Sunday, October 19, 2014

Phuket Hari Kedua 11102014 - Bahagian 1 (Jalan-jalan Siang Hari)

My readerssss!!! It's Saturday night, 10.31 pm. Orang lain Saturday night havoc. #havocke #korase ...Me, Saturday night dekat rumah mengadap TV je. Plus update blog. Sebab dah nak seminggu pun trip aku ke Phuket berakhir tapi experience lambat naik pulak. So, tue yang malam nie update entry hari kedua di Phuket. Kalau sempat sampai hari akhir. Tengok mane yang sempat ye. Bukan apa, esok ade marathon di Kelana Jaya so kene tido awal, prepare mentally & physically untuk hari esok.

Entry kali nie nak story hari kedua kami di Phuket. Wake up at 7.00 am but golek-golek atas tilam, bukak Wifi check instagram & facebook bagai. Sempat la upload gambar kat insta. Hihi =) ...Last2 pukul 7.30 am jugak aku mandi and siap-siap untuk turun breakfast. Like yesterday, the front office assistant told us breakfast ready pukul 6.30 am. It means 7.30 am in Malaysia so normal la tue. Breakfast dia jenis buffet so even dia serve bacon but asing dengan meal yang halal. Kami turun pukul 8.30 am for our breakfast but before beta santap sarapan, sahabat beta inform front office yang kami nak ke Jungceylon Mall pada pukul 10.00 am so bersedialah kenderaan beta dan sahabat beta untuk ke sana. #feelingbahasaistanapulak ... Dah inform, ape lagi kan, it's breakfast time. Sampai-sampai je cafe hotel, staff assist kami ke egg station. Tanya kami nak makan telur ape. Ada beberapa jenis la makanan berasaskan telur like scrambled egg, half-boiled egg, fried egg and satu lagi lupe sudah. Aku main bedal la scramble egg. N pun order benda yang sama. Sekali hamek dua pinggan scramble egg. Ertinya banyak la. Sah aku tak habes makan punyer. Pembaziran terjadi. Don't try this at home k. Tue satu ye. That morning aku makan coco crunch with milk, mee hoon and roti bakar. Yang tak makan bacon je. #oopsterlebeysudah..Meh belanja gambar sikit.

Tea combine with coco crunch & milk. Breakfast of champs

Sempat selfie sebelum breakfast

In front of swimming pool

N pun makan banyak jugak pagi tue. Masing-masing lapar la agaknya. What I can say is, aku salute cara orang Thai jaga kebersihan. Korang kene tengok sendiri cara mereka clear kan meja after Guest makan. Tak sempat pulak nak snap video. Ok, sementara nak tunggu our shuttle ready, aku pun ape lagi, S.E.L.F.I.E sampai battery turun 10%. N sibuk dengan Wifi dia. Men tweet tweet katenyer. Asalkan ko happy la N oii..Meh belanja gambar sikit.

Seat swimming pool

Why so pelik one

In front of hotel lobby

With our transport today. N interframe sikit la pulak

Ok, tepat pukul 10.00 am, driver shuttle sampai. Quite good looking and sweet guy. Ada style punyer. Melting kejap la. N pun sama. N, jangan kaco, nie ako punyer. Gitoh! #perasansangat #abangthaisado...Sebelum kami naik kereta tue sempat la dia lap seat dulu. Punyer la pembersih. Aku salute habes la dgn orang Thai nie kalau bab-bab kebersihan. Actually, got one family yang ikut shuttle sekali pagi tue but mereka pergi Patong Beach. Nak tanned kata nyer. Husband orang Birmingham, England and wife dia pure Phuket, Thailand. Tapi, anak lelaki mereka memang putih la. Cute sangat. Dari hotel kami ke Jungceylon Mall tue cuma 5 minit je naik kereta. Sedar-sedar je dah sampai. Our cute shuttle driver inform pukul 1.00 pm tunggu di tempat yang sama dia drop-off kami. Noted abang Thai sado! Jungceylon Mall nie lebey kurang sama macam mall di Malaysia tapi uniknya ada floating market and kapal. Kalau malam hari, ada fountain light show kat kapal tue. Meh belanja gambar sikit.

