Tuesday, September 16, 2014

Cebu Island with My Travel Buddys - Final Day at Cebu

2.18pm di hadapan laptop dan TV tutup sebab tade cerita best pun time cuti nie. So, aku gunakan kesempatan ini untuk post entry akhir mengenai my holiday to Cebu with my other 3 sporting travel buddys. Rasa sedih pulak nak tamat dah ceritera travelog aku nie. Sob sob sob... =(

Ok, where am I going to start. Let me see from the last entry. Ok, last entry cakap nak ceciter pasal souvenir hunting at Cebu City. Get yourself a cup of tea and Gradenia butterscotch bread coz it is a long entry #LOL

CEBU ISLAND, PHILIPPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Day 3: Souvenir Hunting, Cebu City

Pagi hari ketiga aku bangun lambat lagi. Al-maklum la keletihan tahap max satu hari jalan ke Oslob. Penat kay! Kali nie Nazmi tak ketuk pintu tapi dok teriak dari lobby je panggil aku dengan Nani. Keluar bilik tengok dia dengan Amir sedap je makan breakfast. Here comes one funny story, malam hari kedua masa kami lepak di lobby untuk upload gambar masing-masing kat Instagram, night shift front office tanye kami nak makan apa untuk breakfast esok nya. Aku, Nani and Nazmi order meatloaf. So that guy pun take note je. Keesokkan harinya bila Nazmi nak breakfast, morning shift front office yang sambut kami pada hari pertama tue re-confirm our breakfast menu. Dia terkejut bila kami kata nk meatloaf. Sekali dia cakap la meatloaf tue daging IBAB. Ha kaw! Mau tak tertanjat boboi Nazmi pagi tue. Terus dia tukar order kami. Nasib baik that morning shift guy cakap kalau tak kami termakan daging B***. Mane nak samak tue? OMG!!

Pagi-pagi lagi wake-up call dr Nazmi. Nak suh aku sedar cepat la tue. Well, cara kau berkesan ye Abg Long. Bangun-bangun je cuci muka, gosok gigi and turun breakfast. Aku turun dulu sebab Nani nak mandi and bersiap. After that my turn to freshin' up. Abg Long Nazmi bagitahu kene ready pukul 10.00am kat lobby untuk ke souvenir hunting kat Cebu City. Sebab tinggal dua jam je untuk kami berempat beli souvenir since janji dengan Uncle Danny untuk jumpa di Robinson Mall pukul 11.60pm a.k.a 12.00pm. 

So, pukul 10.00am turunlah aku ke lobby guesthouse and bersedia untuk souvenir hunting. Tue pun lepas Nazmi teriak lagi suh cepat. Haha, sempat lagi aku kemas beg sebelum turun. Yela, nanti nak check-out dah tak payah runsing nak kemas-mengemas bagai. Jalan kaki 15 minit sampai la kami di Robinson Mall. Nak dipendekkan  cerita dalam Robinson Mall ade satu lagi kedai souvenir tapi ya ampun mahal gilos. Keychain boleh dapat murah, that lady jual 190 peso satu. Keychain bese je pun "I LOVE CEBU". Tapi, kami faham sikit la kalau dia markup harga macam tue. Kedai dalam mall kan. Gah katenyer... #adeakukesah..Sebelum keluar mall nampak satu kiosk wafel. Aku memang tengah lapar lagi time tue, ape lagi serang la kedai waffle tue. Murah je, aku order chocolate waffle ken 35 peso a.k.a RM 2.70. Yang lain pun ikut sama la order. Memang sedap and uniknya nak letak topping tue siap timbang dulu k. Rare!! Pastu owner kiosk waffle datang. Sorry to say he is cute. Macam Sabahan je aku tengok. Sempat berbual and satu soalan spontan dari Nani, "Are you a married man?". Then that pinoy guy replied, "No, I am still looking"...Haha...Nasib Nani tak smuggle ko bawak balik Malaysia...Hihi...Klise sangat! After dapat waffle, kami pun keluar la cari kedai souvenir lain.

