Saturday, September 13, 2014

Cebu Island with My Travel Buddys - Day 2 Part 2


It's 12.28am, Saturday. I'm working half-day on Saturday at the office. Yes, half-day. Dah terbiasa kerja lima (5) hari je seminggu, since the past 3 months, kerja 5.5 day. Ibadah seharian kan, jadi aku redha.  Ok, post kali nie nak story story pasal air terjun yang tersangat lah awesome di Cebu. Have you heard of Tumalog Falls? No? How about Kawasan Falls? If yes, then you are in the correct place when visiting Oslob. Dah bersedia? Panjang nak citer nie sambil-sambil tengok Spiderman 3. Here we go...


CEBU ISLAND, PHILLIPINES (4-6 SEPTEMBER 2014)

Part 3: It's the Falls folks!

After puas hati berenang ala-ala mermaid bersama whale shark, kami berempat meneruskan perjalanan ke Tumalog Falls. One of the attraction falls at Oslob. Dari Whale Shark ke Tumalog Falls nie 3 km je so cepat la sampai. Nak ke Tumalog Falls nie membukit sikit. Gigih taxi Uncle Danny mendaki bukit nak ke pintu masuk Tumalog Falls. Daki punyer daki akhirnya sampai juga kami di pintu masuk Tumalog Falls. Entry fee nyer 20 peso seorang. Ok la tue. Nak ke Tumalog Falls tue jaraknya 500 meter. Ada la local yang sediakan perkhidmatan motor nak ke falls tue. Fee dier 50 peso return tapi kami prefer jalan kaki je sebab 500 meter je pun. Ingat jalan dia macam turun ke bawah je, sekali hamek naik turun la jugak. Gagah kami berjalan ke falls sebab excited punyer pasal. Sempat jugak kami berselfie semasa nak ke falls tue. Meh belanja gambar sikit.

Macam adik-beradik tak?? Hihi
Kak Ngah pun nak jugak selfie
Nani memang suka peaze

Chakk!

Model tengah jalan
Dari belakang

Amacam? Menarik? Nie baru sikit. Belum gambar dengan falls lagi. Hihi #sajerbakarline ...Dalam 10-15 minit jalan, akhirnya kami tiba di air terjun yang teramat lah awesome, indah, cantik sangat dan ...senang cerita santek ya ampun. Ciptaan Allah SWT yang Maha Esa.  Hanya gambar mampu menceritakan keindahan Tumalog Falls.









Haaa...puas kami berselfie sane sini kiri kanan atas bawah. Cantik view nyer. Nasib la ade tourist dari Singapore yang ambilkan gambar kami berempat. Lepas berselfie, sempat lagi berenang-renang. Nani pun jadi mermaid plak dier berenang. Hengat kami tak nampak?? Hihi..tak sempat snap je gambar dia jadi mermaid je. Nasib kau selamat Nani. Hihihi =)

After like 30 minutes, all of us gigihkan lagi diri untuk mendaki ke pintu masuk di mana Uncle Danny menunggu. Semput jugak la kami nak daki tue. Mau jugak aku berhenti tarik nafas, kumpul tenaga 2, 3 kali. Semput kaw. Dalam kami tengah jalan tue, tourist dari Singapore yang ambil gambar kami berempat pun dalam perjalanan ke pintu masuk tapi mereka berdua naik motor. Yela, orang tua 40 series, kene la naik motor. Meh belanja sikit gambar kami mendaki.

Nani and Nazmi berlumba naik atas
Akhirnya, masing2 penat. 

Daki punyer la daki, akhirnya sampai jugak di pintu masuk. Then, terus masuk teksi and meneruskan perjalanan ke satu lagi air terjun yang aku nak katakan tertumpah water colour biru laut. Why biru laut? You'll see why I say biru laut. Next is Kawasan Falls. Dari Tumalog Falls ke Kawasan Falls nie mengambil masa 1-2 jam. So dah letih jadi mermaid and berselfie sampai bateri kamera tinggal dua bar, aku pun tidur kejap la. #kejapke



Bila sedar je dah dekat nak sampai Kawasan Falls. Masuk je parking kene bayar 100 peso. Tue baru parking belum lagi tour guide fee dia. Tour guide tue orang local situ jugak. Memang compulsory guna khidmat mereka walhal boleh je tourist gerak sendiri pergi falls tue sebab ade track dier. But, kami redha jelah guna khidmat mereka. So dalam perjalanan nak ke falls tue melalui kawasan kampung yang ade pokok kelapa. Anjing pun banyak ya ampun. Beware of dogs k. Belanja sikit gambar perjalanan ke falls tue.










