Monday, May 18, 2015

Medan Day Two (100515) - Perapat, Lake Toba, Samosir Island, Sipiso Piso Waterfall, Hotspring

Assalamualaikum and Hi my readers. Capt nak keep on update trip Medan nie hari nie jugak sebab kalau lama sangat nanti basi la pulak nak story mori. Ok, let us continue the journey.

MEDAN DAY TWO (10-MAY-2015)

Bangun awal pagi #awallasangat dan bersiap-siap untuk meneruskan pengembaraan kami berlima di Perapat. Hari nie mengikut tentatif yang disediakan oleh Nazmi, kami akan ke Pulau Samosir, Lake Toba and Sipiso Piso Waterfall. Sebelum memulakan pengembaraan, ape-ape pun breakfast la dulu. Kasi isi perut baru bertenaga. Sarapan pagi di Atsari Hotel memang buat Capt makan dua pinggan. The boys bese la tiga pinggan. Semua makan di cuba nya. Sedap kate nyer. Tak sama macam di Malaysia. Bila lagi kan nak merasa makan tempat orang. Sebelum sarapan, Capt sempat la selfie wefie di sekitar hotel. Bila time siang, baru la nampak view sebenar hotel. Cantik ciptaan-Nya. Indah sangat. Hotel kami depan Lake Toba. Meh Capt belanja gambar sikit.

Cantik sangat!

Long view shot
Mamarazi terhambek gambar Capt tengah cuti

Cak!

Pool hotel nie

Pool area

Dah habis sarapan, then kami pun bersedia untuk check-out dan teruskan perjalanan ke Feri Lake Toba. Sempat lagi wefie sebelum bertolak tue. Meh belanja gambar lagi.

Lake Toba

Formal betol

Peaze!

Tada!!!!

Tue dia Atsari Hotel

Negaraku!!!

Smilez!!!

Dari hotel kami ke pelabuhan feri Lake Toba dalam 10 minit je. Dekat sangat dah. Kami kene kejar feri yang time dia 8.30 pm. Sampai-sampai je beratur panjang sudah kereta, bas and not to mentioned lori nak ke Pulau Samosir. Katanya Mas Ari, kalau tak cukup 20 kereta, feri takkan gerak. So, nak tak nak tunggulah cukup 20 kereta. Sementara tunggu tu, apa lagi kan, Capt pun sempat wefie, selfie and buat video log. 

Selamat Datang

Sementara tunggu feri

Feri Tao Toba

Ramai jugak tunggu

Kedai-kedai berdekatan feri

This is the feri surrounding


Tunggu puya tunggu sampai battery handphone pun 10% habes tapi belum sampai lagi turn kami nak naik feri. Lori and bas pun dah macam space 4 kereta dia amek. So, tunggu la lagi kami. Sementara tunggu, Capt dapat la selfie and jadi photographer terjun kat pelabuhan tue. Sempat la snap beberapa weird momen kat pelabuhan tue. Meh belanja sikit. Kalau readers dapat la nampak ape yang Capt maksudkan dengan weird snap, you all memang ohsem...

Sempat lagi cari kutu babun 

Hebat tak penjual roti nie? Kalah penjual roti motor di Malaysia

Kuih-muih di pelabuhan

Kami continue lagi ber-wefie sebab kereta belum dapat masuk feri lagi....

Horas Malaysian

Peaze

Wehuuuu

Jenuh wefie last-last dapat tahu dr Mas Ari yang feri dah penuh so kereta kami tak lepas. Nak tunggu feri tue datang balik 1 jam 30 minit lagi. Mak aii....Jam dah pukul 10.00 pagi. Memang idok le kami nak tunggu. So, Mas Ari pun suggest kami semua naik public feri. Bezanya tak boleh bawa kereta je. Dapat bawak badan je nak pergi Samosir Island tue. Redah jelah naik public feri. Nak tunggu feri tue datang balik memang jenuh la. Feri colour merah tue pameran je k. Ingat feri tue yang kedua nk bertolak tapi hampeh je. Harapan tinggal harapan menjadi layu....So, all of us board the public feri. Memang rezeki kami, naik je after 5 minit, feri pun bertolak. Masa kat atas feri nie kami jumpa dengan satu family dr Johor. Dierorg naik flight dr Johor terus. Dalam 40 minit jugak la perjalanan mereka. Sementara tunggu nak sampai Pulau Samosir, ape lagi kan. Wefie and v-log time.... 