Dalam perjalanan pun ke city pun kami jumpa satu kedai souvenir nama dia Souvenir Island. Kedai cantik. Lagi cantik dari dalam Robinson Mall tue. Tapi mahal la sikit. Sehelai tshirt 199.95 peso. a.k.a RM15.00. But, this lady tshirt ada cutting punyer. Tapi aku tak berkenan sebab ade cutting. Mau yang straight je. Takyah nak tshirt cutting bagai. Hahaha.. Nani berkenan baju nie tapi dia was-was nak beli so kami pun jalan la keluar kedai and pergi kedai souvenir kecil sebelah Souvenir Island tue. Actually kedai nie dari malam hari pertama kami perasan tapi sebab ingat nak shopping kat Oslon, tue yang tangguh shopping dulu. Sekali hamek kat Oslob tade tempat macam tue. That's why hari ketiga sibuk cari souvenir sahaja. 

Masuk ke kedai tue, masing-masing dah target nak beli nak sambar apa yang patut. Tapi tapi dan tapi. Tak sah kalau kuasa nego tak digunakan. Nazmi sebagai masterji of nego menggunakan power dia untuk dapatkan harga keychain 100 peso untuk 6 biji, tshirt sehelai 150 peso. Ayat dia senang je, Nazmi cakap nak beli bundle dan kuantiti dia banyak. Nazmi sorang je nak habeskan 400 peso untuk keychain. Ke lebih lagi. So, makcik tue pun setuju. Apa lagi kan, misi sambar-menyambar la apa yang patut. Aku je belanja 1000 peso untuk souvenir. Tshirt family sorang satu, keychain je 400 peso habes. Yela, ada portion dia ye. Untuk family, department and kawan rapat. 

Ada spent time dekat 40 minit kat situ borong souvenir je. Sekejapan clear counter keychain and tshirt. Haha...Habes kami kerjakan. By trick, Nazmi dapat harga tshirt tu 120 peso je. Chitt...Sebab dia beli banyak gilos...Nazmi, ko shopping kalah aku k...Haha...Tengah-tengah kami sibuk borong tue, tetiba keluar seorang local yang nama nyer Uncle Saadooden. Dia nie la yang tahu cakap Melayu and Muslim. Wife uncle Saadooden nie owner kedai souvenir yang kami borong tue. Time tue la dapat tahu dia boleh bawa kami jalan-jalan Cebu. Kira jadi tour guide kami and supsrisingly dia charge 2000 peso jer! Mau tak mengucap kami berempat. Half from taxi fee. Siap boleh amek kami di airport bagai. Nazmi sempat la beri duit kita RM1 pada Uncle Saadooden sebagai kenangan. RM1 = 13 peso k... Meh belanja gambar Uncle Saadooden.

Dari kiri: Nani, Wife Uncle Saadooden, Nazmi, Naz and Amir
Dengan uncle Saadooden

So, you guys next time kalau nak jenjalan kat Cebu City, cari uncle Saadooden nie. Sangat peramah kay! Sempat jugak kenal family dia, I mean anak-anak dia. Ada 4 orang semuanya. Tapi, tak sempat pulak nak bergambar dengan anak-anak dia sekali. Lepas borong souvenir, Nani tak puas hati lagi. Dia still nak tshirt cutting tue. So, kembali la kami ke Souvenir Island tue. Pilih punyer pilih, last-last tak jadi jugak beli. Shop assistant nie ikutkan je Nani nak tengok saiz itu ini. Nasib dia tak marah. Haha...One thing aku salute orang Cebu nie, kembur macam mana pun, promoter akan senyum dan say THANK YOU MAAM..Sangat berbeza dengan promoter kat Malaysia. 

So lepas tak jadi beli tue kami berselfie sakan di depan Cebu Island punyer signboard depan Souvenir Island. Malam hari kedua nak bergambar tapi gelap so tak nampak santek disitu. Dapat time siang, orang pun tak ramai, ape lagi itu signboard aku yang punyer. Meh belanja gambar sikit....

