FANS-tastic

Thursday, September 10, 2015

It's Hong Kong Time! 9.00 pm - Safely Landed at Hong Kong.


Setelah lama peram story mory pasal Hong Kong, akhirnya malam nie Capt boleh start bercerita...Oops sorie. Bukan bercerita tetapi memberitahu pengalaman diri bersama my travel buddies di salah satu negara Asia. H.O.N.G. K.O.N.G ... bukan King Kong ye! Let the story begin.....

30-JULY-2015 | It's HONG KONG Time!

My second outbound travel for this year. Ke Hong Kong Capt kali nie. Macam tak percaya je nak travel ke sane. Nie sumer koje Nazmi yang suka usha website AirAsia di kala dapat free seats promo. Guest what our returned flight tickets nie just RM 300 only. Memang berbaloi-baloi!!! Our flight time pukul 4.20 pm.


Buku merah jangan lupa bawa


Nak travel kali nie funny. Sebabnya hari nk depart tue jugak la nak hantar my silver froggy tue pergi servis kat Perodua i-City and then shuttle tade so berjalan kaki la dari sane ke rumah Capt di Seksyen 7 tue. Mak ai, dekat 40 mins jalan tanpa henti. Sampai rumah je sempat kemas beg bagai lagi plus kelam kabut install MyTeksi bagai nk call teksi untuk ke KTM Padang Jawa. 

Before that nak citer sehari sebelum depart tue. Malam sebelum nya Capt with Nazmi and Nani pergi Matahari mart di Kampung Dato Harun. Mula2 niat nak beli makanan brand Brahim sebab geng BBM and other travel blogger kate bawak makanan dr Malaysia kalau nak g Hong Kong tue sebab kat HK susah nak dpt makanan halal plus mahal mcm mam....It's true dear! Sangat dinasihatkan bawak makanan dari Malaysia ye. At least dijamin halal tue ye. Janji pukul 8.00 pm nak g Matahari last2 Capt lambat and 8.30 pm baru pick-up Nani kat rumah nyer. Nazmi dah tunggu lama kat mart tue. Oops sorie lambat ye Nazmi. Masuk-masuk je mart tue, mencari la kami Brahims nyer. Tawf dekat 5 kali pun tak jumpa sekali kiteorang pun decide beli makanan dalam tin.

a) Ayam masak kicap
b) Sardin jenis Ayam Brands
c) Kari ayam cap Ayam Brands jugak (tin besar)
d) Sambal ikan bilis
e) Cucur manis & ikan bilis
f) Roti Gardenia Butterscotch & biasa
g) Kek pisang
h) Kek Marble & Original keluaran Fuji Bakery (sangat recommend beli, sodap giler)
i) Minyak masak dalam paket
j) Air manggo 3 botol
k) Sos cili thai
l) Beras Jasmine 5 kg
m) Perencah nasi goreng
n) Rendang ayam
o) Cawan & pinggan plastik
p) Sudu & garpu plastik
i) Telur 10 biji

Haaa...panjang tak panjang la list kiterorang time shopping tue. Dari amek bakul terus tukar amek troli pulak. Nasib bawak Nazmi time membeli supplies nie kalau tak memang tak tahu la nk beli ape. Krik krik je dalam mart tue nanti. Total semua supplies kat atas tue RM 174.80. Termasuk GST bagai. Tu bekalan untuk 5 hari 4 malam di sane.