Ala-ala Titanic
Posing ajelah
Tengok tue
Lake Toba behind me

In the feri

Smilezz

Muiz interframe

Menikmati keindahan

Us Five (5)






Kak Jijot di depan

Menikmati keindahan lagi

After 40 minutes, then kami pun tiba lah di Pulau Samosir. Ooh, sebelum tiba tue berhenti di sebelah pulau untuk turunkan orang local kat situ then baru lah feri ke destinasi nya. Sampai pintu gate je ramai manusia kat situ. Pak polisi nya pun ada. Jaga keamanan katenyer. #yelahtue ....Semapt lagi kami ber-sefie tengah-tengah orang ramai tue. Belanja gambar lagi...

Selamat Datang di Tomok

Peta Lake Toba

Wefie la dulu

Best!

Dekat Tomok nie ade pasar kecil and Muzium Batak. Tempat nak perabih duit pun boleh jugak. Tapi kat sini Capt tak berbelanja sangat. Sebab katenyer Nazmi, kat Medan boleh dapat murah sikit. Capt pun in limted budget so memang fikir 5 kali nak beli sesuatu barang tue. Plus this time, Capt tak bawak currency paper, hamek keliru sane sini Capt nak fikir dalam Ringgit Malaysia tue berapa. Ikutkan tempat pertama nak amek gambar kat rumah-rumah tradisional kat situ tapi time kami datang, ade show la pulak so local kat situ tak bagi masuk. Nak masuk kene bayar 5000 rupiah. Kak Jijot cakap sekejap je show tue so kami pun pergi la melawat muzium dulu. Nak masuk muzium tue kami lalu kawasan bersejarah. Kawasan nie ade perkuburan raja mereka. Mengikut katanya pak tour guide, raja dulu tidak di tanam di bawah tanah tapi diletak dalam keranda batu. Ada legend nyer yang tersendiri. Nak masuk pun kene pki selendang yang dikhaskan. Wajib pakai. Seronok dengar sejarah tempat orang nie. Amaze pun ade. Meh belanja gambar sikit.

Tade nama

Peraturan memasuki makam raja

Kusyuk dengar penerangan

Fokus betul

Fokus dengar

Pengakhiran

Selepas itu, Capt and the geng pergi melawat Muzium Batak. Muzium nie macam gabungan tradisional Kedah dan Minangkabau. Design dier unik. Muzium ni ade budak yang jaga entrance nya. Nak masuk katenyer kene bayar 3000 rupiah seorang. Kiteorang pun macam #what ...Last2 kak Jijot bagi 10,000 rupiah untuk 5 orang terus. Bagi juga masuk. Masuk dalam lagi unik. Macam-macam ada. Patung-patung toksah citer la, memang banyak. Menakutkan sikit pun ada. Meh, Capt belanja gambar-gambar kami beraksi dalam muzium tue.

Welcome to Batak Museum

Benda-benda unik dalam muzium

Selfie

Terkojut!

Wuuuuu

Depan muzium

Pinjam baju tradisional orang Batak

Smilezzz

Actually nak bergambar pakai baju tradisional tue kene bayar 10,000 rupiah tapi Nazmi insist dengan budak yang jaga muzium tue bagi RM 1 je. Insist punyer insist sekali dapat jugak. Pantas masing-masing amek props nak bergambar. Sakan bergambar dengan props orang Batak. Hihi...Sesudah bergambar sakan tue, then kami pun keluar muzium untuk window shopping sikit untuk orang-orang tersayang. #sayangke . Sepat jugak la provoke satu monkey yang kene ikat kat pokok luar muzium. Nasib kene ikat, kalau tak kene kejar la Capt. Meh Capt belanja sikit gambar kedai-kedai and suasana market orang Batak.

Market 1.1

Market 1.2

Market 1.3

Kedai kakak nie dapat extra 

Thank you kakak!

