Sunday, March 13, 2016

Hari Kedua Part 2 - Irdayanti Beach, Timang Beach and Bukit Bintang

Assalamualaikum...bertemu dan bersambung lagi cerita dan moments Capt and friends di Jogja. As promised, part 2 Hari Kedua akan publish malam nie juga. Sambung cerita untuk Irdayanti Beach.

3. PANTAI IRDAYANTI

Dari Sri Gethuk Waterfall to Pantai Irdayanti dalam 1 jam jugak la perjalanan nyer. But, before we all bertolak ke Pantai Irdayanti tue, we all salin baju la kan lepas dah berbasah habis mandi air terjun. Ikutkan di kawasan air terjun tue ada kamar mandi nya tapi kami ngak selesa dengan keadaan kamar mandi nya. Maka, kami memberitahu Mas Nanang untuk salin baju di toilet petrol station. Mas Nanang kata, "Ok!". Pantas betul! Dah la Capt duduk depan, aircond direct kene. Mau tak menggigil. Nasib la seat Avanza Mas Nanang tue leather. Kalau tak mau basah la Capt kerjakan. On the way to Pantai Irdayanti tue ada satu petrol station, Pentamina. Toilet situ memang banyak. Tapi, kat Indonesia toilet nya perlu dibayar ya. 2,000 Rupiah seorang a.k.a 40 sen. Tak kisah la janji kami dapat salin baju dengan selesa. Yang best, my buddies nie geng shawl. Geng lilit-melilit. Pantas je mereka bersiap. Capt keluar2 toilet je, masing-masing dah siap. You all memang win la dalam bab lilit-melilit nie. Bila semua dah ready, then we off to Pantai Irdayanti. Sekali having our lunch there. 

We all lunch lewat hari kedua tue. Even bedal heavy breakfast sampai tambah dua kali but still rasa lapar tue datang. Bertolak dari petrol station tue pun dah pukul 1.30 pm. Sampai Pantai Irdayanti pun dah pukul 2.30 pm. Mau tak bergelocak perut. Sampai-sampai je makanan tak ready lagi. Ngok ngek kedai tue. Mas Nanang dah pesan awal masa lagi setengah jam we all nak tiba. Dier tak nampak we all muka nak tukar hijau je bila tengok atas meja kosong. Lalu Mas Nanang bilang kepada kami, bersiar-siar di pantai dulu sebab nampak kami hijau semacam je. Nak bercanda di pasiran pantai tapi panas terik time tue. Nak selfie wefie pun tak jalan. Even with sunglass. But, tak mematahkan semangat Capt untuk berv-log.

 

Captain at the beach

Geng wefie
 
Indian Ocean

Nak buat ala-ala orang lain tengah stalk

Orang lain bercanda di pesisir pantai

Tunggu turn masuk kamar kecil

Mida and Shida

Tengah-tengah nak berselfie wefie Shida panggil. Katenyer, "Korang, makanan dah siap!". Dengan pantas kami ke meja makan. Mak aiiiiiii! Sedap wey. Ikan cencaru bakar. Ada sotong, udang, ulam-ulam. Seafood habes. Dengan bismillahirrahmannirahim, kami pun makan dengan berseleranya. 

Bila Mida berwefie

Second time click

Muka lapar masing-masing

Ikan cencaru bakar!

Tak pandang kiri kanan semua. Fokus pada makanan yang ada. Mana tak nya, lunch pukul 3.00 pm. Tue nama nyer overtime-lunch. Ikan bakar tue rasa dia macam masak percik. Tapi sodap. Sambal kicap pun tak pedas sangat. So, memang kena la dengan tekak Capt sampai menambah nasi. Nasi habes kiteorang kerjakan. Memang licin pinggan masing-masing especially Shida. After 1 jam, then we all pun bertolak ke Pantai Timang. Kat Pantai Timang tue gondola yang akan menggelocakkan adrenalin diri. Perjalanan nya mengambil masa 1.5 jam. 