Snap dgn ship

Relaks sudah

Peaze

Close up shot

This is the ship

Mall tue memang besar la siap bersambung dua mall lagi. Ada wayang & 4D theater ok. Agak-agak dah bosan kat mall tue, then N ajak jalan depan sikit dari mall yang ada signboard Patong Phuket Thailand besar punyer. Sebab situ banyak jual tshirt. Misi aku di Phuket nak cari tshirt Hard Rock Cafe for my family. So, misi mencari tshirt diteruskan di situ. Kedai jual sunglass, shades and cap banyak la. Jalan punyer jalan terserempak dengan kawan N. Aku memang tak kenal so krik krik la jugak bila orang tetiba snap finger depan aku. Ingat sape la rupenyer kawan N. Jalan depan sikit lagi N perasan satu signboard yang menarik perhatian dia. Rupenyer street yang kami lalu tue rupenyer Bangla Walking Street. Ok, memang banyak bangla keje kat situ. No wonder the street named after them. So, kat Malaysia berlambak jugak Bangla & Nepal. Hopefully jangan la ade Nepal Walking Street kat Malaysia. Mintak dijauhkan ok!!! Jalan-jalan kat Bangla Walking Street ada la satu money changer yang bagi harga tinggi jugak la. 100 Bath = RM 9.85 terus ako tukar RM100 so dapat 985 Bath. N tukar jugak tapi dia guna duit peso bukan Ringgit Malaysia. Rupe-rupenyer duit baki pegi Cebu last month ade 500 peso lagi. Pandai budget kawan aku sorang nie. Salute lagi la!! Jalan-jalan tak jumpe so pegi another side of the street. Keluar Bangla Walking Street. From the mall, ke kiri jumpa satu lagi lokasi jual tshirt yang boleh nego la. Macam wholesale pun ada. Sat lagi tunjuk gambar.

N memang suka tanye. Memang jenis tak segan nak tanya kawan aku nie. Shy shy cat pun bab nego or main dengan harga, she a pro! Masuk dua kedai pertama bagi harga tshirt biasa pun nak jual sampai 150 bath. Jumpa tshirt Hard Rock Cafe tapi mahal. Saiz S 150 Bath. Aku beli kat Prompthep Cape pun 120 Bath. Try nego tapi tak berjaya. N pulak nak beli tshirt untuk anak buah dia. So, kami pun meneruskan usaha tshirt hunting yang murah. Masuk kedai ke-4, N nampak satu dress yang sesuai untuk anak buah dia yang umur 1 tahun tue. N kalau nego harga mau 10 minit so aku pun nampak kerusi dalam kedai tue and duduk sambil cuci mata tshirt dalam kedai tue. Nampak la tshirt yang aku cari. N punyer perang harga tamat, dapat la beli dress anak buah dia harga 200 Bath. It's my turn now. Aku straight tanye kalau aku beli 3 helai berapa harga bangla tue boleh bagi. Dia kira total 3 helai 750 Bath. Aku macam what? what? and what? Aku pun bukak ilmu nego aku 3 helai nak 400 Bath. Uih, tak mau bagi aje. K, fine beli kat kedai lain. Masuk satu kedai lagi haaa, dapat jugak 3 helai tapi 450 Bath la. Up sikit sebab different size. Dapat harga yang within my range so aku sambar terus la 3 helai terus but tak dapat la 3 Hard Rock Cafe. Dpat 2 je, My Elder sis tak suke tshirt warna putih. Sebab tade warna hitam, aku pilih I Love Phuket. Janji ade something for her at Phuket. Bila masing-masing dapat ape yang nak di cari, so jalan balik la ke mall sebab tengok-tengok jam je pukul 12.00 pm. Shuttle car kami ambil pukul 1.00 pm. Cun-cun la time lunch so kami ke KFC dalam mall tue as our lunch. Tapi, take away je. Makan kat hotel. Malas nak rushing. KFC Thai limited la meal dia. Tak macam kat Cebu banyak choices. So, aku amek je set 2 ketul ayam. Spicy pun mcm tak spicy. Bedal jelah dengan redha. After beli KFC, terus pergi di pick-up point. Tunggu dalam 10 minit, then our shuttle driver yang cute sado tue pun sampai bawak kami straight back to the hotel. Meh belanja gambar pulak.