Kat market nie kalau nak shopping, guna la ilmu negotiation tue kaw-kaw. Jangan kene tipu. Kalau tipu sikit-sikit tape la lagi. Selagi boleh nego, nego dapat murah. Macam Capt nie memang sonang la kene tipu sebab Capt tak pandai nak nego. Plus malas nak survey bagai. Kat market nie Capt beli keychain and frdge magnet je. Yang lain siap beli kain pelikat bagai. Untuk keychain nie pun dekat 5 kedai kami survey tapi dalam 5 kedai nie, satu la yang bagi free keychain. Satu paket ada 10 keychain rege dia 25,000 rupiah. So, kakak nie kate beli 2 paket dapat free 2 keychain. So Capt pun beli la satu paket keychain and satu paket fridge magnet. Mak Capt memang suke kumpul fridge magnet. Penuh peti sejuk rumah dengan koleksi dia. je. Tapi, kat sini kami rushing sebab tak nak tertinggal feri nak balik ke mainland. Dalam 12.30 pm, kami bergerak kembali ke terminal feri. Nasib tak kene tinggal sebab feri tue memang tunggu kami je. Sempat selfie la jugak sebelum bertolak balik ke mainland. 

Peaze yaw!

Feri sebelah kami

Nak bertolak dah



Tengah-tengah tunggu feri balik ke mainland, Capt sempat la fe-feeling sorang-sorang depan feri. Selfie kemain sorang-sorang. Siap sempat buat v-log. Yang lain duduk kat tingkat atas feri. So, Capt melayan perasaan la depan feri. Jom tengok v-log yang sempat Capt buat.




Menikmati keindahan sorang-sorang

Hengat cute la tue

Tengah-tengah mengelamun menikmati keindahan, sekali kak Jijot panggil daaaa...katenyer yang lain cari Capt sebab nak bergambar 5 orang atas feri sebab tingkat atas ade balkoni. Dierorang lepak situ. Capt sorang je layan perasaan depan feri. Dah dekat nak sampai mainland tue yang masing-masing sibuk nak selfie wefie bagai.

Us with Mas Ari
Capt dan kayu gold nyer

Smilez
Selfie Mefiee

Dah berselfie wefie bagai maka kami berlima pun tiba di mainland dengan selamat. Masing-masing dah lapar, so next agenda is lunch di Rumah Makan Nikmat which is 5 minutes dari jeti feri. Bak kate kak Jijot, makanan kat Rumah Makan Nikmat nie memang nikmat sangat. Especially sambal nikmat dia. Meletop!!!! Capt asal ade ayam, boleh je telan. Jangan tade ayam langsung.

Our lunch was at here

Lunch treat!

Rumah Makan Nikmat

Bila masing-masing dah konyang, time to continue our journey to Sipiso Piso Waterfall. Laluan dia berliku la jugak nak ke waterfall tue. Macam ular kene palu. Pening Capt dikerjakan nya. Mas Ari bilang dari Perapat ke Sipiso Piso Waterfall tue ade la dalam 1 jam 30 minit. Hamek kaw! Kematu punggung Capt. Disebabkan laluan berliku tue, Capt fening fening lalat dalam kereta. Dalam perjalanan ke Sipiso Piso Waterfall tue sempat la jugak stop by and bergambar dengan satu view yang ya ampun...Cantik kaw!!! Meh Capt belanja gambar. You all sendiri nilai santek ke tak...

Tadaaaa
Kami memang suke bergambar
Macam satu family la pulak
Santai sangat

Capt kalau bergambar memang elok je. Terus sihat. Gitew!!! After 1 hour then sampai kami di Sipiso Piso Waterfall. Kak Jijot tak follow ke bawah sebab semput katenyer...Al-maklumlah cop Medan dah 4 so dah 3 kali turun waterfall tue. Kali nie kami berempat je turun bawah. Nak view waterfall tue sangat maka  hiking la kami ke bawah tue. Ok, kak Jijot cakap memang betul. Semput ya rabbi kaw. Dah le fening lalat tak ilang lagi, Capt gagahkan diri jugak la ke bawah dengan Nazmi, Nik and Muiz. Sekali sampai first checkpoint, ape lagi, selfie time!

Tada....

Peaze y'all

Tadaaaaa

Try to touch the water
I got it!!!!

Bila dah turun, nak daki naik balik tue ya Rabbi...suku nyawa hilang...punyer la semput. Nik sampai sakit pinggang bagai. Lama yer tak mendaki. Last mendaki Sg Chilling tue. Nazmi ade niat nak turun bawah lagi. Capt cakap dengan dia, ko turun sorang la. Aku tak larat...Haha...janji dapat shot baekkk punyer dah ok. Daki dengan semangat sebab nak teruskan perjalanan ke Pasar Buah sebelum ke Hotspring. Rendam-rendam kaki kate nyer. Dari Sipiso Piso ke Pasar Buah pun mau 1 jam perjalanan. It's all about hour k. Not minutes here. Our journey pakai hour je. #koghase ...Kat Pasar Buah nie macam-macam ade. Combination buah, sayur-sayuran and also binatang pun ade jual kat pasar buah nie. Kak Jijot habaq mai kat pasar buah nie ada jagung bakar. Wajib try. Sebelum kami serang kedai jagung bakar tue, Capt and the geng usha pasar buah tue ape hado nyer. Let the picture tells y'all k..

