6 June, 3.31 am, dan masih lagi depan latop dan TV :-
Citer pasal convocation yok. Selamat Datang ke --->
Graduan: NOOR AZUREN BINTI MOHD TAIB
Tarikh: 4 DISEMBER 2012
Sidang: 17
Tempat: DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR.
Alhamdulillah. Penat lelah belajar selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil. Aku akhirnya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Macam tak percaya je akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. Dulu ingat diri nie tak mampu nk pakai jubah konvokesyen, pakai topi. Eh salah, nama topi tue mortar board. Bukan motorbot k. Awin tujukan ijazah nie untuk my luvly mother, Puan Fatimah Aziz dan arwah abah, Allahyarham Haji Mohd Taib bin Dogol. Cuma aku sedih abah tak bersama kami ketika anak-anaknya berjaya ke menara gading. Terima kasih mak dan abah. Kerana kalian, Awin berjaya dalam hidup. I Love Both of You!
Ijazah yang ku idamkan sejak kecil
With Eyqa and Siti
Classmates since 2009
Kawan-kawan sekelas
Feeling baling-baling
Pagi Subuh yang bermakna
Me in graduation robe
Younger sister, Syahira
My backbones
My precious treasures
Elder sister, Dyla
My beloved mother, Sarjan Fatimah
Haa...kan dah belanja gambar-gambar time my convocation. Nak tengok lebih, follow my Facebook. Situ lagi banyak gambar-gambar my convocation. Kenangan paling bermakna dalam sejarah hidup. In Shaa Allah, ada pasang niat nak sambung Master in Business Administration. Sampai masa, akan sambung study. Buat masa nie fokus kerja dan kejar impian-impian aku.
Next entry about my work at Comfori Sdn. Bhd. See you. Wassalam!
6-June, 3.00 am, Still lagi depan tv and laptop :-
Haaa....hamboi, bila minat blogging datang balik memang sampai Subuh la update entry baru. Excited kata nyer sebab banyak benda nak ceciter. From last entry (last la sangat), nak ceciter pasal kehidupan habes internship and gamba konvo. Start habes internship dulu k.
1. First Job: Admin Assistant (GSC)
Well, setelah tamat internship dengan CBSA Media Sdn Bhd, aku mulakan kerjaya aku sebagai Admin Assistant for Marketing Communication Department di Golden Screen Cinemas (GSC). Koje kat HQ dier ye di Damansara Jaya. Cuti seminggu je finish up viva and then start to work. Kalau tak silap awal bulan July. Gaji starting RM 1,800. Could you believe it? Fresh grad admin je pun dapat 1.8k untuk first job. Rezeki Allah SWT bagi. Alhamdulillah. Syukur tak tanam anggur after habes study. Mula-mula ackward ya ampun. Sebab dalam department and floor marketing tue aku sorang je orang Melayu. Nak borak dengan sape pun tak tahu. Cina kowt sumer. Fine, English time. Oh My English aku. Tonggang langgang. So? Ade aku kesah. Janji speaking muka kene kondifen. Eh salah. Confident! Tapi hanya bertahan 3 minggu je sebab working environment buat aku stress. Tak boleh belah duduk depan HOD. Jadi tak secure giler nk buat keje2 sampingan a.k.a bukak lagu kat youtube sebab monitor HOD bley tengok clear habes. Huh! Sabar jela. Yang best koje GSC bley dapat free pass tengok wayang. Merasa la dapat 4 free pass. Terus bawak family pegi tengok citer The Expendables 2 kat GSC Paradigm Mall. 3 weeks je then Selamat Jalan Romeo GSC!