Bangla Walking Street
Place where we borong the tshirts

Lunch for the day

Selfie dalam kedai

Jungceylon Mall

So, sampai je hotel terus berehat & makan. Simpan tenaga untuk nightwalking malam nanti. That's the end of our journey for the daylight walking. Nightwalking entry come next after this. See you!! Wassalam.. =)

Saturday, October 18, 2014

Krabi Kate Pergi, Phuket Kate Mari - 10102014



12.48 am. Esok keje setengah hari but rasanya macam cuti je. Even dah 3 bulan keje hari Sabtu still tak dapat sesuaikan diri. Feel keje setengah hari tue tak dan. Keje keje pun blog still update k. Kali entry mengenai pengembaraan kami ke Phuket dari Krabi. Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa lebih kurang 2 jam. Since transport kami iaitu minivan so selesa la kan. Do you think so? Our first impression wahhh...Minivan ade air-cond, so selesa tahap gaban la nak ke Phuket. Tapi tue semua angan-angan jela...Nak tahu kenapa? Sila rujuk perenggan bawah:-

Minivan datang fetch kami sharp la pukul 10.30 am. Time kami kelam kalibut call Mr Rut. After kami, driver pick-up another 6 passenger from different hotel. Sebelum kami naik pun, dah ade satu family mat saleh dalam van tue. Sempat la say Hi. #shyshycat ... Guess what, 2 couple yang naik satu bas masa datang Ao Nang pun board van yang sama. Mereka pun mahu ke Patong, Phuket. Sorang awek tue duduk sebelah aku so sempat la "beramah mesra" dengan dia. Berbual tanye experience dia datang Ao Nang tue termasuklah island hopping dia. Dia kene pakej 600 bath beli straight dari hotel dia. Ok ladies, next time survey & negotiate k!! Dia pun bukak la cerita island hopping dia, aku pun bukak cerita island hopping ako. Bual punyer bual tetibe driver masuk jalan kampung. Terkujat jugak aku sebab takkan ada jalan dalam nak ke Phuket tue. Rupe-rupenyer mereka gather semua passenger yang nak ke Phuket satu tempat. Macam transit la. Dari situ kumpul sapa nak ke Phuket Airport, Patong and etc. N dah risau dah sebab kene transit macam tue sampai dia ingat kene jual. Hamboi N, jauh betul fikiran ko. Aku buat rileks je sempat selfie lagi. Meh belanja gambar sikit.

Ao Nang Goodwill --> Next hotel for me in Krabi 2.0

Ada "Nur" pulak disitu
Transit sekejap

Tunggu dalam 10 minit then, driver gather passenger untuk ke Phuket Airport. 4 orang je. Me, N and other 2 Englang husband & wife. Muka kami lega la sebab banyak la space boleh duduk. Sangkaan kami meleset lagi sebab ada satu van dah tunggu di satu jalan nak ke Phuket Airport. Ingat kosong, sekali hamek almost penuh. Ngam-ngam seat untuk kami berempat. Ok, fine! #sentap ...So, teruskanlah perjalanan dengan hati redha + panas je. Tengok-tengok the second driver stop sane-sini amek and turunkan passenger. Ade skali tue, aku kene pangku backpack sebab ada new passenger. Ya ampun Allah SWT je tahu siksa time tue. Dengan muka redha aku pun tido jela sebab letih tukar-tukar van. Sedar-sedar je dah masuk pintu gerbang Phuket and then after like 20 minit sampai lah di Phuket International Airport. Driver turunkan kami di pintu pelepasan. Memang tak dan la nak jumpa our tour guide at that time. So, both of us act smart pergi ke pintu ketibaan. Phuket Airport tue quite strict jugak la sebab nak masuk dalam airport kene scan beg bagai even nak cari orang je. Our first thought, Mr Rut (our tour guide), akan tunggu dalam airport. Bila kami ke arrival hall, Mr Rut tade. Tengok luar pintu pun tada so kami pun call Mr Rut balik. Guess what, he wait us at Phuket Bus Terminal. Nak marah pun tak boleh sebab aku lambat inform dia yang dah tukar pick-up point. So, tunggu dalam 20 minit, Mr Rut pun datang. Tue pun N yang perasan sebab dia nampak nama aku. Yeay! Finally he come. Kami berdua dah start penat and ngantuk ya ampun.