Baju pun ade

Bunga pun ade

Nie la buah-buahan nyer

Pokok buluh junior pun hado

Hamster

Puppies

Arnab

Kuda pun ada

Nie la jagung bakarnya

Kat pasar buah nie Capt tak beli ape sangat sebab memang tade nak dibeli apa-apa kat sini. Dapat rasa buah free lagi ade. #amekkesempatan ....Nazmi je beli something dari pasar buah nie. Dia terpukau dengan pokok buluh kecik-kecik yang ada kat pasar tue. Nak letak kat office katenyer. After that, it's jagung bakar time. Memang sodap k. 5000 rupiah je pun. Unik nyer jagun bakar nie dimakan sekali dengan sos cili. Something new and a bit weird tapi Capt bedal je jagung tue. Then, it's hotspring time. Dair pasar buah ke hotspring tue ade jugak la 30 minit. Jalan kecik. Ngam-ngam dua hala. Gelap pun gelap. Sakit punggung jugak sebab driver men langgar segala lubang yang ade. Kereta-kereta sane memang lasak k. Innova tue dah macam 4 wheels pun ada. Kat hotspring nie Capt tak rendam sebab tak bawak extra sandal. So tengok kan jelah mereka berendam dalam kolam2 berasap tue. Kak Jijot siap beli sulfur lagi untuk cuci mata. Hati-hati k dengan sulfur nie. Masuk mata sampai esok pagi sepet. Nik dah kene masa nak cuci muka. 


Hengat dapat yang belakang tue

Sodap ke berendam??

Effect after pakai sulfur

V-Log Hotspring

Haaa....after one hour then all of us went to Rumah Makan Family which is 30 minutes from the hotspring. Time nie fening lalat Capt datang balik so Capt tak sempat nak berselfie bagai kat Rumah Makan Family tue. Makan pun tak lalu. Tau nak masuk bilik tido je nie. Kak Jijot perasan la something wrong dengan Capt malam tue so dia cadangkan beli air isotonik kat AlfaMart. Nasib baik Alfa Mart tue sebelah Rumah Makan Family. Terus Capt grab air isotonik perisa oren. Sane tade 100 plus. Sodap jugak air isotonik tue. Yang lain siap beli aiskrim. Magnum kaw. Murah berbanding kat Malaysia. Masing-masing bedal aiskrim tapi Capt tak boleh sebab still pantang dek kerana demam. Bila dah habes makan aiskrim tue maka check-in la kami di Mikie Holiday Resort. Malam dia memang santek ya ampun. Tapi masing-masing dah letih so berselfie 3 shot jugak la. Nak view malam katenyer. Masuk bilik je terpesona tengok bilik tue sebab mewah. Kat Malaysia bilik macam tue standard RM 400++ satu malam. Let the picture tells you...

Peaze

Smile!!

Our room

Beyond my expectation

Haaaa....itulah sedikit sebanyak catatan pengembaraan Capt and the geng untuk hari kedua. Perapat - Lake Toba - Samosir Island - Sipiso Piso - Pasar Buah - Hotspring - Mikie Holiday Resort...Hari terakhir di Medan bersambung esok. Hari ketiga punyer entry lagi panjang, menarik tertarik memang da bomb..Capt masuk hutan untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya. Stay tuned. Wassalam =)

Sunday, May 17, 2015

First Outbound Trip: HORAS!! Welcome to Medan 090515

Hi my readers...lama blog CaptainNaz dot com nie tade post pasal citer-citer baru...Al-Maklumlah, buzy kerja memanjang plus Capt pun baru je balik dari Medan last week. Sebelum nie last travel ke Langkawi tapi pasal Langkawi tu Capt tanak story mori sangat sebab macam bese je trip ke sane. Tapi yang Medan nie Capt nk kecohkan jugak sebab Capt nak share pengalaman Capt disana selama 3 hari 2 malam. Let the story beginsssss...