2. Second Job: Admin Assistant (CBSA Media Sdn Bhd)
Bukak-bukak Jobstreet nampak vacancy Admin Assistant kat my internship company. Terus zapp apply. Rupanya my practical supervisor dapat job baru kat Wipro Unza. Dia memang tunggu time nak keluar dari situ. Stress tahap max katanya. Memang boleh nampak stress tue. So, replace dia la. Start koje situ masa seminggu sebelum raya. Dan dan terus mintak cuti 5 hari dengan HOD Admin. Ade aku kesah ko nak bagi ke tak? Hari Raya k. Penting untuk cuti lama. Gitoh! Tapi bertahan 3 bulan je sebab ya ampun staf-staf kat situ suke buat rules sendiri. Suka-suka hati nenek la nak arah aku sane sini. Gaji pun downgrade jadi RM 1,500. Potong EPF Socso bagai tinggal RM 1,200. Kene unpaid leave lagi tinggal RM 1,000. Habes bayar komitmen je. Nak enjoy sangat pun tade. Inikan pulak shopping. So, anjakan paradigma, tinggalkan admin, cari sales job. Hilangkan rasa malu, tingkatkan keberanian diri. And my first sales job is at JFPS Group. See below please!
3. Third Job: Conference Sales Executive (JFPS Group)
Haa...sampai ke KL cari koje sales. Dapat la satu kat Multi-Purpose Tower. Jalan Munshi sana. Dekat jugak la dengan KLCC. Travel Shah Alam-KL. Penat gilor! Tak sanggup aku. Bangun pagi awal giler and naik KTM pukul 7 pagi berebut ramai manusia dalam KTM. Macam sardin k! Dalam KTM sempat tidur satu jam sebab stop kat KTM Bank Negara. Tapi serius jangan la koje KL kalau stay Shah Alam. Penat tak terkata sbb travel jauh. Masa pun banyak terbuang. Solat pun gajah je memanjang. Hujung-hujung waktu. Huh! Gaji sedap RM 1,800 ade komisen. Yang tak best nyer aku MC pun di kiranya sebagai Unpaid Leave. Then what the h*** asked me to provide you with MC?? Sabar jela. Lagi tak boleh belah, Director Business Development duduk depan aku. Lagi satu what the ikan. Ada bilik sendiri tanak duduk. Sibuk duduk depan aku. Sabar jelah lagi. Kat sini jugak la my Sales Manager, Boon Cheng ajar aku cara pitch cara paksa. Mula-mula memang susah sbb tak biasa. Training dua hari. Sebelum boleh call client, kene test pitch dgn Director dulu. Mau terketar-ketar call. Perasaan malu tinggi lagi la masa tue. Akhirnya berjaya jugak la. Nak start call client tue aku take time nk berani angkat ganggang and dail no company. First call ok. Masa keje rejection tue, Allah SWT jela yang tahu perasaan aku. Down giler bile kene reject. Take time lagi nk gain back spirit and confident level. Kejap je aku rasa boring kat sini. Dah le asyik kene call je 8 jam. Nak cakap dgn colleague aku, Jannette pun susah sbb kene call je kan. GMS la!!! Sebulan je pastu resign! Cari-cari sales job lain jumpe la Comfori Sdn. Bhd. Panjang nak citer psl Comfori nie sebab stay setahun empat bulan.
So jumpe next entry. Sekali belanja gambar konvo! Wassalam.....
Haa...Akhirnya dapat jugak update blog aku yang dah lama tak post entry-entry baru. Sibuk ya ampun. Last update 28 March 2012. Skrg dah 6 June 2014. OMG!!!! 2 tahun tak update blog. Berhabuk semacam. Fuhhhh *Tiup habuk (Budget macam tiup habuk kat perabut ke ape) LOL! Gedix kamu Naz Zuren. Tergerak hati nak update blog sebab banyak benda nak cerita. Well, entry pertama tak macam pertama untuk tahun 2014.
6-June, 2.37 am, depan tv and laptop :-
Banyak benda nak citer nie. Tak cukup pagi-pagi ni nak ceciter. Kita slow2 la ye citer. Since dah lama tak update entry nak la jugak inform ape sebabnya. (Nak jugak ceciter sebab tue. Haish!) Last entry pada 28 March 2012 tue masa final year study. Time pratikal la senang citer. Sibuk dgn report internship and thesis practical. Ya ampun mbak, aku memang tak suke buat thesis. Poning eden! Mane tak nyer, start buat thesis masa tinggal lagi 3 bulan nk habes internship. Lupe plak still student masa internship. Berkobar-kobar la katekan nak kije. Macam staff permanent plak. Haha.... Sampaikan practical advisor call hengatkan aku pasal thesis. Time tue la terduduk kat tangga office sekejap. Kelam kalibut mintak cuti dari supervisor. On the spot mintak cuti 4 hari. Balik Melaka, pergi kampus. Jadi nerdy kat library hamek thesis senior tengok tajuk ape boleh buat. Nak buat pasal marketing, tak brapa nak menjadi sebab intern department HR-Admin. Last2 buat psl tajuk kene mengena dengan HR. Terhasillah "FACTORS THAT INFLUENCE THE EMPLOYEES AT CBSA MEDIA SDN BHD". Tadaaaaaa....Hebat tak? Pungkok aku. Makan diri sendiri je. Tak pasal-pasal bukak buku HR which is my minor masa semester 3.
