Tuesday, March 28, 2017

Last Day at Lombok. The Girls back to KL, The Guys to Bali.

Assalamualaikum, final post for Lombok...rasa lega dapat tulis bahagian akhir untuk trip Lombok. When there is a beginning, there is an end...




Hari akhir di Lombok dimulakan dengan bangun awal untuk menikmati sarapan di yang disediakan oleh pihak hotel. Di Hotel Griya Asri, sarapan yang disediakan is buffet breakfast. We all bangun awal untuk siap-siap check-out and breakfast sebab flight the guys ke Bali is 11 pagi. Yup, the girls return to Kuala Lumpur and the guys go to Bali. The girls tak lepas cuti ke Bali sebab tue tak ikut pergi Bali. Sedih jugak la sebab plan memang nak ke Bali tapi apakan daya, tak lulus untuk cuti panjang. 

We all janji dengan Mas Zaini that morning pukul 9.00 pagi sebab dari our hotel to airport pun ambil masa 40 minit. The guys pun belum check-in lagi, tue yang masing-masing kanchong (cemas) semacam. Nasib baik la trafik pada pagi Ahad tue bersahabat dengan kami. Sampai airport ngam ngam pukul 9.40 pagi. So, dengan pantas la the guys masuk untuk check-in di kaunter. Well, the girls flight pukul 4.05 pm. So, Capt and Nani decide untuk habiskan masa berbelanja di tempat-tempat yang sepatutnya. 

Nazmi ada bagi tahu satu tempat untuk beli tshirt and keychain yang namanya Cakeranegara. Bukan Cakerawala ye. So, both of us pun inform la Mas Zaini destinasi tu. Dari airport ke Cakeranegara yang terletak di Mataram tue dalam 20 minit. Dengan eksited nya nak berbelanja di Cakeranegara. Ingat macam mall or kedai-kedai tepi jalan. Sekali amik macam Pekan Rabu, Kedah. Kalau tshirt or kain pasang memang nie tempat yang sesuai. Key chain or fridge magnet memang tak banyak pilihan. Tshirt di Cakeranegara nie Capt dapat harga 7 helai = IDR 100,000. Kalau saiz XL, up sikit harganya. Sehelai IDR 100,000. Pergi kedai ke-2 baru dapat harga 7 helai = IDR 100,000. Kena pandai nego and psiko ye. Selain t-shirt, Cakeranegara nie ada gerai buah and kasut. Sempat la beli buah salak 3 kilo. Harga 1 kilo buah salak ialah IDR 15,000. My mother memang a big fan of buah salak. Tidak mahu kejadian di Jogja berulang kembali, jadi kali ni Capt beli luggage. Memandangankan dapat cari tshirt je, makanya we all bagi tahu Mas Zaini untuk pergi ke gedung Sasaku. 

Sasaku Kaos Lombok

Gedung Sasaku nie sama macam Lombok Exotic. Another kedai yang jual tshirt kualiti baik. Sebab on the way nak ke airport pun kedai Sasaku tue. Singgah la sekejap memandangkan banyak masa lagi. Dekat Sasaku nie je Capt mencari key chain and fridge magnet. Sekali tengok dekat bahagian beg tangan, jumpa la beg tangan yang my mother inginkan sangat tu. Maka belilah sekali. Dapat 2 beg tangan my mum u'ollz. Koleksi habis. Pilih punya pilih dekat 40 minit dalam Sasaku tue je. Biasalah kalau perempuan berbelanja kan. Kalau boleh semua dalam kedai nak di borong nya. Capt cuma beli beg tangan, fridge magnet and key chain je. Situ je habis IDR 291,000. Tshirt dah beli banyak di Lombok Exotic and Cakeranegara. Capt ingat Capt sorang je yang berbelanja lama. Tengok-tengok Cik Nani pun tak habis pusing satu kedai. Kita pun duduk la dekat kerusi yang disediakan sambil tunggu Cik Nani pusing satu kedai. 

Muka happy masing-masing

Sesudah berbelanja di Sasaku, then it's time to go back. Flight pukul 4.05 pm jadi we all kene ada di airport pukul 1.05 pm. Nak check-in luggage lagi jadi pukul 12.30 pm dah gerak ke airport. Sampai je airport pukul 1.15 pm. Then we all say Goodbye to Mas Zaini and bayar duit half day transportation that day. Each pax RM 25.00. Bayar pakai duit RM je. Masuk je airport, terus cari tempat makan. Lunch time la katekan and memandang kami tak beli in-flight meal jadi isi perut dulu la. We all decide untuk makan di Solaria Cafe. Pekena Teh Tarik Ais, Smoked Chicken Fried Rice and Nasi Ayam Crispy. Total IDR 103,000.



Kenyang makan. Alhamdulillah. Dah makan, time to check-in. Sebelum check-in tue susun balik la luggage. Buah salak and t-shirt kasi arrange masuk luggage. Untuk trip ke Lombok nie memang pergi balik Capt beli luggage. First time nih bawak beg troley pergi travel. This time shopping traveler. Not backpacker. Nak lepas first scanner nie memang bercinta jugak sebab time we all nak check-in, berpusu-pusu manusia. Jadi stuck jugak la. Sabarkan jelah. Total luggage weight Capt that time is 21 kg. Capt beli 25 kg. So, 4 kg tue kira halal jelah. 

Check-in done

Dah selesai check-in luggage, then we all pun masuk la ke departure hall. On the way ke departure hall tue sempat lagi stop kat kedai cenderahati. Beli lagi fridge magnet. Habis IDR 30,000. Then, nampak Starbucks, masuk lagi. Nak WIFI upload instagram. Lolzzzz =)

Lega balik Kuala Lumpur

Pukul 3.00 pm, baru we all masuk departure hall. Alhamdulillah, flight on time that day. Tak delay. So, we board our plane at 3.30 pm. Tepat 4.05 pm, it's time to fly. Time balik je memang Capt tidur. Al-maklum lah, tidur lambat malam sebelumnya. We all safely landed at KLIA2 at 7.03 pm. 

Safely landed!

So, that's all about Captain travelogue to Lombok. First trip for year 2017 end with the happy feeling. Coming up in the next entry is the budget summary for this trip. Stay tuned! xoxo

Regards,
The Captain Naz

No comments:

Post a Comment

Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)