MEDAN DAY ONE

Flight: Air Asia QZ 125
Date: 9-May-2015, Saturday
Time: 6.20 pm
Gate: Q7
Seat: 15F
Add-on: Nasi Pelembang Indonesia

Hamboi starting dia inform segala flight info. Siap dengan no seat and add-on meal bagai. #sajenakkecoh
Actually flight Capt sepatutnya 3.10 pm tapi Air Asia send SMS 3 days before depart yang flight Capt and geng delay until 6.20 pm. Sabarkan jelah. Trip kali nie Capt pergi dengan Nazmi, Nik, Muiz and Kak Jijot. Sumer nie memang Capt baru kenal masa trip nie. Kawan-kawan Nazmi sumer tue. Capt tak ramai kawan yang nk pergi travel so redah jelah dengan mereka nie. Sempoi je masing2. Boleh masuk. #kawanbaru ...Untuk trip kali nie Capt bawak RM 200 je tukar Indonesia Rupiah. Tak boleh bawa banyak sangat sebab Capt memang dah budget untuk next 3 incoming trips.

Buku Merah and Boarding Pass jangan lupa
Sementara menunggu geng sampai

Ok, kali nie Capt tak sempat nak lunch masa kat office, tue yang beli add-on meals. Pagi pun Capt makan 2 biji kuih je sebab Capt tak berapa sihat sepenuhnya dari demam. Nak telan ape pun tak rasa ape. Capt sampai awal di KLIA2. Nazmi datang sekali dengan geng2 dia tue. Sempat jugak la Capt selfie and makan roti sementara tunggu dierorang sampai KLIA2. Tepat pukul 5.30 pm kami melangkah masuk ke departure hall untuk ke pintu Q7. KLIA2 tue nak masuk ke pintu nak boarding punyer la jauh. Penat la jalan. Tak tahu ape logiknya dierorg buat airport macam tue. #sakithatikenejalanjauh ...Disebabkan jauh so sampai je pintu Q7, orang sumer dah board pun. Kami berempat je belum naik. Saje nak tunggu nama kene announce la tue. #nakfamoussekejapnamawanted

Say cheese!!!

Board lambat so Capt kene la duduk seat hujung. Bukan dekat tingkap. Tak dapat nak selfie buat teaser bagai. Ceewaaahhh....sebelah Capt ade couple Cina. Nazmi, Nik and Muiz duduk satu row sebelah Capt. Dapat jugak la berbual sedikit. Depan seat Capt pulak ade satu group Chinese family. Berbual punyer la kuat. Redha jelah. Capt dah pasang MP3 kuat kat telinga pun still dengar dierorg berbual. #Captredha #sabarkanjelah ...Perjalanan  yang sepatutnya mengambil masa satu jam menjadi awal 15 minit. Tengah-tengah menikmat Nasi Palembang Indonesia, Captain of the flight (lupa ape namanyer) announce yang akan mendarat tidak lamat lagi. Mau laju Capt makan. Pelik jugaklah Nasi Palembang tue tapi sebab dah lapar, bedal jelah. Tepat 7.05 pm (waktu Indonesia 6.15 pm), maka kami semua yang dalam flight QZ125 selamat mendarat di Kualanamu International Airport. 

Safely landed
Kat airport, Kak Jijot dah tunggu kami bersama dengan Mas Ariffin a.k.a Mas Ari (our supir for the 3 days). Kak Jijot sampai awal dari kami berempat sebab dia beli flight awal. So kene la menangok kat airport dari pukul 3 pm sampai kami sampai. Nasib Mas Ari ada teman sekali. Tapi kak Jijot nie legend. Dalam "buku merah" dia tue dah 4 kali cop imigresen Medan. Capt baru sekali dia dah 4 kali. #hebatkakjijot ... Our transport for the 3 days is Toyota Innova. Ngam-ngam muat untuk kami berlima. Macam bese lah yang kecik duduk belakang skali. So, Capt and Muiz duduk seat belakang, Nazmi and Nik in the middle and kak Jijot di sebelah Mas Ari a.k.a memjadi tour guide kami. Our first destination is makan malam dulu di Restoran Simpang Tiga. Makan masakan Medan kaw. Mamfoo??? Ooh, sebelum tu nak ceciter sikit pakej kami nie. Seorang bayar RM 320 untuk penginapan di 2 hotel, makan and transport. Berbaloi-baloi! Nak tahu kenapa, kene keep on baca entry Capt. Meh belanja sikit gambar tempat kami makan.


