FANS-tastic

Wednesday, September 2, 2015

Back to Mainland from Redang Island

Assalamualaikum my readers! Malam nie Capt nak tamatkan entry mengenai travel Capt di Pulau Redang. Day 3 it is. Not much activities since last day and we all need to berkemas back to mainland. Wake up at 8.00 am itu pun after my mum jadi alarm semulajadi kejutkan Capt. Al-maklum lah, malam semalam tue hujan lebat. Memang terlajakkk la nak bangun esoknya tue. Ish ish ish...Teruk betul perangai anak dara sorang nie. #noted

Bangun-bangun je basuh muka, gosok gigi and rush to dewan makan for breakfast. Dah bangun lambat tue, kalau tunggu Capt bersiram lagi mau tak breakfast la jawab nyer. So, we had our breakfast first that morning. Breakfast pagi tue pun awesome so memang 2 kali tambah la jawab nyer. Habis je breakfast then back to chalet to berkemas-kemas. Part kemas-mengemas nie la Capt jadi masterji. My sister punyer beg lagi besar dari Capt. Ape jela yang dier bawak pergi. Tapi disebabkan Capt nie ala-ala jaguh so Capt la kene bawak beg besar dia tue. My sis and mother pulak kene tarik beg roda. Dah pesan no beg roda sebab nk jalan kat pasir kan. Hamek bertarik bagai. Nak dijadikan cerita time nak tunggu pick up ferry tue punyer la bercinta. Dengan tengah panas nyer. Ala-ala tanned sangat. Dalam setengah jam jugak la tunggu that ferry to come. Nampak je bayang-bayang feri, masing-masing berebut amek beg bagai. Sekali hamek resort lain punyer feri. Frust tertonggeng jugak la. Tunggu punyer tunggu akhirnya sampai jugak la ferry yang di tunggu. Macam semut sumer berebut naik carrier untuk naik ferry. 

Kali nie dapat duduk seat atas. This time Capt dapat duduk tepi tingkap. Tapi tade gunanya, belum lagi ferry bergerak, Capt dah start ade kat Wonderland. Sedar-sedar je ferry pasang citer Godzilla and dah nak reach mainland. Akhirnya sampai jugak ke Tanah Besar. Dah sampai tue, letak je luggage kat kereta, my mum ajak pergi Pasar Payang kat sebelah jeti tue. Cari keropok katenyer. Sekali hamek keropok dua bungkus. Capt tak beli keropok tapi cari tshirt. Al-maklumlah kat pulau tue tak jumpa yang berkonan dihati. Kat pasar jugak jumpa tshirt nyer. After dah shopping sesuka hati tue then, perut pun lapar. Ape lagi, food hunting. Sekali hubby kak Julia bawak pergi kedai makan kat Pantai Besi Burok. Nak rasa coconut shake orang Terengganu, sekali try sumpah tanak lagi. Tak tahu la kalau coconut shake Terengganu memang macam tue or kiteorg salah pilih kedai. Redha jelah. Lunch Capt untuk hari tue memang tak best. Capt order nasi goreng biasa. Dapat nasi goreng yang teramatlah tawar. Rasa macam makan nasi putih je time tue. Sedih tak terkata. Memang makan tak habs and Capt pun still rasa lapar lagi. Nasib la tak tangkap gambar stall tue. Kalau tak viral kedai kaw dalam blog ako. #sakithati 

Time tengah-tengah makan tue kak Aiza cakap nak beli satar tapi dier nak try Satar Aziz yang pemes tue. Capt pun pernah dengar pasal Satar Aziz tapi tempat dier jauh sikit dari Pantai Batu Burok tue. Kak Julia and family tak dapat join sebab nak rush balik Melaka amek anak dier sorang lagi. So just my family and Kak Aiza. Kak Aiza lead the way since Capt tak tau jalannya. About 2 hours then kami sampai la ke tempat nyer. Sekali hamek dah habes satar nyer. OMG!!!! Patah seribu hati kak Aiza. So kenela cari satar yang berdekatan je. Dah dapat satar tue then we off to KL. Ikutla jalan dari arah Cherating cari highway. Throwback betul my ex-department trip Comfori dua tahun lepas. Dah jumpa highway tue pun ikut jela jalan nak pergi KL. About 4 hours drive then we al sampai la ke rumah masing-masing. Memang exhausted teramat since esok nyer keje. Adoiii...Tak sempat kemas beg. Sempat iron baju je. 

Thats all folks for my story mory at Redang Island. Probably this entry not so interesting since no picture but that the end....see you all for Hong Kong entry...It's going to be fun since ade video nyer kay! See ya!!!!! xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...