Our ride of the day is minivan. Hanya kami berdua je passenger Mr Rut untuk hari tue. Pakej kami hari pertama, tour guide akan bawa kami ke:

a) Wat Chalong (Buddha Temple)
b) Prompthep Cape
c) Shopping Fever Tour (Tshirt, cashew nuts, leather store)

Mr Rut nie punyer polite sampai belikan kami makanan & minuman sementara dalam perjalanan ke tempat yang akan kami lawati. Macam tahu-tahu je kami lapar. Beli frozen food, chicken little hot dog and orange juice. Yang halal. Mr Rut nie Muslim so dia tahu makanan halal nak beli di mana. Ok, our first place is Wat Chalong but kami minta cancel je yang nie sebab temple Buddha, we do not need it so move to shopping fever tour to Madanan, Sri Bhurapha Orchid, Big Bee & Prompthep Cape. 

First Madanan. Tempat wholesale untuk tshirt. Macam-macam tshirt ada. Siap ade kilang sendiri lagi kat belakang kedai. Kata wholesale tapi harga mak oiii. Fikir 3 kali aku dibuatnya. N beli jugak satu tshirt Hard Rock Cafe. Owner kedai cakap kat Patong lagi mahal. But, my thinking is kat Patong boleh tawar-menawar. So, aku pun cuci mata jela situ. Kat kedai tue mahal tapi kualiti bagus giler. 

Next is Sri Bhurapha Orchid where this place famous with cashew nuts. Nie pun ada kilang sendiri dekat kedai. Kat sini produk mostly comes from cashew nuts. Jeruk and assam ade jugak kat sini so aku beli la dua paket assam prune yang harga dia 75 bath satu. Belikan untuk mummy sebab mummy suka sangat assam prune. So am I k!!! Sempat jugak selfie kat sini sebelum ke destinasi seterusnya, Big Bee. Dun worry, share ceriter dulu baru gambar. 

Third place will be Big Bee. Big Bee nie tempat they extract honey and make products by honey. Siap suruh satu Muslim Thai staff yang berasal dari Pattani untuk escort and assist us. Nie aku salute. Customer service dia bagus siap ambilkan gambar kami lagi. Dapat jugak la aku merasa madu dia. Tapi, last aku beli assam je. Tempat nie terima kalau kita nak bayar guna Ringgit Malaysia tapi agak rugi sebab rate tukar dia mahal. At that time, dia kira 100 bath = RM 9.45. Mahal ko. Sebab aku nak guna duit Thai Bath, so aku bayar la guna Ringgit Malaysia. N pun ikut sama. 

Lastly, Prompthep Cape. Aku mati-mati la ingat Prompthep Cape nie macam cave. After Mr Rut explain, tempat nie untuk tengok sunset. Ok fine, mak tertipu ko. Time kami sampai nie awal. Belum nak sunset lagi. Disebabkan time factor, kami tak tunggu sunset time. Kami jalan-jalan, selfie welfie then N nak pergi kedai-kedai yang ada kat sane. Feveret dia tue. N nak cari tshirt untuk anak buah dia while me nak cari tshirt Hard Rock Cafe Phuket. Alhamdulillah, jumpa satu yang harga nya 120 bath. Nak 100 bath tak lepas so redha jelah sebab takut dapat harga mahal kalau beli di Patong. Dah dapat ape yang kami mahu so now it's time to check-in our hotel, Seeka Boutique Resort at Patong. Sebelum tue nak belanja gambar di semua tempat yang kami lawati.

Selfie di Madanan

Rupe kedai borong

The shop signboard

Cashew Nuts 

With madu lebah berusia 100++ years

Big Bee just above me!

The mascot. Quite sexy

Shops at Prompthep Cape
Baan Phuket where I bought the Hard Rock Cafe tshirt

View from puncak Prompthep Cape

Habang sangat!