Di pendekkan cerita yang panjang sangat utk intership story, bagai nak rak la saya siapkan thesis tue. Sampai-sampai kat advisor, dia ubah questionnaire saya. So bila key-in dalam SPSS (sejenis software sakitkan kepala untuk marketing research) tak tele dengan result. So camne nak dictate and explain. Sempat plak puan suruh aku tukar tajuk. After 60% dah siap! What the ikan! Memang tak la nk ubah. Maaf puan, saya tak sanggup nak buat balik semua. Dah tak serupa orang pun nk siapkan thesis nie. Tidur tak cukup. Orang berjaga, saya tidur. Mata pun dah mcm panda bear (Panda bear tgh fenomena skrg nie). Penah la 2 hari straight tak tidur sebab nak siapkan thesis. Tapi, berkat kesabaran dan kegigihan yang jitu, Alhamdulillah saya BERJAYA SIAPKAN! Hari yang dinanti iaitu viva (nama bahasa melayu + English = presentation thesis industrial training). Google sendiri la ye kalau nak nama panjang lagi. Malam sebelum tue memang tak tido sebab print report and siapkan slides. Sambil print sambil buat slides. OMG bayangkanlah berapa nescafe ako minum malam tue semata-mata nak kekal jaga. Nak ucap terima kasih pada printer saya, Canon MP198. You are my hero! Sebab jimatkan kos print. Hihi. On time jugak la siap slide and print report. Dah le jadi first presenter. Tak pasal-pasal je. Redha aje aku. Bila dah viva tue dier punyer rasa lega tue macam score dalam world cup. Ape lagi, habes present, dengan pantas drive balik rumah and tidur....Qada' tidur. Ada jugak la satu hari aku tidur. Dari tengah hari sampai tengah malam. Esok tue bangun migraine pulak. Nasib badan. Bila semua itu sudah berlalu, result pun keluar dan Alhamdulillah aku tamat pengajian ku sebagai pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Tunggu tarikh nak konvo je. Super excited masa tue. Ok, so next entry nak citer kehidupan after habes pratikal sehingga la my convocation. Belanja gambar konvo sikit! LOL! See you at the next entry! Wassalam...
Hihi...rajin Nz update entry untuk Nz the Diaries...Mane tak nyer...Nz sekarang rajin ceciter pasal movie2 yang Nz tengok kat TGV Sunway Pyramid...Memang situ je tempat Nz tengok wayang sebab dekat dengan tempat praktikal Nz...Guess what, Nz tengok wayang apa hari nie???
Scroll down a.k.a gerakkan mouse tetikus anda ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Title: One For The Money
Main actor/actress: Katherine Heigl, Jason O'Mara, Daniel Sunjata, Sherri Shepherd, ETC
Duration: 1 hour 46 minutes
Rating from Nz: 4 1/2 star
Sinopsis:
Unemployed and newly-divorced Stephanie Plum lands a job at her cousin's bail-bond business, where her first assignment puts her on the trail of a wanted local cop from her romantic past.
Komen Nz:
Mula-mula cerita nie macam boring sikit la...Sikit je tak banyak pun...Boring ape tau, awal-awal Nz tak dapat nak agak apa story dier...Dah masuk 1/4 storyline, baru dapat la agak ape movie nie ceciter...Best la jugak...Lagipun Nz mmg suka tengok Katherine Heigl berlakon...Selamba je lakonan dier...Tak fake...Original dari ladang punyer...hihi...Kelakar pun kelakar jugak... =D
Nak tahu citer penuh, apa lagi, p serang pawagam berhampiran anda...Pantas, laju macam cahaya...Bukan lembap cam siput...hahahaha...Enjoy the movie official trailer....
