Hari Kedua Part 1 - Cave Tubing Goa Pindul and Sri Gethuk Waterfall
Assalamualaikum....Haaa....Kembali nya Capt untuk bercerita and berkongsi pengalaman untuk hari kedua di Jogja. Hari kedua nie melibatkan perjalanan kami ke Goa Pindul, Sri Gethuk Waterfall, Irdayanti Beach, Timang Beach and lastly Bukit Bintang. Hello, hengat Malaysia je ade Bukit Bintang? Jogja pun hader kay! Ya udah, Capt mahu sambung cerita nya.....
HARI KEDUA | JOGJAKARTA | 7-MARCH-2016
Untuk hari kedua nie, perjalanan kami jauh dan permandangan pun luas. Dah diatur baik punya. So, since nak ketemu Mas Nanang pukul 7.30 am, makanya kami pun bersiap sebelum itu lalu turun ke restaurant hotel untuk menikmati sarapan pagi. Disebabkan lapar, tak sempat Capt nak snap gambar restaurant hotel tue tapi what I can say sejibik dalam gambar booking.com. To be honest, sarapan nya not bad. Plus ada banyak choice. Siap ade egg station lagi hokay. Ape lagi, Shida bedal la omelet satu. But, we all sempat la bergambar kat restaurant tue.
Dua kali tambah breakfast nyer
Facing the mirror
We all habes breakfast awal. Dalam 15 mins early so Mas Nanang pun belum tiba. Makanya, Capt ambil kesempatan menjadi model bebas bergerak depan hotel. Selfie deakt 10 shot la jugak. Meh belanja sikit.
Panas kaw
In front of hotel lobby access door
Excellent hotel to stay
Habes je ber-selfie, Mas Nanang pun sampai. So, we all pun board the Avanza and start our journey. Mas Nanang bilang perjalanan dari hotel kami ke Goa Pindul di Gunung Kidul itu memakan masa 1.5 jam. Mas Nanang beritahu kami boleh tidur tapi tak best la tidur. Nak tengok keadaan Jogja di waktu hari bekerja. Machet atau ngak jalan nya. Ternyata machet sedikit. Nampak la kehidupan orang Jogja nak masuk kerja, pergi sekolah. Tak banyak beza dengan Malaysia. Dalam 1.5 jam tue kami berbual la dengan Mas Nanang. Tanya dia banyak jugak la soalan-soalan yang kritikal. Especially Deena. Hihi... #Deenajanganmarah
1. GOA PINDUL, GUNUNG KIDUL
After 1.5 hours then we reach Goa Pindul for our Cave Tubing activity. Cave Tubing tue maknanyer masuk gua guna pelampung. Sebab air gua mak aii dalam ya amat. 12 meter dalam ye. Nak masuk ke Goa Pindul nie pun kena stop kat kaunter and naik lorry kecik masuk dalam. Tak boleh bawak kereta nanti tayar kereta tercabut. So, sape2 yang bawak handphone tue make sure bawak waterproof casing ye. Kalau tak nanti sia-sia je kene beli kat sane. Harga pun paham-paham tinggi ye. Bawak satu handphone cukup sebab you all atas pelampung tue pun tak leh nak selfie sangat. Nanti jatuh handphone dalam air, makanya redha jelah. Bagi souvenir pada gua tue. Suruh je tour guide jadi photographer terjun. Tapi, memang tak pro langsung la. Ke laut shoot nyer. #sabarjelah
Tour guide tue bercerita la pasal sejarah Goa Pindul tue. Menarik tapi pelik. Hihihi....Plus the tour guide cerita pasal staglamit dan staglatit. Aktif dan tak aktif. Ok, throwback geografi tingkatan 3. Kiterorang dengar jela. Before that, our tour guide pesan jaga kelakuan dan bahasa masa dalam gua sebab gua tue "suci". Noted pak! Dalam gua tue jugak ade kelawar a.k.a bat bukan batman. Kawan Batman la. Plus, ade titisan dari staglatit yang khabarnya boleh awet muda. Merasa jugak la 5 titis kena. Rasa biasa sebab Capt memang muda. Oopsss, terlebey! Meh belanja sikit gambar.