Haaa...cantik kan? Tau pun...Ni baru jalan nak masuk. Belum sampai falls lagi. Agak jauh jugak lah berjalan masuk ke dalam tue. Dah la kami makan breakfast je, lunch tak dapat. Masa sampai di Kawasan Falls pun pukul 3.30 pm. Perut aku dah berbunyi semacam. Redah jelah. Nasib baik view sepanjang falls tue cantik. Kenyang sikit. #motiff 

Jalan punyer jalan, akhirnya kami sampai lah di falls yang air nyer tertumpah water colour. Aku nampak je airnya. mengucap panjang sebab cantik sangat. Biru laut yang cantik. 
Time mandi tak sempat snap gambar so kami amek gambar masa lepas mandi je. Puas kowt bergambar kat falls nie. Aku pun try la guna mode shutter, nak dapat gambar air terjun yang ala-ala slow tue. Berjaya jugak snap gambar slow motion tue. Tour guide tue bawa kami ke tiga (3) level falls. Tapi, level 1 and 2 aku snap gambar, yang ke-3 tue tak macam falls tue yang tak snap. Meh belanja sikit.


Level 2
Level 1 paling cun
Nani
Naz
Amir
Nazmi
Terkesima tak tengok water colour tertumpah...Hihihi...Kat level 1 tue tempat mandi strategik. Tapi, macam-macam kene bayar. Life jacket, meja buluh nk roboh and rakit kene bayar 300 peso setiap satu. Meja pun nak kena sewa. Apekah!!!! So bila rakit tue clear, our tour guide beri kami peluang naik rakit and ber-selfie habis-habisan. Kan masing-masing dah pose ikut selera sendiri. Hamek, sumer jadi model mangga pulak.






Shot kami berempat
Action!
Posing control ayu
Monopod snap
Smilez
Berehat sebentar
Di level 3
Tada!!
Kami spend time lama jugak la di Kawasan Falls. I think 1 1/2 hours ade kowt. Jam tertinggal dalam taxi, tue yang tak sure timing tue. So, bila dah habis circle around falls, tibalah masa nya tour guide sembelih kami dengan charge dier. Mula-mula dia mintak each of us 500 peso so total 4 orang jadi 2000 peso. Mau tak tertanjat boboi kami berempat. Are you kidding me? 2000 peso? So, dengan menggunakan kuasa nego rakyat Malaysia yang berbilang kaum nie, Nazmi nego nego dan nego dapatlah half price, 1000 peso. Power la kuasa nego Nazmi. Aku salute ko tang tue. Based on research pun, geng-geng BBM kate range tour guide fee dalam 200-300 peso. So kira, kami in the range lagi la. 

Tengah-tengah jalan nak keluar falls tue sempat la berbual dengan tour guide kami even geram sikit charge sampai 2000 peso. Guide kami cakap kalau ade taufan ke atau hujan ke, memang tak boleh masuk kawasan falls sebab bahaya air hujan. Sungai boleh melimpah. Rezeki kami datang time cuaca cerah. Alhamdulillah...Kalau tidak rugi je tak dapat selfie. Nak keluar ke pintu masuk kejap je dah sampai. Sebelum bertolak ke Panagsama Beach, kami sempat selfie dengan Uncle Danny, our limo driver. Meh belanja gambar Uncle Danny sikit.

Nie la Uncle Danny

Haaa...Itulah kembara kami di Tumalog and Kawasan Falls. Jam pun menunjukkan pukul 5.30 pm. So, next destination is Panagsama Beach...

And bersambung esok...Haha, it's almost 2.00 am my readers. I'll continue our journey tomorrow k. Gud night and Wassalam =)