FANS-tastic

Thursday, September 11, 2014

Cebu Island with My Travel Buddys - Day One



Depan tv tengah tengok Kristal Maya. Jam My Delly (name for my laptop) menunjukkan pukul 10.37pm. Malam-malam ni memang nak hupdate blog la. Dulu selalu bawak balik kerja ke rumah. 8 jam dekat office tak pernah nak siap segala kerja. Tapi sejak resign from Comfori, dah tak fikir nk bawak balik kerja ke rumah sebab cukup lah 8 jam untuk bekerja. Need time for myself jugak. Hihi. Memang muka aku la balik on-time. Paling lama stayback pun 30 minit je. Cukup la tue...Fokus! Nak sambung ceciter kembara ku di Cebu, Filipina bersama 3 Buddys Travel saya yg sporting habes...


CEBU ISLAND, PHILLIPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Part 2: Touchdown Mactan International Airport - Jalan2 Cebu City

Part 1 dah melabuhkan tirainya. Now continue Part 2 yang baru nk bukak tirainya. Ok, kami berempat selamat tiba di Mactan International Airport pukul 2.4 0pm. Should be pukul 3.40 pm, tapi sampai awal sejam. Naik flight kan, bukan nyer naik kereta. Salute la pilot AirAsia kami pada hari tue. Sampai-sampai je kene isi form pengesahan kesihatan. Ingat satu form je, hamek masa nak lepas imigresen Filipina pun kene isi form lagi. Fine, security katenyer. Redha jelah isi. Dah lepas imigresen, aku ambil satu flyer pasal Cebu Island. Sekali bukak, Korean Language kaw. Terbeliak mata aku. Terus letak balik. #sakitpulakhatikita #motifflyerdlmkorea 

Mactan International Aiport

Welcome to Cebu!
Keluar pintu airport je, ramai-ramai ejen-ejen teksi dok la seru nama kami. "Taxi Maam", "Taxi Sir". Metered taxi memang tak la, sebab sah dapat harga melambung. So, kami round-round tanye local kat airport and mereka tunjuk kami kawasan teksi berkumpul. Pandang atas je nampak la teksi-teksi tue. Dapat satu teksi, my buddy, Nazmi tunjuk la alamat hotel kami. Mula-mula taxi driver macam tau kat mana tempat tue. Driver tue pun tak berapa faham bahasa Inggeris. Sempat la kami gosip-gosip pasal dier a.k.a ngumpat sebab sakit hati dier tak menjawab pertanyaan kami. Yes No Yes No je. Apekah!!

Taxi driver yang blur
Cebu City tue senang jem. Waktu kami naik teksi pun pukul 4.00 pm. Hotel yang kami tempah tue lokasi nyer secretive sikit. Travelbee Guesthouse nie memang ade 3 branch di Cebu City. Taxi driver ingat kami duduk di hotel tengah kota. Dah dier pusing-pusing sampai meter exceed fee yang kami research di Internet. Dah salah hantar hotel, pusing lagi sampai la meter cecah 316 peso. Nani dah berapi je dalam teksi. Dok la tengok meter je dier. Hihi...Pusing punyer pusing sampai la Travelbee Guesthouse. Pukul 5.00 pm pulak tue. Mula-mula taxi driver charged kami 320 peso tapi kami fight la cakap sampai je guesthouse kira stop la meter, so fee nyer 316 peso je. Terkedu dier sekejap. Hengat ko bawak budak-budak ke nak kelentong. Hello, we are working adults k. Dah buat research siap-siap sebelum sampai Cebu City. Hihihi...Salah orang la nk try tipu. Sempat lagi selfie sebelum check-in tue. Excited katernyer. Belanja gambar sikit ye.


Selfie!!

Check-in kami smooth la sebab staf hotel memang dah expect kami datang. Guesthouse nie memang clean dan aman je. So, memang rasa kat desa je cuma tak dengar ayam berkokok la. Anjing banyak ya ampun. Takut tengok.  Masa check-in tue kami tanya staf hotel, tempat mane yang best untuk shopping souvenir and tempat-tempat menarik kat Cebu City tue. Plus minus tanye pasal menu breakfast kami. Actually ada 4 jenis menu breakfast. Tapi satu menu dier serve pork. So, choice kami cuma Corn beef and Chicken sausage. So, dah check-in, half an hour after that, kami berempat keluar la jalan-jalan cuci mata dan cari makan la...4 jam dalam flight, tak makan ape kaw. Bak kate Nani, puasa setengah hari. Erkkk, pun boleh la. 