Restoran Simpang Tiga

Outside Environment

Signboard nyer

Our meal for the night

Makan yang dihidangkan cukup membuatkan kami lapar yang amat even Capt sempat bedal Nasi Pelembang masa dalam flight. Penuh satu meja dengan makanan. Baca doa, Bismillah dan serang!!! Di sebabkan Capt nie karnivor sejati, so Capt makan ayam and nasi putih je with mineral water. Tengah pantang ais katenya seminggu. Dah kenyang, ape lagi, kami teruskan perjalanan ke Perapat. FYI, dr Medan ke Perapat is 4 hours k. Kematu tak kematu la jugak punggung duduk dalam MPV 4 jam straight. Dengan keadaan traffik kat Medan tu macam litar F1. Driver2 sane pun serupa driver F1. Bunyi hon toksah cerita la memang tak pernah tak bunyi. Kalau kat Malaysia bunyi hon banyak kali memang bakar line ar jawabnya. Tapi kat Medan, lain cerita nya. Bunyi hon tue macam nak driver lain aware/awas. Tengah-tengah on the way tue, kami melalui pekan-pekan kecil. Dekat pekan nie ada kedai-kedai makan, minimart and tak lupa juga stesen minyak. Kat sana kedai makan mereka panggil Ruman Makan. Paling menarik, kawasan perkuburan jadi Rumah Masa Depan. Ok, noted! Makanan pulak, kalau apam balik kat Medan dipanggil Murtabak. Tapi tak sempat la nak merasa sebab kami kejar masa kan. Dah le flight delay. 

Tepat pukul 11.15 pm, kami pun tiba lah di Atsari Hotel, Perapat. Sampai pun dah malam so tak nampak sangat view hotel nie. Masing-masing pun dah keletihan so, Mas Ari check-in kan then masuk lah kami ke bilik masing-masing. Sebelah-sebelah je pun. Capt amaze bila masuk bilik kami sebab ingat dapat hotel budget. Sekali hamek kaw, macam 3 star punyer bilik. Meh Capt belanja gambar sikit.


Atsari Hotel

Wefie dulu

Beyond my expectation

Toilet luas

Private & close shower space

Legaaaa

Memang nyenyak la tido malam tue. Tengah-tengah nak tunggu mata lelap, Capt pun tengok la TV. Channel not bad. Astro kaw. HBO and Cartoon Network pun ada. Hotel yang bagi Capt mewah la sebab Capt nie kalau travel hotel budget pun bedal je. Janji boleh tido. That's why tak expect dapat hotel dengan budget macam tue kat Perapat. Kalau kat Malaysia, bilik macam nie pun cost RM 300++ one night. Keesokkan nya kena bangun awal sebab perjalanan hari kedua pack so pukul 12.00 pm a.k.a 11.00 pm Indonesia, the lights are off and time to sleep and sweet dream. Wassalam!

Saturday, February 21, 2015

Langkawi 1.1 Citer Malam Hari



21-January-2015, 6.51 pm. Straight to the point jela. Capt nak story pasal hari pertama capt di Langkawi. Kira part one point one la ea. Mukadimah dah cukup panjang so capt lompat terus tade stop sane sini or konar sane sini. Masuk je balai ketibaan airport Langkawi tue capt and Zai cari kereta sewa from travel agency yang ade dalam airport tue. Mula-mula nak cari sendiri je tapi sebab capt sibuk sangat dengan kerja tue yang tak menyempat nak call setup kan kereta sewa sendiri. So, redha jelah kereta apa yang dapat. Travel agent pertama offer Viva RM 70 sehari. Capt survey dapat RM 50 je sehari so memang tak la kan Capt nak amek. Tukar konsonan, cari lagi kereta sewa. Percubaan kedua dapat Myvi RM 70. So ape lagi sambar jela sebab dah nak Maghrib pun. Capt and Zai pun letih dah. Capt letih dari satu hari sebab kerja kan. Dapat la Myvi putih. Nombor plat dah lupa #harapmaklum... Capt memang nak Zai drive sebab Capt letih tapi sebab Zai kabar dia traumatic bawak Myvi so disebabkan kereta Capt kat Shah Alam tue Myvi so dengan letih-letih tue Capt drive. Brother agent tue pun bagi kereta minyak menyala-menyala. Dapt 12.6 km je lagi. Omgggg bro! Ko kejam k. Kalau tak sampai petrol station memang kene hempok la lu k!! #sabarjelah #sabotajkeape 