Ok...Nz nak jugak la story2 movie yang Nz tengok dalam masa 2 minggu nie...Sejak menjak 2 menjak praktikal kat Bandar Sunway nie, rajin pulak la Nz tengok wayang with my collegue, Liana...2 weeks, 2 movie...OMG...Kalau kat Melaka tue, jarang-jarang muka Nz kat GSC...Nak buat macam mane, wayang sebelah je dengan tempat praktikal...Kat Sunway Pyramid kan, adalah TGV nyer...Right, Nz baru je tengok movie THE HUNGER GAMES...
Title: The Hunger Games
Main character: Jennifer Lawrence as Katniss Everdeen, Josh Huctherson (Peeta Mellark) and Liam Hemsworth (Gale Hawthorn).
Duration: 2 hours 15 minutes
Rating: 5 star
Sinopsis:
In a not-too-distant future, North America has collapsed, weakened by drought, fire, famine, and war to be replaced by Panem, a country divided into the Capitol and 12 districts. Each year two young representatives from each district are selected by lottery to participate in The Hunger Games. Part entertainment, part brutal intimidation of the subjugated districts, the televised games are broadcast throughout Panem. The 24 participants are forced to eliminate their competitors, literally, with all citizens required to watch. When 16-year-old Katniss' young sister, Prim, is selected as the mining district's female representative, Katniss volunteers to take her place. She and her male counterpart Peeta, will be pitted against bigger, stronger representatives who have trained for this their whole lives.
Apa yang Nz nak cakap, movie nie memang best la...ada kisah suka-duka, persahabatan, keberanian dan percintaan yang tidak disangka...Time touching2 la satu panggung cam kecoh kan...Kelakar pun ada...Paling tak best, KEJAM la...Kena saling tumpaskan lawan masing-masing dengan membunuh mereka...OMG...Tak sanggup Nz nk bukak mata td...Main character memang kuat la...even perempuan kan...So, woman is not that weak k...Salute sama main character... =D
Tiket movie pukul 8.55pm, guess what, ingat movie habis dalam 10.30pm...Sangkaan ku silap pabila movie habis pukul 11.15pm...Mau tak kelam kabut my collegue hantar Nz pergi KTM Subang Jaya...Ok, takut jugak Nz tadi...Tak pernah kowt tengok Liana macam tue...Getting scared jugak td...Nz dh cakap tak perlu hantar ke KTM sbb dia pun nnt rushing nk balik ke Bandar Sunway kembali...Tp, she still nk jugak hantar...Nz tak suka nak menyusahkan orang sbb Nz boleh urus diri sendiri...
Looks like after this, I cant watch late night movies...Kesalahan lalu cukup mengajarku...Ini SHAH ALAM bukan MELAKA ye...Bear in your minds, MALAYSIA is not so safe lately...I make mistakes and I'm gonna learn from it...
Ok...hari nie Nz nk ceciter mengenai satu movie yang baru je tengok petang tadi after work with my collegue, Liana kat TGV Sunway Pyramid...Tiket kiteorg pukul 7.45pm...So, b4 that pergi la makan kat KFC...Lagipun Nz tak sempat nk lunch pun hari nie...So, kire lunch & dinner la KFC tue...Jimat sikit...(Banyak la jimat)...
Ok, nak bagi rating/pandangan setelah melihat movie nie...Well, main karakter citer nie Daniel Radcliffe...Ala yang berlakon citer Harry Potter budak sihir tue yang ada tanda "N" kat dahi dier...Voldermort yg bagi...Buat souvenir...Kih3...