For your info, kat Cebu City tue susah nak cari makanan halal. So, jalan punyer jalan kami decide makan KFC je untuk dinner malam tue. Sempat la tanye local lady kat situ, kat mane KFC. English mereka mantap k (Untuk yang educated la). Suke dengar English Phillipines. Menu KFC mereka sangat berbeza ye dengan Malaysia. Kita dapat bun, bun tue mereka ganti dengan nasi. Tapi, aku tak makan dengan nasi sebab tak biasa makan ayam KFC dengan nasi. So, I order with brownie. 99 peso je pun, convert RM jadi 7 hengget 60 sen. Murahkan... Sedappppp....And they did not eat with chilli sauce but with gravy sauce. Sos tue ade la tapi tomato. #pelikrasatomatosane. Meh belanja gambar sikit.


Selfie dulu

Aku memang suke melompat

KFC Cebu City

Lepas makan tue, hajat di hati nak naik Skywalk Adventure tapi dah nak tutup. Tengok jam pukul 9.00pm tapi waktu pukul 9 malam sane sama macam 11 malam di Kuala Lumpur. Gelap u'ollz...Tak dapat Skywalk Adventure, kami pun skywalk sendiri la kat atas tue...Selfie time!

Abg Long Nazmi

Kak Ngah Nani

Adik Chik Amir

Kak Chik Naz

Pantang nampak cemin

Skybrigde

Muka frust tak dapat Skywalk

Berlatar belakang Regency Hotel

Puas kami berselfie and selwee (bak kate Kak Ngah kalau selfie lebih dari sorang). Bila tak dapat Skywalk Adventure, kami pun turun la bawah balik. Dapat tengok panorama pun jadila. Tengok-tengok jam pun dah lewat. Tapi sempat lagi kami jalan-jalan sikit lagi. Nak tengok life orang Cebu katenyer. Belanja gambar lagi...

Kak Ngah suke peaze

Adik Chik cekak pinggang

Kak Chik memang suke lompat

Gaya Abg Long yg bersahaja

Night Life

Posing je

Posing lagi

Tapi, sebelum balik kami berempat pergi tunggu kat depan Robinson Mall nak cari taxi chartered untuk kembara kami untuk esok hari. Jadual kami hari kedua nak pergi Oslob. Jauhnya 4 jam perjalanan. Macam Shah Alam ke Johor Bharu je jaraknya. Jauh tak jauh kan. Sakit punggung duduk dalam kereta lama-lama. Dekat 5 taxi kami cuba untuk menggunakan kuasa nego orang Malaysia. 4 dari 5 orang charged kami 4,500 peso paling rendah. Paling dasyat 6,000 peso. Orang Malaysia kan tak putus asa nak dapatkan harga rendah. Aku, Nazmi & Amir dah give up tapi Nani gigih cari taxi murah. Satu taxi Hyundai menarik perhatian Nani so dia pergilah tanye pakcik tue. Berkat kuasa nego Nani, dia berjaya dapatkan harga 4,000 peso. Chartered dari pukul 5.00 am hingga 8.00 pm. Journey start dari guesthouse kami ke Whale Shark, Tumalog Falls, Kawasan Falls, Panagsama Beach dan last sekali kembali ke guesthouse. Rata-rata research kami, geng BBM stay kat Oslob terus tapi sebab hotel kami di Cebu City tue yang chartered taxi satu hari. Terima kasih Uncle Danny sebab sudi jadi driver kami satu hari di Oslob. Meh belanja sikit gambar taxi uncle Danny.



Hundai Accent kaw.. #kauhado

Our "Limo"

Taxi sane paling kerek pun Vios kaw. Vios versi baru pun ade. #Malaysiapunyerteksipunsagaje 

Selesa la untuk perjalanan jauh kami. Lepas berjaya cari taxi, kami pun beransur la pulang ke guesthouse. Rehatkan diri, kumpulkan tenaga dan mimpi kan perjalanan kami ke Oslob. Tapi, masing-masing sampai je guesthouse terus upload kat instagram masing-masing. Dapat Wifi free kan. 

p/s: Nak kate orang, aku pun sama upload terus. Haha!!!

Ok, part 2 nk melabuhkan tirai. Part 3 aku nak story pasal aktivit kami di Oslob. Post part 3 memang buat you all terbakar la line jugak...hihi...Wassalam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...