4. PANTAI TIMANG

We all sampai Pantai Timang tue pukul 4.30 pm. FYI, jalan ke Pantai Timang tue satu je and jalan dia bukan bertar bagai ye. Jalan berliku-liku, berbukit bukau, lalu tanah, kayu balak la. Time pergi we all bertembung dengan satu lagi Avanza. Punya la driver masing-masing bajet space untuk dua-dua kereta. Aku salute betul dengan driver kat Jogja nie. Memang ohsem. Nak ke arah gondola tue, kereta kena park kat parkir mobil. Kena berjalan kaki masuk. Tak jauh pun. Rileks je. Mak ai, cantik pantai nyer. Biru-biru navy air nyer. Bila tengok dengan mata kepala sendiri gondola tue. Tanak naik!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau nak naik gondola tue, sediakanlah 200,000 Rupiah. Memandangkan masing-masing tak mau naik gondola makanya, kami berwefie selfie sampai lebam sebab we all je yang ada kat situ. So, conquer la kan.


 
Nie la gondola nyer!

Bincang shot and angle
Bila Mieda and Nasya bergabung!

Jadila jugak

Rapat macam adik-beradik

Santai je

Shida

Deena

Nasya

Mieda

The Captain

Kami memang comel-comel belaka

Smile for the camera girls!

Nak menampakkan pantai dibawah

Another side of the beach

Iklan gigi!!!

Terkejut ke?


Nasya interframe

Captain yang cute

We have reached here!

Jari aku jugak paling kecik

Ade la dalam setengah jam berwefie selfie. Sampai tak tahu pose ape lagi nak buat. Then, we decide to the next and last destination, Bukit Bintang. Nak keluar dari Pantai Timang tue kembali berliku. Dok mengucap je dapat keluar elok-elok. Alhamdulillah dapat keluar dengan baik. Part paling win kene mendaki naik bukit. Geli perut bila turun bawah. Hihihihihi....

5. BUKIT BINTANG

Our last destination, Bukit Bintang. Ikutkan, in the itenarary, we will have our dinner here but memandangkan lunch tadi pun belum hadam sepenuhnya, then we all pun makan light snack je for the night. Guess what ---- J.A.G.U.N.G Bakar u'olllzzzzz! Sedap kay and different sangat. Nasya, Shida and Deena makan jagung tue terus but Capt and Mieda choose to eat corn in a cup. Tapi tade nyer makan dalam cawan. Sekali dia bagi pinggan dah...For the drinks can, Shida and Mieda setia dengan es teh jasmine tue. Nasya pilih yang sihat sikit, mineral water. Deena lagi dasyat, kopi o panas. Hamek kaw, susah nak tidur la malam tue. As for me, I choose orange juice. But orange juice kat Jogja nia namanyer Jeruk Es. Jeruk kay. Jagung Jogja nie rasa dia pedas-pedas sikit tapi sedap. Habes Capt telan.

Ni la jagung nyer

Kusyuk gigit jagung

About 40 mins jugak la we all di Bukit Bintang. Tengok view malam dier santek sangat. Siap boleh nampak Adisutjipto International Airport lagi. Sempat la jugak berwefie and selfie.

Macam lepak Bukit Ampang

Selfie lagi

With Nasya


Memandangkan malam tue kami tidak dinner, makanya untuk lunch keesokan harinya menu mewah and banyak. Mas Nanang pun setuju dengan cadangan itu. Dah habes bedal jagung pedas bakar, then we back to Jogjakarta. Took about 1 hour journey from Bukit Bintang to Jogjakarta. 

Sampai je hotel, macam biasa la Mas Nanang inform masa untuk 3rd day activity. Pukul 7.30 am. Actually, we all sampai hotel awal malam tue about 10.00 pm. So, Nasya suggest start pukul 7.00 am. Mas Nanang bilang percuma aja kerana destinasi pertama iaitu Pasar Beringharjo bukak pukul 8.00 am. So, we all pun stick back to 7.30 am. Masuk bilik masing-masing, mandi, solat then off to bed. But not Capt. Tak sah tak upload Insta dulu before tido. Ngam-ngam last upload kat Timang Beach, automatic ngantuk and tido zzzzzz....