Movie Title: The Woman in Black
Duration: 1 jam 45 minit
Main karakter: Daniel Radcliffe as Arthur Kipps
Klasifikasi: Thriller
Rating: 4 bintang
Sinopsis:
Mengisahkan Arthur Kipps yang kehilangan isteri ketika isterinya melahirkan anak lelaki mereka, Joseph Kipps. Arthur bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman di London. Untuk menyelamatkan kariernya sebagai seorang peguam, Arthur ditugaskan mengurus penjualan sebuah rumah lama, Eel Marsh. Arthur perlu ke rumah agam yang telah lama ditinggalkan itu untuk menguruskan dokumen-dokumen yang perlu dibawa pulang ke London. Tetapi, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik rumah agam itu setelah Arthur terlihat satu kelibat wanita berpakaian hitam dikawasan perkuburan rumah agam itu. Satu per satu kanak-kanak di kawasan pedalaman mati bunuh diri dan Arthur percaya ini semua ada kaitan dengan kelibat wanita berpakaian hitam itu. Berjayakan Arthur merungkai misteri tersebut? Siapakah wanita berpakaian hitam yang Arthur lihat di kawasan perkuburan Eel Marsh? Nak ketahui...Scroll bawah....
Lama jugak aku tak update posting untuk blog nie...Al-maklum lah...Intern kan...Nama je intern, tp sibuk nyer kemain lagi...Ape yg menyebabkan aku sempat update blog malam nie?? Sebab ada satu isu yg aku baca dan aku tersentuh sangat isu ini...Sehinggakan menitik air mata ini...Tak ku sangka si tanggang makin bertambah-tambah di zaman yg penuh moden ini...
Berita muka depan akhbar Harian Metro, Jumaat, 9 Mac 2012:
Muka depan Harian Metro
Memang akhbar harian feveret aku ialah Harian Metro...Tersentak baca headline paper hari Jumaat nie...Subhanallah...Baca headline plus tgk muka ibu malang ini membuatkan aku rasa sebak, sedih sangat...Ya Allah, kenapalah anak lelaki wanita ini tinggalkan ibunya di hotel bajet pulak tue...Anak lelaki pulak tue...Dah la anak lelaki, tunggal lagi...Kesian ibu malang ini...Nasib baiklah pekerja hotel bajet tue membantu wanita ini....Lama ibu ini ditinggalkan anaknya...Bayangkan sejak 3 Mac hingga kini...
And bila akhbar Harian Metro menyiarkan alasan anak lelaki, Amir Mohd Omar 27 meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66 dihotel bajet berkenaan iaitu "SAKIT MATA"...Agak tidak logik bila tinggalkan ibunya seminggu lebih tanpa dapat dihubungi...Takkan dalam seminggu tue nk contact pun tidak boleh...Banyak kali kakitangan hotel bajet berkenaan menghubungi Amir Mohd Omar tetapi tidak diangkatnya...Tak agak2 la alasan tue...Takkan dalam seminggu tue, tak hubungi ibunya...Senyap seribu bahasa....Cuba fikir kalaulah kakitangan hotel bajet tue tidak bertimbang rasa, mereka halau ibu ini keluar dari hotel tue...Apa akan terjadi kepada wanita malang ini??? Sedih bila aku memikirkannya...
Setitik air mata ibu jatuh ke bumi kerana kecil hati akan ketelanjuran anaknya, nerakalah tempat anak itu...Subhanallah...Puan Faridah Maulud kini berada dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat...Alhamdulillah...Syukur....
Seorang ibu yang melahirkan kita ke dunia ini menanggung kesakitan yang amat sangat...Kesakitannya menyamai 70 tulang dipatahkan...Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak...Kenapa anak tidak boleh berbuat perkara yang sama kepada ibunya setelah dewasa??? Sungguh terkilan aku dengar alasan anak lelaki Puan Faridah Maulud ini...Jika tiada insan bernama Fatimah Aziz yg telah melahirkan aku ke dunia ini, maka tiadalah insan bernama Noor Azuren Mohd Taib di dunia...
Saya sayang insan bernama Fatimah Aziz!!!
I LUV YOU SO MUCH MY MOTHER!!!!
Sayangi lah ibu kita sementara mereka masih ada didunia ini...Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini...Segeralah minta maaf andai kita melukakan hati ibu kita...Sesungguhnya,
"SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"
Wassalam
Dedicated this song for you, my luvly mother, Puan Fatimah Aziz