Lokasi pertama Capt buat ialah cari petrol station. Minyak dah menyala-menyala. Nasib baik jumpa satu petrol station yang dekat dengan airport. Petronas jugak jumpa. Pon boleh lah. Janji minyak kereta dan bukan minyak tanah. Zai nak isi RM 50 tapi Capt habaq mai #terustukardialekutara RM 40 je cukup. Dapat la 4 bar. Ok la tue dari kene menolak. First thing Capt drive cari hotel yang Zai dah booking using HotelGo.com. Hotel yang Zai booking tue kat Pekan Kuah nama nya Sundeland Motel. Disebabkan masing-masing punyer handphone battery nyawa-nyawa ikan siakap, so bajet men redah je cari hotel tue kat Pekan Kuah. Dari airport ke Pekan Kuah eloknya 30 minit tapi jadi sejam sebab kiteorg men redah ikut map yang Zai bawak.  Sesat jugak la. Jauh sampai Capt dok tengok minyak tue. Sekali tak leh jadi ni. Dari membazir minyak, Capt redha jela kalau bateri handphone mati teruih, bukak la maps and GPS bagai. Finally, kami jumpa hotel tue. Betul-betul tengah pekan Kuah. Kiri kanan depan belakang mall cokelat aje. Gugat iman Capt nampak cokelat banyak-banyak tue. Sabar jela tengok dari luar. Depan hotel kami, ade pasar malam. Tapi sebab kami tahap kebuluran yang amat dan amat lah memerlukan nasi so after check-in je, masing-masing siap freshin' up maka bergegas la kami ke Jetty Point. Situ memang banyak kedai makan. 

Before that nak ceciter sikit pasal hotel kami tue. Bilik yang ade 2 katil single. Ruang tue ngam kami nak lalu lalang. Space nak solat pun Zai memang tak lepas la sebab dia tinggi. So, ape lagi Capt pun rapatkan katil kami. Barulah nampak space tue. TV channel pulak adoii bercinta semacam je nak cari. Dapat la dua channel tue pun nyawa-nyawa ikan kembong je. TV3 and astro Prima. Wifi dia pulak ya ampun. Sakit hati la nak story. #pahampahamsendiri

Ok back to story first night kat Langkawi. Well, bila freshin' up pun perut still lapar. Energy kurang. Maka dengan segera la kami berangkat ke Jetty Point mencari restoran. Dok tanya Zai nak makan apa, dia habaq apa-apa pun boleh. Yola, makan orang pun boleh la kan, huh! Cuba la bagi Capt keputusan sikit. Round punyer round makan la kami nasi. Capt order nasi goreng baby + telur mata and Zai order nasi goreng padprik la kowt. Sambil tunggu makanan sambil tue la kami bergosip citer itu ini. Sampai je makanan masing-masing sonyap. Lapar la katakan. Restoran yang kami makan tue sebelah dengan tasik. Angin pun sayup-sayup je. Memang sodap la makan dapat angin tue. Lepas makan then kami pergi Dataran Lang sambil menikmati ayaq nyuk kocak a.k.a kelapa goncang a.k.a coconut shake but honestly coconut shake Batu Berendam Melaka still the best. Lain je rasanya. Jumpa cik Lang besar kat situ. Sebenarnya pegi situ sebab nk posing mcm my officemate, Mek Kitty. Dia posing mcm real dia pegang paruh cik Lang. So Capt pun nak la posing macam tue. Malam tue ramai orang kat Dataran Lang so Capt pun shy shy cat la nak posing. So, malam tue lepak jelah. Esok and lusa malam still ade lagi. Jumpe lagi la ye Cik Lang. Angin kat Dataran Lang malam tue pun sejuk-sejuk suam je. Zai pulak ngantuk cepat malam tue. Letih kowt so beransurlah kami kembali ke hotel. Gambar? Masing-masing letih so nak berselfie weefie pun tade mood. Next post ade la...Banyak gambar nanti Capt belanje time next entry. Langkawi two point zero.

Wassalam =)

Langkawi Part Mukadimah a.k.a Sekapur Sireh



21-February-2015 bersamaan dengan hari Sabtu pukul 5.45 pm...