Peaze!

Nani love Cebu 
Amir love Cebu
Aku suke Cebu
Nazmi love Cebu
We all love Cebu
Selfie Lagi

Haa...lepas puas conquer selfie tue, kami berempat haus and then masuk Robinson Mall untuk membasahkan tekak dengan menikmati juice kat food court mall tue. Boleh tahan sedap juice tue. Haus punyer pasal. Tengah-tengah minum jus tue, aku teringat lagi 2 orang adik aku. Tertinggal souvenir untuk dierorg. Ape lagi, patah balik kedai Uncle Saadooden. Lepas tue, kembali ke mall and tepat pukul 11.60pm, Uncle Danny dah ready dengan teksinya. So, naik teksi balik ke hotel untuk check-out and pick up our backpack and seterusnya ke Mactan International Airport. Our flight AK951 Cebu-Kuala Lumpur pukul 3.05pm so kene la ade di airport pukul 2.00pm. Aku la yang rasa kelam kabut sebab tak print boarding pass. Sampai-sampai airport je sempat la bagi Uncle Danny RM1 sebagai tanda kenangan. Thanks-Q for being our driver Uncle Danny. See you again! #mohonterasathanksQ

Ingat nak selfie sebelum masuk airport tapi tade port baik pulak so masuk jela dalam tue. Sebelum nak masuk boarding gate kene go through one officer. Dia nak check boarding pass. Muka aku dah berubah. Nazmi, Nani and Amir ape lagi gunakan kesempatan nie untuk takutkan aku. Fine, you all berjaya k! Nasib baik that officer faham yang aku akan ke kaunter untuk get my boarding pass. Sampai je kaunter, aku takut sikit sebab tak ingat booking number. Nasib baik dia check nama aku je terus print boarding pass. Lega! After that part yang aku rasa cekik darah. Kene bayar airport tax, 550 peso. Macam haremmm...Muka ketat aku nak bagi duit tue. Dah bayar airport tax baru boleh masuk boarding hall. Masa nak lepas immigration tue, my turn lama je officer pandang. Dua tiga kali jugak la dia pandang muka aku. Sekali aku cakap, "Anything wrong, officer?". That officer pun cakap, "Yes, you look is not the same as in the passport". So, aku bukak cap and spectacles. Plus siap aku senyum ikut photo dalam passport. Baru lah that officer percaya. Chitt... #akusentap

AK951 Cebu-Kuala Lumpur
Haha...Nak dijadikan cerita masa Nazmi and Nani nak lepas immigration, that officer call kaunter AirAsia sebab boarding pass dierorg macam tak sah la. Kene la mereka bertiga patah balik ke kaunter. Ada hikmah jugak aku tak print awal-awal. Hihihihi...Tapi sumer nyer under control. Hal kecik je pun. So, dah lepas immigration, time to x-ray our bag. Kene keluarkan kamera plak. Huh, kene la bukak beg ako. Dah le aku muat-muat je bag tue. Redha jelah. Dah selesai x-ray bag, so masuk lah departure hall gate 3. Ada la sejam duduk dalam hall tue. Nasib baik ade TV dalam hall tue and cerita my feveret, What To Expect When You Are Expecting ke udara. Layankan jelah sementara tunggu nak boarding. Sekali terpandang satu mat saleh nak boarding pass dia jatuh masa dia berjalan pergi cafe. Ape lagi, aku nampak and ambil pass tue then kejar dia untuk beri balik. He say, THANK YOU MR. Errr, krik krik krik jugak time tue. Tengah-tengah terkesima dengan panggilan MR tue aku pun balik la semula ke tempat duduk tadi. Duduk dalam 10 minit then the it is time to board the plane. Time to go back home. That's all for Cebu holiday with my Sporting Travel Buddys. Let's fly again, up up here we go!!!





ALL FOUR OF US HAVING SO MUCH FUN AT CEBU!!!! 

You think it's over? Not yet. Touchdown story coming up after this! Wassalam... =)