FANS-tastic

Saturday, February 4, 2012

Perkahwinan a.k.a Marriage


P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N a.k.a MARRIAGE



Right, that will the topic for this entry...Kahwin...Ape itu kahwin/perkahwinan??? Wajib ke kahwin nie??? Tak kahwin tak boleh ke??? Kahwin awal kate orang ingat terlanjur, kahwin lambat orang kata tak laku pulak...Macam-macam ragam manusia zaman sekarang nie...Well, jom ceciter tajuk nie kat blog saya...

Sebelum apa-apa, baik kita tahu makna perkahwinan itu sendiri. Definisi perkahwinan bermaksud, 

"Perkahwinan ialah satu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri"

"Perkahwinan ialah ijab dan qabul yang meghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan Islam"

Banyak lagi maksud perkahwinan tapi kita ambil yang menurut Islam, lagi afdal...Panjang topik nie kalau nak bincangkan secara mendalam...Jom, kita "comprise" kan topik nie...Senang citer pendekkan tapi masih terperinci...

Masalah sosial yang membabitkan remaja yang mengandung anak luar nikah, kes buang bayi yg semakin menjadi-jadi, pergaulan bebas dan kegiatan pelacuran yang semakin membimbangkan dan semakin menular dikalangan masyarakat kita sekarang nie...Semua nie boleh dielakkan dengan banyakkan beribadah dgn Allah SWT, dekatkan diri dgn Pencipta alam semesta dan sentiasa mengamalkan amal maaruf nahi mungkar...

Firman Allah SWT,

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasang-pasangan dari sesuatu yang tumbuh dibumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang tiada mengetahui"

(Yassin: 36)

Manusia diciptakan berpasangan...Jadi, tidak perlu risau mengenai jodoh...Insyaallah, sampai masanya, anda akan bertemu jodoh anda...Manusia perlu berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik untuk diri masing-masing...Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya ditangan Allah SWT...Kita sebagai hamba-Nya perlu menerima Qada' dan Qadar...

"Jodoh ditentukan Allah SWT sewaktu kita berumur 4 bulan didalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, berapa anak dan kesemuanya tentang diri kita." - Ustaz Azhar Idrus

Semuanya dah tertulis...Doakan yang terbaik sahajalah...Kenapa kena kahwin??? Ada sebab yang kukuh mengapa Islam mensyariatkan perkahwinan...Banyak hikmahnya...Antaranya,

  • Memelihara kesucian diri
  • Cara yang halal untuk mendapatkan zuriat
  • Untuk membentuk keluarga yang harmoni
Tak perlu kahwin grand2...Dalam Islam, tak de disyariatkan kahwin kena mahal, perlukan belanja besar...Yang sederhana sudah memadai kan...Panjang betul entry kali nie...Ok, topik seterusnya pasal kahwin jgk tapi kecik sikit scope nyer..."Kahwin pada usia muda"...Oklah, I end here...Nak makan tengah hari dulu...Lapar sudah...See you all at the next entry...

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...