That's the end for 2nd day journey at Jogjakarta. 3rd day coming up tomorrow! Wassalam and gud night xoxo

Saturday, March 12, 2016

Hari Kedua Part 1 - Cave Tubing Goa Pindul and Sri Gethuk Waterfall

Assalamualaikum....Haaa....Kembali nya Capt untuk bercerita and berkongsi pengalaman untuk hari kedua di Jogja. Hari kedua nie melibatkan perjalanan kami ke Goa Pindul, Sri Gethuk Waterfall, Irdayanti Beach, Timang Beach and lastly Bukit Bintang. Hello, hengat Malaysia je ade Bukit Bintang? Jogja pun hader kay! Ya udah, Capt mahu sambung cerita nya.....

HARI KEDUA | JOGJAKARTA | 7-MARCH-2016

Untuk hari kedua nie, perjalanan kami jauh dan permandangan pun luas. Dah diatur baik punya. So, since nak ketemu Mas Nanang pukul 7.30 am, makanya kami pun bersiap sebelum itu lalu turun ke restaurant hotel untuk menikmati sarapan pagi. Disebabkan lapar, tak sempat Capt nak snap gambar restaurant hotel tue tapi what I can say sejibik dalam gambar booking.com. To be honest, sarapan nya not bad. Plus ada banyak choice. Siap ade egg station lagi hokay. Ape lagi, Shida bedal la omelet satu. But, we all sempat la bergambar kat restaurant tue.

Dua kali tambah breakfast nyer

Facing the mirror

We all habes breakfast awal. Dalam 15 mins early so Mas Nanang pun belum tiba. Makanya, Capt ambil kesempatan menjadi model bebas bergerak depan hotel. Selfie deakt 10 shot la jugak. Meh belanja sikit.



Panas kaw

In front of hotel lobby access door

Excellent hotel to stay

Habes je ber-selfie, Mas Nanang pun sampai. So, we all pun board the Avanza and start our journey. Mas Nanang bilang perjalanan dari hotel kami ke Goa Pindul di Gunung Kidul itu memakan masa 1.5 jam. Mas Nanang beritahu kami boleh tidur tapi tak best la tidur. Nak tengok keadaan Jogja di waktu hari bekerja. Machet atau ngak jalan nya. Ternyata machet sedikit. Nampak la kehidupan orang Jogja nak masuk kerja, pergi sekolah. Tak banyak beza dengan Malaysia. Dalam 1.5 jam tue kami berbual la dengan Mas Nanang. Tanya dia banyak jugak la soalan-soalan yang kritikal. Especially Deena. Hihi... #Deenajanganmarah

1. GOA PINDUL, GUNUNG KIDUL

After 1.5 hours then we reach Goa Pindul for our Cave Tubing activity. Cave Tubing tue maknanyer masuk gua guna pelampung. Sebab air gua mak aii dalam ya amat. 12 meter dalam ye. Nak masuk ke Goa Pindul nie pun kena stop kat kaunter and naik lorry kecik masuk dalam. Tak boleh bawak kereta nanti tayar kereta tercabut. So, sape2 yang bawak handphone tue make sure bawak waterproof casing ye. Kalau tak nanti sia-sia je kene beli kat sane. Harga pun paham-paham tinggi ye. Bawak satu handphone cukup sebab you all atas pelampung tue pun tak leh nak selfie sangat. Nanti jatuh handphone dalam air, makanya redha jelah. Bagi souvenir pada gua tue. Suruh je tour guide jadi photographer terjun. Tapi, memang tak pro langsung la. Ke laut shoot nyer. #sabarjelah

Tour guide tue bercerita la pasal sejarah Goa Pindul tue. Menarik tapi pelik. Hihihi....Plus the tour guide cerita pasal staglamit dan staglatit. Aktif dan tak aktif. Ok, throwback geografi tingkatan 3. Kiterorang dengar jela. Before that, our tour guide pesan jaga kelakuan dan bahasa masa dalam gua sebab gua tue "suci". Noted pak! Dalam gua tue jugak ade kelawar a.k.a bat bukan batman. Kawan Batman la. Plus, ade titisan dari staglatit yang khabarnya boleh awet muda. Merasa jugak la 5 titis kena. Rasa biasa sebab Capt memang muda. Oopsss, terlebey! Meh belanja sikit gambar.

