Let get's started to finish the end of the moments.....
HARI KE-4 | JOGJAKARTA | 9 MARCH 2016
For the last day, we all bangun dengan rileks je sebab hari akhir nie jadual ikutkan just airport transfer je but since Mas Nanang bilang ada dua (2) jam sebelum our boarding time so sempat la pergi satu tempat lagi yang tak sempat kunjungi untuk hari ke-3, Taman Sari or Watercastle.
We all semua bersiap-siap kemas yang last ape yang patut kan. Shida and Deena siap awal so mereka berdua pergi breakfast dulu a.k.a book meja untuk we all. Me pun bersiap secepat yang boleh and pergi breakfast. We all breakfast dulu. Tak bawak beg terus ke bawah sebab bila dah kemas segala barang and buah salak, bosar mak oiii...Especially beg Capt sebab dah masuk buah salak dalam beg, nampak beg lagi besar tuan nya sendiri. Tak cukup dengan tue ada dua beg handcarry lagi. Since last day kat hotel tue, we all bedal la breakfast besar sikit dari biasa. Nasya sampai tambah Koko crunch 5 mangkuk. Capt tengok Nasya makan sedap je so Capt pun bedal 2 mangkuk jugak. Al-maklumlah, nak tunggu lunch nanti atas flight.
Last shot for breakfast. Nasya amik Koko crunch lagi. |
After breakfast, we all pun ambil muatan masing-masing and turun ke lobby. Mas Nanang pun dah sampai kat hotel. Awal sampainya. Janji pukul 8.00 am, datang nya seperti biasa 7.30 am. Capt proceed to reception counter and check-out kan both rooms. Check-out pun senang je dengan hotel nie. Ambil kunci, call housekeeping and officially you check-out. Sangat RECOMMENDABLE ye Grage Ramayana Hotel nie. Before we all off to Taman Sari, Capt jumpa dengan Mas Jati untuk setelkan our payment. 3 hari peram duit transportation. Tepat pukul 8.15 pm, Mas Jati pun sampai. Memang tepat masanya seperti dalam Whatapps. Bagus la service supir Ganesha Jogja Travel nie. Menepati masa. So, after settle our payment and dpt Invois, we all pun berangkat ke Taman Sari. Sempat la bergambar dengan Mas Jati and Mas Nanang before bertolak tue.
Dari kiri: Mas Jati, Nasya, Mieda, Deena, Shida, Capt and Mas Nanang |
After some freelance model bergerak photoshoot then, we all say gudbye to Mas Jati and off to Taman Sari! It took about 10 mins from Grage Ramayana Hotel to Taman Sari. 8.30 am we all dah sampai but the gatekeeper kata pukul 9.00 am baru bukak. That morning cuaca agak panas la sampai Mieda kipas tak berhenti. Sementara tunggu gate dibuka then we all pun ape lagi kan. Jadi model la sekejap depan pintu utama tue.
Capt in action |
Muka masing-masing tahan sinaran matahari |
Mieda bersedia je posing nyer |
Tapi, bila cuaca panas sangat, then we all bilang dengan Mas Nanang nak duduk dalam kereta. Ade air-cond la katekan. Masuk kereta terus kaw bukak air-cond speed 3. Macam dari microwave masuk peti sejuk. Lega yang amat. Tunggu dalam 15 mins dalam peti sejuk then gate pun dibuka. Taman Sari nie bak kata Mas Nanang, tempat permandian permaisuri raja. Then, Deena come out dengan soalan kritikal. Jauh nya permaisuri mandi dari Kraton ke sini. We all ketawa besar. Mas Nanang menjawab soalan kritikal Deena, dulu sahaja. Zaman sekarang permaisuri mandi kat istana dia la. Jenuh la nak mandi kene datang situ je. Ada 2 kolam besar dalam Taman Sari tue. Huntoong permaisuri.
Peaze you all! |
Itu lah kolam nya! |
Pose tahan sinaran matahari |
Dah melepasi 2 kolam besar tue, we all pun duduk la di satu tempat lapang whereby ada penjual cendol and air kelapa. Memandangkan haus, Capt pun beli la cendol and air kelapa. Setiap satu 5,000 Rupiah a.k.a RM 1.00. Cendol Jogja not bad. Sama macam di Malaysia. Air kelapa + gula jawa = Malatop! Lama jugak la we all duduk kat kerusi kawasan lapang tue sebab penat rasanya. Sampai la Mas Nanang masuk and bilang it's time to go to the airport. Dah pukul 9.50 am. Our flight 11.15 am so kene la ada kat airport before 10.30 am sebab nak melalui kastam and imigresen bagai. From Taman Sari to Adisutjipto International Airport take about 10 mins. So, we all sampai airport pukul 10.10 am. After Mas Nanang drop us at Terminal B (Departure terminal), then we all pun check la ape yang patut.
Time to go home |
Nak masuk pintu depan kene tunjuk boarding pass & passport. Bila masuk, cari la kaunter AirAsia nak validate boarding pass but the CSO kate tak perlu. Boleh proceed pergi gate 4. Then, off to kastam check. Bila Mieda dah clear, dia sempat la nampak buah salak kat x-ray tue. Nasib lepas. Sebelum pergi gate 4 sempat la sambar 2 fridge magnet. My mom love to have collections of fridge magnet everytime we all travel. Kena 50,000 Rupiah. Redha jelah.
