Friday, June 6, 2014

I'm Back!!!!!!!!

Haa...Akhirnya dapat jugak update blog aku yang dah lama tak post entry-entry baru. Sibuk ya ampun. Last update 28 March 2012. Skrg dah 6 June 2014. OMG!!!! 2 tahun tak update blog. Berhabuk semacam. Fuhhhh *Tiup habuk (Budget macam tiup habuk kat perabut ke ape) LOL! Gedix kamu Naz Zuren. Tergerak hati nak update blog sebab banyak benda nak cerita. Well, entry pertama tak macam pertama untuk tahun 2014. 

6-June, 2.37 am, depan tv and laptop :-

Banyak benda nak citer nie. Tak cukup pagi-pagi ni nak ceciter. Kita slow2 la ye citer. Since dah lama tak update entry nak la jugak inform ape sebabnya. (Nak jugak ceciter sebab tue. Haish!) Last entry pada 28 March 2012 tue masa final year study. Time pratikal la senang citer. Sibuk dgn report internship and thesis practical. Ya ampun mbak, aku memang tak suke buat thesis. Poning eden! Mane tak nyer, start buat thesis masa tinggal lagi 3 bulan nk habes internship. Lupe plak still student masa internship. Berkobar-kobar la katekan nak kije. Macam staff permanent plak. Haha.... Sampaikan practical advisor call hengatkan aku pasal thesis. Time tue la terduduk kat tangga office sekejap. Kelam kalibut mintak cuti dari supervisor. On the spot mintak cuti 4 hari. Balik Melaka, pergi kampus. Jadi nerdy kat library hamek thesis senior tengok tajuk ape boleh buat. Nak buat pasal marketing, tak brapa nak menjadi sebab intern department HR-Admin. Last2 buat psl tajuk kene mengena dengan HR. Terhasillah "FACTORS THAT INFLUENCE THE EMPLOYEES AT CBSA MEDIA SDN BHD". Tadaaaaaa....Hebat tak? Pungkok aku. Makan diri sendiri je. Tak pasal-pasal bukak buku HR which is my minor masa semester 3. 

Di pendekkan cerita yang panjang sangat utk intership story, bagai nak rak la saya siapkan thesis tue. Sampai-sampai kat advisor, dia ubah questionnaire saya. So bila key-in dalam SPSS (sejenis software sakitkan kepala untuk marketing research) tak tele dengan result. So camne nak dictate and explain. Sempat plak puan suruh aku tukar tajuk. After 60% dah siap! What the ikan! Memang tak la nk ubah. Maaf puan, saya tak sanggup nak buat balik semua. Dah tak serupa orang pun nk siapkan thesis nie. Tidur tak cukup. Orang berjaga, saya tidur. Mata pun dah mcm panda bear (Panda bear tgh fenomena skrg nie). Penah la 2 hari straight tak tidur sebab nak siapkan thesis. Tapi, berkat kesabaran dan kegigihan yang jitu, Alhamdulillah saya BERJAYA SIAPKAN! Hari yang dinanti iaitu viva (nama bahasa melayu + English = presentation thesis industrial training). Google sendiri la ye kalau nak nama panjang lagi. Malam sebelum tue memang tak tido sebab print report and siapkan slides. Sambil print sambil buat slides. OMG bayangkanlah berapa nescafe ako minum malam tue semata-mata nak kekal jaga. Nak ucap terima kasih pada printer saya, Canon MP198. You are my hero! Sebab jimatkan kos print. Hihi. On time jugak la siap slide and print report. Dah le jadi first presenter. Tak pasal-pasal je. Redha aje aku. Bila dah viva tue dier punyer rasa lega tue macam score dalam world cup. Ape lagi, habes present, dengan pantas drive balik rumah and tidur....Qada' tidur. Ada jugak la satu hari aku tidur. Dari tengah hari sampai tengah malam. Esok tue bangun migraine pulak. Nasib badan. Bila semua itu sudah berlalu, result pun keluar dan Alhamdulillah aku tamat pengajian ku sebagai pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Tunggu tarikh nak konvo je. Super excited masa tue. Ok, so next entry nak citer kehidupan after habes pratikal sehingga la my convocation. Belanja gambar konvo sikit! LOL! See you at the next entry! Wassalam...