Sunday, March 11, 2012

Sedih!!!

Assalamualaikum dear my reader (s)

Lama jugak aku tak update posting untuk blog nie...Al-maklum lah...Intern kan...Nama je intern, tp sibuk nyer kemain lagi...Ape yg menyebabkan aku sempat update blog malam nie?? Sebab ada satu isu yg aku baca dan aku tersentuh sangat isu ini...Sehinggakan menitik air mata ini...Tak ku sangka si tanggang makin bertambah-tambah di zaman yg penuh moden ini...

Berita muka depan akhbar Harian Metro, Jumaat, 9 Mac 2012:


Muka depan Harian Metro


Memang akhbar harian feveret aku ialah Harian Metro...Tersentak baca headline paper hari Jumaat nie...Subhanallah...Baca headline plus tgk muka ibu malang ini membuatkan aku rasa sebak, sedih sangat...Ya Allah, kenapalah anak lelaki wanita ini tinggalkan ibunya di hotel bajet pulak tue...Anak lelaki pulak tue...Dah la anak lelaki, tunggal lagi...Kesian ibu malang ini...Nasib baiklah pekerja hotel bajet tue membantu wanita ini....Lama ibu ini ditinggalkan anaknya...Bayangkan sejak 3 Mac hingga kini...





And bila akhbar Harian Metro menyiarkan alasan anak lelaki, Amir Mohd Omar 27 meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66 dihotel bajet berkenaan iaitu "SAKIT MATA"...Agak tidak logik bila tinggalkan ibunya seminggu lebih tanpa dapat dihubungi...Takkan dalam seminggu tue nk contact pun tidak boleh...Banyak kali kakitangan hotel bajet berkenaan menghubungi Amir Mohd Omar tetapi tidak diangkatnya...Tak agak2 la alasan tue...Takkan dalam seminggu tue, tak hubungi ibunya...Senyap seribu bahasa....Cuba fikir kalaulah kakitangan hotel bajet tue tidak bertimbang rasa, mereka halau ibu ini keluar dari hotel tue...Apa akan terjadi kepada wanita malang ini??? Sedih bila aku memikirkannya...

Setitik air mata ibu jatuh ke bumi kerana kecil hati akan ketelanjuran anaknya, nerakalah tempat anak itu...Subhanallah...Puan Faridah Maulud kini berada dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat...Alhamdulillah...Syukur....

Seorang ibu yang melahirkan kita ke dunia ini menanggung kesakitan yang amat sangat...Kesakitannya menyamai 70 tulang dipatahkan...Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak...Kenapa anak tidak boleh berbuat perkara yang sama kepada ibunya setelah dewasa??? Sungguh terkilan aku dengar alasan anak lelaki Puan Faridah Maulud ini...Jika tiada insan bernama Fatimah Aziz yg telah melahirkan aku ke dunia ini, maka tiadalah insan bernama Noor Azuren Mohd Taib di dunia...

Saya sayang insan bernama Fatimah Aziz!!! 

I LUV YOU SO MUCH MY MOTHER!!!! 

Sayangi lah ibu kita sementara mereka masih ada didunia ini...Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini...Segeralah minta maaf andai kita melukakan hati ibu kita...Sesungguhnya,

"SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"

Wassalam

Dedicated this song for you, my luvly mother, Puan Fatimah Aziz





No comments:

Post a Comment

Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)