Sampai gate 4, we all stop sekejap sebab Mieda and Deena nak ke kamar kecil. After that, proceed to gate 4 to wait for our aircraft. Kena la tempuh imigresen and one more time customs check. Imigresen clear but sampai kat customs, semua beg kene tahan sebab buah salak. Katanya officer kat situ, kena ada SURAT KEBENARAN. Sebelum sampai di Jogja, Capt google ape yang patut pasal buah salak. Tade pun yang kate tak boleh bawak masuk kabin. That officer kate kalau tak de surat, tak boleh bawak balik. Then, Capt slow talk la. Last bagi jugak tapi kene "mengulur" sikit. 100,000 Rupiah terbang nak lepas semua 5 beg. Siap dia pesan, nanti di Malaysia, saya tidak tanggung kalau Capt sangkut kat Kastam Malaysia.
Lagi satu dugaan hari tue, beg Capt and Nasya terlebih had maksimum, 7 kg. Beg Capt, 10 kg and Nasya 12 kg. Nak tak nak we all kena masuk kargo. Terbang lah 315,000 Rupiah. Nasib la kawan-kawan ada duit Rupiah extra. My mistake kat sini is tak pre-book cargo. Kesilapan diri sendiri maka redha jelah. Kesilapan mengajar kita supaya lebih matang and ubah diri. #falsafahlapulak
Kali nie, flight we all datang tepat pada masanya. This time, Capt dapat duduk tepi tingkap. Yeay!!! Tengah nak jalan masuk aircraft tue sempat la snap ape yang patut.
This is the airport |
Nie jela sempat shot |
Bye bye Jogja! |
Our captain of the day is Captain Adam Rabbani. Smooth je take off dia. Salute! Then, it's time to serve the food. Macam biasa, dapat makanan, dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim and makan. Nice time la makanan sampai. Dah makan main course then it's time for some dessert. Chocolate brownies!
Shida keletihan |
Brownies yang sedap! |
Dah kenyang makanya tidur la kan. Time mereka tidur, sempat Capt mengaco. Curik-curik snap je. Hihihihi....................
Nyenyak tido |
Bila kat awan biru kan, nampak awan putih-putih tue, nak je pegang. Ape lagi, on the camera and snap what eva clouds that have.
Ada rupa macam orang sujud |
Awan biru |
Our aircraft wing |
Nak pegang! |
Part yang best, we all sampai awal 25 mins from schedule. Another salute to Captain Adam Rabbani. Touchdown KLIA2 on 2.50 pm. Nak keluar dari gate ke arrival hall jauh ya amat. Ape je troli yang ada, Capt sambar sebab carry muatan 10 kg kat belakang kan. Mau bengkok tulang. But we all stop by toilet sekejap since semua nak melepas hajat. Tetiba, Nasya perasan handphone dia tade. So, Capt and Nasya berlari-lari kuda untuk ke gate we all keluar tadi. Sayangnya, dah lock. So, Capt decide untuk buat report kat kaunter AirAsia. Tapi dalam hati berdebar jugak la lepas kastam manela tau obvious nampak buah salak. Tapi alhamdulillah lepas! Pak kastam indonesia je kalut semacam.
Sampai depan Arrival Hall, we all say gudbye to Shida sebab dia naik ERL back to her house whereas us yang lain naik bas-KTM-teksi to Shah Alam. After beli tiket bas, then we all to CS counter nak tanye mane kaunter AirAsia nak report barang tertinggal dalam flight. Mula-mula kate kat pintu masuk on the way to Departure Hall at level 3. Me and Deena berlari sekuat hati menggunakan tenaga yang ada. Sekali sampai sane, CS kat tue kate kaunter tue ada kat Arrival Hall after luggage way 10. Ya Rabbi, berlari lagi ke sane. Sampai sane hanya sorang je dibenarkan masuk so Deena yang pergi buat report di kaunter "Lost and Found". Tiket bas pukul 4.00 pm. Dah pukul 3.50 pm and Deena belum keluar lagi makanya Capt whatapps some1 tunggu kat bas and hold sampai we all sampai. After 5 mins then Deena keluar. Menggunakan sisa baki tenaga yang ada, berlari-lari kuda lagi kami berdua. Nasib sempat sampai sebelum bas bergerak. Dalam bas tak dapat duduk sebelah-sebelah so ape lagi, berehat secukupnya.
Sampai KL Sentral pukul 5.00 pm and nasib baik tak terlampau ramai orang. Beli tiket KTM dari KL Sentral - Padang Jawa, RM 4.40 then after 10 mins, train sampai. Alhamdulillah! Time tue pun we all tak semua dapat duduk. Nasya and Mieda je dapat. Me and Deena berdiri. Sempat we all ber-wefie.
Snap in the komuter |
Sampai Padang Jawa pukul 6.10 pm. Nasib baik taxi standby dah. RM 10.00 dari Padang Jawa to Seksyen 7. Tepat pukul 6.20 pm touchdown rumah. Berehat sebentar sambil tunggu Maghrib and before Deena, Nasya and Mieda balik ke Melaka, we all have dinner first di Seksyen 7 Komersil. Then, 9.15 pm all 3 of them drive balik Melaka. That's the end of my travelogue to Jogjakarta, 6-9 March 2016.
Hope the moments that I shared can help other traveller yang nak ke Jogja. Next entry is itenarary and budget for the whole trip....stay tuned and wassalam! xoxo
No comments:
Post a Comment
Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)