21-February-2015 bersamaan dengan hari Sabtu pukul 5.45 pm...
Hari nie keje half day tapi balik on time, pukul 1.30 pm. Normally, capt balik lewat dalam pukul 3.00 pm or 4.00 pm. Tapi disebabkan semua staf yang masuk office hari nie pun balik on-time so capt pun ikutla sama #actuallyteringatceritaBangunan #takberanidahtinggalsorangdalamoffice
So balik rumah la straight after keje. Normally akan lepak after that but today no mood plus dompet pun kering so kene la berjimat tahan sampai hujung bulan nie nak dapat gaji + komisen. Balik rumah awal tak ngantuk so capt decide nak story pasal holiday capt awal bulan nie iaitu ke Langkawi. Well, mungkin story pasal Langkawi nie a bit bored sebab bagi capt holiday kali nie macam pegi lawatan sambil belajar je. Melawat sane sini dan selfie melfie je. No water activities or island hopping. #whatawaste
Story start with capt pergi Langkawi nie dengan my collegue semasa kerja di Comfori. Ikutkan plan asal (yang di setup pada Oktober 2014), capt pergi bertiga with Zai and Farrah but last minute (early January), Farrah tarik diri sebab fiancee dia tak izin dia pegi. Yela, kes QZ8501 tue masih fresh lagi time terjadi so tunang dia trauma and at last tak bagi Farrah pergi. So what to do. Sumer benda kami dah booking + bayar (hotel & tiket) so nak tak nak pergi berdua je dengan Zai. Kalau tahu dari awal benda nie nak jadi, tak perlulah capt susah payah kejar tiket murah bagai ke Langkawi. Capt and Zai pun dah pernah pergi Langkawi that's why la percutian kami nie macam Ye Tak Umph Ahhh...Baik pilih tempat lain je. #SakitHatiTakHabesLagi
Ok la, start with our flight hari Sabtu bersamaan dengan 31-January-2015 pukul 6.00 pm menaiki pesawat AirAsia AK6322. Memandangkan flight nie hari Sabtu and capt still kerja lagi half day. Mula-mula plan nak bawak beg terus pergi KLIA2 after habes kerja but capt tukar plan balik rumah dulu before pergi airport. Nak suruh kakak hantar. #kesmalasnaikbaspergiairport #adecaptkesah
Kelam-kalibut la capt siapkan kerja hari Sabtu tue sebab Isnin cuti. Direct capt cuti 4 hari. No business calling when capt is in the holiday k. Kene hempook nanti kalau kacau. Disebabkan malam sebelum nya tue capt dah siap2 kemas beg, tue yang selamba blue hippo je capt balik pukul 3.00 pm. #kijegilos ...Sampai rumah grab ape yang patut then ask my sister to send me to the airport. Gerak dari rumah pukul 4.00 pm so sampai KLIA2 pun ngam-ngam pukul 5.00 pm (boarding time). Sampai-sampai airport, terus call Zai. Dia dah lama sampai, sorry la ko kene tunggu capt sampai airport. Dah dapat call dia, tunggu jela capt kat depan pintu pelepasan domestik. Biasa masuk antarabangsa, tue yang pelik sikit bila go through domestik #nakkatadahlamatakflydalamnegara #gedixtahapmax
Dah lepas je security yang banyak ya ampun tue kami pun duduk la luar kawasan pintu #apentahlupa sebelum menunggu untuk naik flight tue. Sempat la berbual pasal itu ini blablabla #malasnakciterpanjang #topikbosan ...So, tepat pukul pukul 6.00 pm (tepatla sangat!), kami pun menaik pesawat AK6322 Kuala Lumpur - Langkawi. Cabin Crew memang cantik and cute. Ada 4 rasanya cabin crew hari tu. Seat kami memang sebaris sebab capt check-in untuk tiga (3) orang sekaligus. Siap nama Farrah jadi perhatian sebab tak board lagi so kami pun inform la cabin crew tu yang cukup-cukup la announce nama Farrah sebab dia takkan naik pun. Flight kami di pandu oleh Kapten Lokman and co-pilot #akulupasiapaorangnya. Take-off yang smooth. Sempat jugak la capt selfie melfie dalam flight tu. Satu jam kan perjalanan, ape lagi camera ready, selfie!!!
After one-hour up up at the air, tepat pukul 6.55 pm, we safely landed at Langkawi International Airport. Sampai-sampai airport je sempat selfie sikit-sikit. Meh capt belanja gambar....
|
Sebelum take-off |
|
Tunggu masa take-off |
|
Up up at the air |
|
Safely landed
|
Haaa...tue mukadimah a.k.a sekapur sireh a.k.a pre-story untuk holiday lawatan sambil belajar capt ke Langkawi. Bahagian kedua menyusul sebentar lagi....Tungggguuuuuu =)
No comments:
Post a Comment
Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)