave nie dari boat kiteorang pun take 10 minit. Sedar-sedar je tour guide panggil naik boat. Redha jelah. Air laut memang sejuk buat keruh. Try selfie dalam air pun tak nampak. Hampeh je! Next, we move to Poda Island. Dekat jugak la dengan Phra Nang Cave tue. Perut pun lapar giler. So, we had our lunch at Poda Island. Time nie dah panas la. Dekat pukul 1.00 pm. Meh belanja gambar #Akusukaselfie #Korasa

Poda Island, Krabi, Thailand

Our lunch. Drumet ayam terbaek!
Sebelum selfie ape pun kasi makan dulu. Gambar atas tue lunch kami. Ayam drummet goreng, ayam masak tak tahu ape and sayur kobis. Memang umphhh! Halalan toyyiban. Tapi, amount dia sedikit la. Cukup tampung perut yang lapar. N dapat nasi senyap dia. Sedar-sedar dah habis. Masing-masing lapar la katekan. Habes makan, selfie time!

Mata tahan panas

The boys a.k.a kawan

Aku giler selfie

Dapat WIFI ke N oiii??? Haha =)

Us with the boys

We spend an hour here and then move to the second island, Tup Island. Dekat Tup Island nie tade ape jugak boleh buat. Nak snorkeling boleh je. N malas nak turun but for me, I don't want to miss the chance to snap the pictures of this island. Belanja gambar lagi... =)

Our way to Tup Island

Speedboat yang berlabuh

Banyak nyer speedboat

That is one pretty long tail boat

Cuci mata jela kat sini

Walking to the other island

Jangan tanya kenapa mimik muka macam tue. Tahan pancaran matahari k!

Cantik long tail boat nie

Tup Island folks!

30 minit je kat Tup Island. Lama-lama pun tak boleh buat ape sangat. Dari dok cuci mata tengok minah saleh "tanned" kan diri baik aku naik boat. Our very last island hopping for the day is Chicken Island. Why Chicken Island? Because macam ada rupe kepala ayam kat pulau nie. Tak caya?? Meh aku belanja gambar sat lagi. Kat Chicken Island nie aktiviti snorkeling la yang boleh buat. Nak amek gear snokeling kene tulis nama ye. Hilang kene bayar 1500 bath. Hamboi! Tapi, mengecewakan je nak snorkeling. Tak nampak ape sangat. Yang jelas ikan jelah. Tue je boleh nampak. Air keruh punyer pasal sampai N terkena landak laut. Ramai jugak la tourist yang luka kene landak laut so be careful ye. Time nak snorkeling la time tue la battery kamera habes. Lagi macam hampeh tak dapat snap gambar underwater. Sentap mak k!!! 

See what I talk about, chicken head

Nie la ikan yang tak segan

Sempat tangkap gambar N snorkeling tapi tak sempat masuk kepala

Brother Yun beri kami snorkeling 40 minit. Nak snorkeling lama sangat pun air keruh so ala kadar jelah snorkeling nyer. After snorkeling di air yang keruh tak jernih tue then it's time to go back to mainland. Sempat jugak la aku tido sekejap. Penat kata nya. Sedar-sedar je dah sampai so, trak mini dah menunggu kami untuk di hantar pulang ke hotel masing-masing. Island hopping kami berakhir pada pukul 4.30 pm. Sampai-sampai je bilik, masing-masing berebut toilet last2 aku jugak mandi dulu. Haha, N keringkan diri sebentar ye. Beta nak berendam. Sesudah mandi, berehat dan kumpul tenaga untuk Nightwalking activity.

What I can say is trip nie berbaloi-baloi. Bayar 350 bath dapat pergi 4 island siap snorkeling lagi even ikan-ikan tue hidup segan mati tak mahu. We enjoy our island hopping for the day. Ok, entry island hopping ends here. Nightwalking in the next entry. It's 1.31 am my readers! Good night and see you in the next entry... Wassalam =)