Sementara tunggu Mieda pergi toilet


Selfie-ingggg

Sopan je anak dara 3 orang nie

Weeeee

Kami bersama tube nyer

Smile for the camera

Awin and Mieda suka selfie

Peaze yo!

Cuba bertenang duduk atas pelampung

On the way masuk

Banyak nyer "Nur"

Bersatu teguh 5 bersaudari

Posing scary

Shida and Awin nak berenang

Exit from the cave

I love my buddies

Freestyle katenyer

Model bergerak depan gua

Back to the lorry

Back to the counter

With our tour guide yang throwback geografi form 3
 
I love Cave Tubing!


Haaa...for Cave Tubing nie masa yang diambil untuk satu trip is 40 mins. We all amek indoor trip je. Kalau nak outdoor trip kene bayar extra pada tour guide. Outdoor tue redah sungai la. Sementara menunggu baju we all kering sikit, we all diberi menikmati teh jasmine panas. Sesuai sangat! We all tak salin baju sebab nak pergi Sri Gethuk Waterfall plak. Nasib baik time tue cuaca panas so we all berjemur sekejap kasi baju kering then off to Sri Gethuk Waterfall!

2. SRI GETHUK WATERFALL

From God Pindul to Seri Gethuk Waterfall nie take 30 mins trip. Quite near to each other. Before reach tempat parkir mobil nya, we all kene lepas satu pintu gerbang. Not so big deal sebab just normal check je. Then, from pintu gerbang tue, 50 metres to parkir mobil nya. Kena jalan kaki masuk dalam untuk ke waterfall tue. Ikutkan naik rakit direct ke waterfall but air sungai deras makanya, kene jalan kaki. Take about 10 mins la. Tak jauh sangat. Nak waterfall punyer pasal kan. Redah jelah. Dari jauh boleh dengar bunyi air terjun. Lagi excited nak sampai. Akhirnya, sampai jugak and nampak depan mata cantiknya ciptaan-Nya. Teringat Tumalog Falls, Cebu bila tengok Sri Gethuk Waterfall nie. So, ape lagi kan, we all pun ber-selfie wefie la. Nasya, Shida and Deena tak boleh blah buat pedicure. Dok bersihkan kaki. Capt and Mieda gigih pergi dekat waterfall. 

Finally, reach here!

Smile for the camera
 
Senyum aje

Mas Nanang interframe

Dari tempat atas

Captain with the waterfall

Mieda suka pose cenggini

Peaze yo!

My turn

Best

We like to wefie

My wefie buddy

We've made it!

Shida and waterfall

Mieda and Deena

Nasya main chak chak

Snap jelah

Muka lepas mandi air terjun

Nasya and waterfall

Nasya and Shida with waterfall

Tunggu baju kering

Mieda, Deena and Nasya suka men air





We all ada kat air terjun nie about 30-40 mins la jugak. Selfie wefie je 30 mins. Lebih tue mandi air terjun. Hihi. After that, Mas Nanang bagi signal untuk naik and berjalan keluar. Tengah-tengah jalan keluar tue, Mas Nanang kate kite pitstop sekejap kat warung untuk minum air kelapa muda. Air kelapa asli juga. Shida, Deena, Nasya and Mieda minum direct dari kelapa while Capt request nak minum pakai cawan campur gula jawa. Malatop wey! In addition, dapat makan tempe goreng. Tempe goreng nie memang sedap. Tebal pun tebal. 

Tue dia kelapa nyer

After 20 mins then we all pun decide untuk bergerak ke destinasi seterusnya dia iaitu, Irdayanti Beach.

Ok, ikutkan nak sambung bercerita but Capt got appointment this evening with my client. So, I stop here sekejap. Malam nanti continue lagi untuk Irdayanti Beach, Timang Beach and Bukit Stars...Wassalam xoxo