They said it's princess palace

Haa...sambung journey kami. Dari Prompthep Cape ke hotel kami di Patong tue kene melalui 3 pantai yang berbeza. Malangnya aku ingat dua je nama pantai tue. Kata Beach and Karon Beach. Mr Rut nak berhenti di Kata Beach yang ada tempat nak ambil gambar yang cantik but both of us dah letih satu hari on the road je so, ignore it and go straight to the hotel. About one hour then we arrive at our place to stay at Phuket, Seeka Boutique Resort. Terkesima masa sampai hotel nie. Ingat budget walhal 4 star hotel. Siap ade swimming pool lagi. Sebelum check-in, sempat inform Mr Rut yang kami akan call hari Ahad nanti untuk inform pick-up time untuk ke airport. Masa nak check-in tue, front desk assistant dia punyer la peramah. Satu per satu information dia bagi tahu macam time breakfast, arah bilik kami and info on free mineral water everyday. Lagi satu hotel nie sediakan transport shuttle kalau Guest nak ke Jungceylon Mall or Patong Beach. Memang aku salute customer service dia. Front office pun 24 hours ada tak sama macam di Krabi. So, bilik kami no 212, tingkat 2. So, masuk je bilik lagi la terkesima dengan interior design hotel tue. Antik kaw perabut dalam tue. Tuala kami pulak dia hias macam dua swan sedang kissing. Honeymoon suite la pulak. Penat je masa beli kat MATTA Fair tue aku request two (2) single bed. Last2 dapat one queen bed jugak. Sayang sangat swan tue sampai masing-masing tak nak guna. Gitooohh!! Last2 aku pakai la jugak. 

Berehat dalam 2 jam then kami keluar nightwalking. Area hotel kami tue hidup tapi nampaknya orang Phuket tido awal. Sunyi je kawasan kami tue plus anjing. N dah takut semacam. Hajat di hati nak cari kedai makan and pergi Jungceylon Mall. Sekali 20 minit dah by foot. Nak sewa motor pulak kedai dah tutup but sempat tanye harga la, 200 bath for one day. For our dinner, N suggest kami beli je frozen food di 7-11 and makan dalam bilik. Your suggestion is accepted N! So, both of us beli la frozen food. Me, beli nasi ayam hainan and air krisantimun. N beli maggi and frozen burger. Hamboi sampai dua heavy meal ko bantai. Lapar la tue. The fact is aku pun lapar tahap max. Bear in mind, Phuket susah nak cari makanan halal k. Amat susah! So, bila masing-masing dah kenyang, time to zzzzz. Untuk jadual keesokan harinya, kami decide nak pergi mall tue by hotel shuttle. Sebelum nak end journey Phuket day one, nak belanja gambar sikit.


Swimming pool hotel

With the kind like swan
Our room

7-11 Sawadikap

Surrounding Area

My dinner of the night

That's the end my readers. See you in the next entry on our second day at Phuket. Wassalam =)

Thursday, October 16, 2014

Krabi Hari Ketiga 10102014 - Krabi pergi, Phuket Mari...

9.50 pm, hari Khamis di hadapan TV menyaksikan cerita hindustan, My Name is Khan. Sambil tengok citer, sambil tue update blog. Entry kali nie nak story pasal hari akhir di Krabi. Mana nak mula ye. Ok, start with of course la bangun tido kan. We got up pukul 7.30 am. Actually ako dah sedar pukul 7.00 am tapi dok golek-golek manja atas tilam tue yang bangun sampai 7.30 am. Then, rush to toilet untuk mandi la. N pulak bangun je terus kemas-mengemas. Yela, malam sebelum tue habes je pekena pancake, terus tido dia. So, sementara tunggu turn dia mandi, dia kemas la barang-barang dia dulu. 

Aku keluar je bilik air, N dah siap mengemas. Your turn to bath now, N. So, aku pun kemas sikit je lagi. Masukkan semua baju dalam my backpack. Malam tadi tue kemas lipat-lipat baju, nie nak sumbat dia dalam backpack. Backpack besar tak padan dengan orang. Beg lagi besar dari tuan. So, u'ollz I advised tak payah la bawak baju banyak sangat. Sampai Krabi, beli jugak tshirt. Terus pakai je. Toksah la nak tunggu balik Malaysia baru nak pakai. So, after dua-dua dah mandi wangikan diri, terus ke Family Mart to buy our breakfast. Kali nie aku pilih American Fried Rice siap telur mata lagi kaw. #Malaysiahado ...Air macam biasa la susu coklat. Nak kuatkan tulang kata nyer. But, I can recognized la susu coklat tue mcm Dutch Lady. Kat Thailand brand Dutch Lady ialah Foremost. Meh belanja gambar.