Ok back to day of departure. Hari nak bertolak tue, Capt naik bas untuk ke KLIA2 from KL Sentral. Nak ke KL Sentral tue Capt naik KTM from Padang Jawa. From my house it cost me RM 11 by taxi. Dengan backpack besar macam mat saleh selalu bawak time travel tue and beg Akademi Fantasia yang besar, berangkat la Capt ke KL Sentral by KTM. Tiga seat Capt sorang je conquer. Muka dah agak cuak sebab lambat dari timing nak jumpa Nazmi kat KL Sentral. Train yang Capt naik pulak asyik la stop tengah jalan. Sabarkan jela. Janji nak jumpa pukul 12.30 pm. Last sekali pukul 1.20 pm baru tiba KL Sental. Nani pun naik komuter jugak tapi dier tiba awal 10 mins dari Capt. Dah bersua muka tue maka berjalan pantas la kami ke station bas untuk ke KLIA2. Cost us RM 11. Ok la. Budget traveller kan. About one hour journey then we reach KLIA2. Masing-masing lapar lagi belum sempat lunch. So craving for Texas Chicken. Our fourth travel buddy merangkap kawan sekolah Nazmi, Shuk dah sampai dari JB. Dier bertapa kat Texas Chicken tunggu kami datang. Siap dah tapau. But before that, Capt check-in luggage dulu. Sebelum tue dok transfer mane yg patut masuk beg Nazmi. Pastu pergi lugagge counter check-in bag. Sekali hamek lebey 1.5 kg. So kiterorg pun bawak keluar satu botol air manggo. Baru la lepas.

Bekalan dunie ke Hong Kong

Nazmi & Nani adjust ape yang patut

Bila beg dh selamat masuk kargo maka berrgegas la kami ke Texas Chicken. Masa tue dah pukul 3.30 pm. Mau tak kelam kabut order and makan bagai. Capt beli set yang dua ketul tapi makan seketul je. Lagi satu masuk beg untuk dinner malam nanti kat hotel. Nazmi, Nani and Shuk pun bawak bekalan masuk dalam backpack masing-masing. Habis makan je sedar-sedar pukul 4.00 pm dah. Time to board our plane. Dah le dapat gate paling hujung. Penawe punyer ATC pergi bagi gate jauh-jauh. Q19 ko boleh hagak cemane Capt jalan lipas kudung nak pergi gate Q19 tue. Nasib la check kastam semua senang je. Sampai-sampai gate hamek sumer duduk melanguk lagi plane belum sampai pun. Choyyy..Mau tak menyumpah. Tunggu dalam 10 mins then plane arrived. 

Wefie dulu


Time depart dr KL nie, Capt, Nani and Nazmi dapat duduk sebaris. Shuk tercampak jauh ke belakang. Padahal Capt check-in kan semua sekali gus. Should be dapat duduk berdekatan la kan. Nak wat cemane. Redha kan jelah. Our Captain for the day is lelaki which the name ako lupe. Tapi dier pandu plane tue smooth la berlepas dari landasan. Bila seat belt signed is off, ape lagi ber-wefie la kami bertiga.

Flawless wefie guna OPPO

Ya, kami excited!
Haaa...Di sebabkan masing-masing tak beli advance in-flight meal maka nya menahan lapar. Bajet boleh tahan 4 jam tak makan disebabkan dah bedal Texas Chicken. Tapi bila tengok stewardess hidang makanan mula la nafsu setan Capt keluar. Tengok passenger lain makan maggi Capt pun order la satu Maggi Kari. RM 5 hokay! Bedal jelah lapar punyer pasal. Nazmi and Nani lagi bagozzz. Makan ayam Texas Chicken tue. Satu cabin bau ayam goreng. Memang tak boleh blah seludup ayam goreng masuk flight. Salute la korang! Takkan la stewardess tue suruh bukak tingkap buang ayam tue kan. Ntah-ntah mereka pun craving ayam goreng jugak. Ahakssss!! xoxo .. Dah bedal ayam goreng tue, Nazmi open Kek Pisang la pulak. Hadoii sorang nie. 

Flight this time Capt tak berapa nak tidur sebab Nazmi kat sebelah kan. Asyik bercakap je koje nyer. Dapat la tido satu jam. After 4 hours flight then we reached Hong Kong International Airport. Capt nie peminat setia drama Triumph in The Skies. Ala drama Hong Kong yang ade Captain Sam Tong & Captain Jayden Koo tue. So, teringat la airport tue. Memang sejibik. Airport Hong Kong nie besar lagi ye dari KLIA2 tue. Nak keluar pun jauh. Beratur nak lepas imigresen pun panjang. Siap ade Arrival Card lagi kene isi. Don't worry, dalam plane lagi stewardess bagi borang tue. Sakit hati nyer kan ingat dapat la cop imigresen HK tapi dier bagi slip je. Eh, passport ako tebal la. Nak kumpul cop tau tak! #sakithati ...Time nak lepas imigresen nie la Capt paling lama and akhir nak lepas. Al-maklum la, gambar passport tak sama dengan travel. Nasib lepas. 