Sementara tunggu Mieda pergi toilet
Selfie-ingggg
Sopan je anak dara 3 orang nie
Weeeee
Kami bersama tube nyer
Smile for the camera
Awin and Mieda suka selfie
Peaze yo!
Cuba bertenang duduk atas pelampung
On the way masuk
Banyak nyer "Nur"
Bersatu teguh 5 bersaudari
Posing scary
Shida and Awin nak berenang
Exit from the cave
I love my buddies
Freestyle katenyer
Model bergerak depan gua
Back to the lorry
Back to the counter
With our tour guide yang throwback geografi form 3
I love Cave Tubing!
Haaa...for Cave Tubing nie masa yang diambil untuk satu trip is 40 mins. We all amek indoor trip je. Kalau nak outdoor trip kene bayar extra pada tour guide. Outdoor tue redah sungai la. Sementara menunggu baju we all kering sikit, we all diberi menikmati teh jasmine panas. Sesuai sangat! We all tak salin baju sebab nak pergi Sri Gethuk Waterfall plak. Nasib baik time tue cuaca panas so we all berjemur sekejap kasi baju kering then off to Sri Gethuk Waterfall!
2. SRI GETHUK WATERFALL
From God Pindul to Seri Gethuk Waterfall nie take 30 mins trip. Quite near to each other. Before reach tempat parkir mobil nya, we all kene lepas satu pintu gerbang. Not so big deal sebab just normal check je. Then, from pintu gerbang tue, 50 metres to parkir mobil nya. Kena jalan kaki masuk dalam untuk ke waterfall tue. Ikutkan naik rakit direct ke waterfall but air sungai deras makanya, kene jalan kaki. Take about 10 mins la. Tak jauh sangat. Nak waterfall punyer pasal kan. Redah jelah. Dari jauh boleh dengar bunyi air terjun. Lagi excited nak sampai. Akhirnya, sampai jugak and nampak depan mata cantiknya ciptaan-Nya. Teringat Tumalog Falls, Cebu bila tengok Sri Gethuk Waterfall nie. So, ape lagi kan, we all pun ber-selfie wefie la. Nasya, Shida and Deena tak boleh blah buat pedicure. Dok bersihkan kaki. Capt and Mieda gigih pergi dekat waterfall.
Finally, reach here!
Smile for the camera
Senyum aje
Mas Nanang interframe
Dari tempat atas
Captain with the waterfall
Mieda suka pose cenggini
Peaze yo!
My turn
Best
We like to wefie
My wefie buddy
We've made it!
Shida and waterfall
Mieda and Deena
Nasya main chak chak
Snap jelah
Muka lepas mandi air terjun
Nasya and waterfall
Nasya and Shida with waterfall
Tunggu baju kering
Mieda, Deena and Nasya suka men air
We all ada kat air terjun nie about 30-40 mins la jugak. Selfie wefie je 30 mins. Lebih tue mandi air terjun. Hihi. After that, Mas Nanang bagi signal untuk naik and berjalan keluar. Tengah-tengah jalan keluar tue, Mas Nanang kate kite pitstop sekejap kat warung untuk minum air kelapa muda. Air kelapa asli juga. Shida, Deena, Nasya and Mieda minum direct dari kelapa while Capt request nak minum pakai cawan campur gula jawa. Malatop wey! In addition, dapat makan tempe goreng. Tempe goreng nie memang sedap. Tebal pun tebal.
Tue dia kelapa nyer
After 20 mins then we all pun decide untuk bergerak ke destinasi seterusnya dia iaitu, Irdayanti Beach.
Ok, ikutkan nak sambung bercerita but Capt got appointment this evening with my client. So, I stop here sekejap. Malam nanti continue lagi untuk Irdayanti Beach, Timang Beach and Bukit Stars...Wassalam xoxo
No comments:
Post a Comment
Jangan shy shy cat tinggalkan komen k =)