Morning Life in Ao Nang

Morning Life at Ao Nang 2.0

Me in front of Family Mart

Breakfast of The Captain

Haa...aku bersantap kat small table sebelah tingkap menghadap Ao Nang Beach. Sungguh la indah permandangan pagi tue. Keindahan Yang Maha Kuasa. Original X-Tra plan pagi tue, aku nak naik rooftop hotel nk selfie dan welfie. Hotel yang aku duduk tue ada rooftop menghadap Andaman Sea. Tapi, tak sempat punyer pasal, so batalkan aje niat tue. Habes makan je ngam-ngam nak pukul 10.00 am. So, time for us to check-out and wait for our transport to Phuket Airport to pick-up us. 

Tak sempat selfie view Andaman Sea, tapi kami sempat la berbual + selfie dengan Haminah, front desk assistant. Haminah nie pandai cakap Melayu sebab dia pernah belajar kat Kedah before keje dengan J Mansion hotel. Meh belanja sikit gambar Haminah nie.

Dari kiri: Haminah, Captain Naz

Kasual sangat

Haaa, dah lepas selfie dengan Haminah, aku teruskan selfie sorang-sorang around the hotel. N dok la berbual dengan Haminah. Peramah N nie orangnya. Memang suke berbual dengan local people. Nasib la dia tak cakap bahasa Thai. Meh belanja my solo selfie around the hotel.

View from the hotel lobby

The Irish Rover Hotel

From the lobby view

View depan hotel

View from depan hotel

Lobby hotel yang luas

Penat selfie, duduk sekejap depan front office desk. Rasa macam tak kena je sementara nak tunggu our minivan. Sekali hamek, belum call travel agency untuk trip Phuket.Tour guide kami di Phuket tue name nyer Mr Rut. Supposely, dia kena pick-up kami di Phuket Terminal Bus but, since minivan boleh hantar ke Phuket Airport, so why not tunggu situ senang sikit. Keluar arrival hall, boleh nampak nama kami berdua. Nak call mobile number, hotel charge 10 bath a.k.a RM 1.00. Dua kali call, Mr Rut tak angkat. Time nak call kali ke-3, suddenly our transportation dah sampai so nak tak nak kami naik jela. Tak sempat nk bercakap dengan Mr Rut. So, solution nyer call Mr Rut bila dah sampai airport jela nanti.

So, that's the end of my Krabi adventure. Ingat nak sambung our journey to Phuket tapi rasa letih pulak malam nie. Plus nak make-up blog sikit. Therefore my readers, next entry is our Day 1 at Phuket. The journey will be continue...Wassalam!!! xoxo

Krabi Hari Kedua 09102014 - Nightwalking at Ao Nang

Hai my readers! Agak-agak masing-masing tengah buat ape la sekarang. Tengok TV ke? Malam ni cerita kat TV best. Citer Hindustan pulak ada SRK & Rani Mukherjee kat TV2, Kabhi Alvida Na Kehna. Sambil-sambil tengok TV, sambil tue jugak la aku buat my theraphy iaitu B.L.O.G.G.I.N.G... =)  #akublogger #soultherapy ...Ok, nak sambung aktiviti Nightwalking di Ao Nang Town. 

Setelah berehat secukupnya after a long day at the island, kami pun decide untuk nightwalking pada malam akhir di Krabi. Esoknya ke Phuket pulak. Pukul 7.00 pm kami keluar untuk tengok Ao Nang Town pada malam Jumaat nie ape cher la kan keadaannya plus beli souvenir and tshirt. Hunting kate nyer. At first place, N cadangkan nak sewa skuter. Siap tanya harga sewa lagi selepas balik island hopping. Kedai sewa skuter beroperasi sehingga pukul 9.00 pm sahaja. So, N tanye kalau sewa 3 jam berapa harga. Aunty kedai cakap 100 bath. To us, OK la that rate. RM10 je untuuk 3 jam. Tapi, sebab keluar pun lewat dari schedule, so tinggal 2 jam je sebelum pukul 9.00 pm. Malas nak sewa satu hari sebab esok pagi pukul 10.00 am pun kami dah check-out. So, musyawarroh 2 minit and kami decide untuk berjalan kaki je malam tue. Nak sedapkan hati, sihatkan badan la katekan. Exercise. Malam tue aku memang aim nak rasa street food. Kawasan street food and hotel kami agak la jauh. To me jauh tue yang nak sewa skuter. N nak exercise, so redah jela. Tapi, masing-masing actually agak pancit lagi malam tue. Penat snorkelling tak hilang lagi. 