Time dah lepas imigresen nie la saat lucu tiba. Masing-masing krik krik nak naik ape pergi hotel kami tue. Dah le hotel kami tengah bandar, Tsim Tsa Shui. Baca jugak travel blogger kate beli Octopus card tue a.k.a Touch&Go la. Harga dia 150 HKD. Dalam card ade 100 HKD. Deposit 50 HKD. Time Capt travel currency nyer 100 HKD = RM 49.60. Sonang citer 100 HKD = RM 50. Sonang nak buat kiraan. Sempat la time beli Octopus Card tue amek peta MTR (Mass Transit Rail) and HK map. Wajib and advisable amek dua benda nie ye bila tiba sane. Sangat-sangat membantu u'ollzz. Tanya punya tanya, musyawaroh punyer musyawaroh then kami naik Express Rail a.k.a kat Malaysia nie panggil ERL. Hamek kaw 60 HKD kene charge. Tapi Express Rail HK nie memang ohsem. Sejuk pun sejuk. Rasa berbaloi jugak la kene 60 HKD tue. #sedapkanhati..Sempat jugak la ber-wefie.

Letih tapi excited

From my angle la shot

Bila baki Octopus Card masing-masing tinggal 40 HKD maka kami bermusyawaroh lagi cari transport yang jimat kos. So, Nazmi nie memang peramah orang nyer. So, dia tanye one of local woman yg duduk belakang Nani. That lady kate naik MTR lagi murah. Kami kene turun dekat Tsing Yi. Sampai Tsing Yi kene switch train laluan oren untuk ke Kowloon. Tapi masa naik train utk ke Kowloon nie, sempat lagi Nazmi berguru dengan one local guy. Dia pun explain better kami turun kat station Tsim Tsa Shui sebab our hotel di Chungking Mansion which depan that station. So dia advise naik train laluan merah dari Lai King. Maka kami pun ikut la nasihat masterji tue. Sempat lagi masing-masing berselfie masa kat station Lai King tue.

Backpacker 1

Backpacker 2

The Captain

Shukri!

Nasib baik la naik MTR. Jimat sikit. Tukar punyer tukar train maka sampai la kami di Tsim Tsa Shui. Now, it's time to search for Chungking Mansion. Sampai dah le almost 11.00 pm. Letih tue takyah citer memang letih ya ampun. Gagahkan diri cari Chungking Mansion berdasarkan panduan yang hotel beri. Sempat jugakla tanye local guy kat situ. Dia pun siap bukak Google Maps lagi. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak Chungking Mansion. Nak naik pergi hotel tue pun lif nyer satu je. Sebelah kanan. Naik tingka 3 then we reached hotel. Hengat cemane la rupe hotel nyer. Dalam Booking.com, HK Backpackers Hotel cantik je gambar bilik. Sekali hamek kaw. Budget hotel kat Bukit Bintang lg proper ye. Dah le receptionist dier uncle pastu cakap English tak clear. Cakap macam nak ajak gaduh je. Tue satu. Kiteorang book lain dapat bilik lain. Bilik family 4 tapi connecting la. Ade pintu memisahkan kami berempat. Kami book 2 bilik single beds. Dapat bilik tersorok plak tue. Deposit key pulak mahal. 200 HKD. For that kind of room, MAHAL la uncle oii!!!

Uncle tue sempat pulak la cuak kan kami kate ade African tourist bergaduh kat tingkat atas maka Nani pun agak seriau so dia nak kami stick nearby. Accept jelah bilik tersorok tue. So, boys duduk kat dalam bilik and ladies tido bilik luar. Di sebabkan masing-masing dah letih that night, so after fresh up then we sleep. Sambung musyawaroh esoknya..Good night xoxo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...