Hari nie keje half day tapi balik on time, pukul 1.30 pm. Normally, capt balik lewat dalam pukul 3.00 pm or 4.00 pm. Tapi disebabkan semua staf yang masuk office hari nie pun balik on-time so capt pun ikutla sama #actuallyteringatceritaBangunan #takberanidahtinggalsorangdalamoffice

So balik rumah la straight after keje. Normally akan lepak after that but today no mood plus dompet pun kering so kene la berjimat tahan sampai hujung bulan nie nak dapat gaji + komisen. Balik rumah awal tak ngantuk so capt decide nak story pasal holiday capt awal bulan nie iaitu ke Langkawi. Well, mungkin story pasal Langkawi nie a bit bored sebab bagi capt holiday kali nie macam pegi lawatan sambil belajar je. Melawat sane sini dan selfie melfie je. No water activities or island hopping. #whatawaste 

Story start with capt pergi Langkawi nie dengan my collegue semasa kerja di Comfori. Ikutkan plan asal (yang di setup pada Oktober 2014), capt pergi bertiga with Zai and Farrah but last minute (early January), Farrah tarik diri sebab fiancee dia tak izin dia pegi. Yela, kes QZ8501 tue masih fresh lagi time terjadi so tunang dia trauma and at last tak bagi Farrah pergi. So what to do. Sumer benda kami dah booking + bayar (hotel & tiket) so nak tak nak pergi berdua je dengan Zai. Kalau tahu dari awal benda nie nak jadi, tak perlulah capt susah payah kejar tiket murah bagai ke Langkawi. Capt and Zai pun dah pernah pergi Langkawi that's why la percutian kami nie macam Ye Tak Umph Ahhh...Baik pilih tempat lain je. #SakitHatiTakHabesLagi

Ok la, start with our flight hari Sabtu bersamaan dengan 31-January-2015 pukul 6.00 pm menaiki pesawat AirAsia AK6322. Memandangkan flight nie hari Sabtu and capt still kerja lagi half day. Mula-mula plan nak bawak beg terus pergi KLIA2 after habes kerja but capt tukar plan balik rumah dulu before pergi airport. Nak suruh kakak hantar. #kesmalasnaikbaspergiairport #adecaptkesah

Kelam-kalibut la capt siapkan kerja hari Sabtu tue sebab Isnin cuti. Direct capt cuti 4 hari. No business calling when capt is in the holiday k. Kene hempook nanti kalau kacau. Disebabkan malam sebelum nya tue capt dah siap2 kemas beg, tue yang selamba blue hippo je capt balik pukul 3.00 pm. #kijegilos ...Sampai rumah grab ape yang patut then ask my sister to send me to the airport. Gerak dari rumah pukul 4.00 pm so sampai KLIA2 pun ngam-ngam pukul 5.00 pm (boarding time). Sampai-sampai airport, terus call Zai. Dia dah lama sampai, sorry la ko kene tunggu capt sampai airport. Dah dapat call dia, tunggu jela capt kat depan pintu pelepasan domestik. Biasa masuk antarabangsa, tue yang pelik sikit bila go through domestik #nakkatadahlamatakflydalamnegara #gedixtahapmax

Dah lepas je security yang banyak ya ampun tue kami pun duduk la luar kawasan pintu #apentahlupa sebelum menunggu untuk naik flight tue. Sempat la berbual pasal itu ini blablabla #malasnakciterpanjang #topikbosan ...So, tepat pukul pukul 6.00 pm (tepatla sangat!), kami pun menaik pesawat AK6322 Kuala Lumpur - Langkawi. Cabin Crew memang cantik and cute. Ada 4 rasanya cabin crew hari tu. Seat kami memang sebaris sebab capt check-in untuk tiga (3) orang sekaligus. Siap nama Farrah jadi perhatian sebab tak board lagi so kami pun inform la cabin crew tu yang cukup-cukup la announce nama Farrah sebab dia takkan naik pun. Flight kami di pandu oleh Kapten Lokman and co-pilot #akulupasiapaorangnya.  Take-off yang smooth. Sempat jugak la capt selfie melfie dalam flight tu. Satu jam kan perjalanan, ape lagi camera ready, selfie!!!

After one-hour up up at the air, tepat pukul 6.55 pm, we safely landed at Langkawi International Airport. Sampai-sampai airport je sempat selfie sikit-sikit. Meh capt belanja gambar....

Sebelum take-off

Tunggu masa take-off 
Up up at the air

Safely landed

Haaa...tue mukadimah a.k.a sekapur sireh a.k.a pre-story untuk holiday lawatan sambil belajar capt ke Langkawi. Bahagian kedua menyusul sebentar lagi....Tungggguuuuuu =)