Masa jalan-jalan cari souvenir and tshirt kat kedai-kedai tue ade je orang panggil massage. Dari hari pertama dia cuba persuade aku untuk massage kat kedai dier. Cam ako betul. Cakap bahasa Thai pulak tue. Memang aku tak faham la ape ko nk promote kat ako. Hampeh je! Lagi menghangatkan malam tue, sumer drag queen keluar. Orang situ panggil transgender people. Malaysia panggil nyah. Rasanya malam tue nampak banyak drag queen sebab dierorg promote something like a show la. Their show k. Tak berani nak snap gambar dierorg takut nanti ade je dierorg kejar aku. Drag queen pun cantik jah. Mekap tebal pun nampak cantik. Dengan "costume" mencanak mata lagi. Ada seorang yang aku nampak tue pakai baju belah sane sini siap kibas kibas kain dia. Free show sangat k! #korasa #maksentap #matakunampakdragqueen... So sape2 yang plan nak g honeymoon kat Krabi tue, pegang erat tangan hubby u'olls k. Takut nanti di kebas nyer oleh drag queen nie. Meh belanja sikit gambar.

Echo Restaurant

Night Life

See how different is it?

Nampak Krabi Resort, signboard memang menarik dan cantik. Ape lagi, selfie la kat sini. View cantik kan. Dah lepas selfie tue, tshirt hunting pulak. Dah nak pergi ke Phuket pulak, so nak cari tshirt for my family. Cari punyer cari, survey after survey, N jumpe satu kedai yang boleh nego harga baek punyer. Ako beli 4 helai tshirt total dapat 500 bath. Ikutkan 510 bath tp 10 bath tue, owner halalkan je. N nego size S (100 bath), M (150 bath) and L (180 bath). Kira ok la. Tempat lain men belasah saiz S je paling rendah 130 bath. So, moral of the story, size S boleh dapat 100 bath k. Try to get this price. Malaysia Boleh!!! #tibar

Gaya bersahaja

Bajet macho/cun! GMS la!

Dah jumpa tshirt, of course la ako lapar so aim for the street food. Street food nie memang tepi jalan je. Nama pun street food kan. Takkan atas jalan pulak. LOL!!! Masa datang tue full kowt meja stall tue so ako pun dok la usha tempat duduk sementara tunggu N beli fruit shake katenyer. Dia beli manggo shake and me of course orange shake. Bukan shake shake check it out. Itu shake drag queen je yang buat. Oops, mohon jangan terasa. Meh belanja sikir street food malam tue.

Nasi Goreng Thai with telur mata combine with orange shake. Malatop!

Nie stall nyer

Haaa.. N pulak lupe ape dier order malam tue tapi nie memang murah la. Mine total is 60 bath a.k.a RM 6.00. Sedap pun sedap. Licin aku makan. Lapar katenyer. Lepas makan tue nak bersantap pencuci mulut la pulak. Tak lain tak bukan banana nutella pancake! Tapi tapi dan tapi sebelum bersantap pencuci mulut, aku dan N survey our transportation to Phuket tomorrow. Ada dua cara la yang save cost. Satu naik bas dari Krabi Town to Phuket Bus Terminal. Satu lagi option, naik minivan direct je ke Phuket. Mula-mula kami inform agency pick-up kami dari bus terminal but, since minivan boleh sampai Phuket Airport terus so both of us decide untuk naik minivan. 3 kiosk survey mahal ya ampun. Nego nego tak lepas. Kiosk ke-4 nie kami bernasib baik. Mula-mula kena 350 bath. Nego paling rendah 200 bath tak lepas. N tambah konsonan, 230 bath. That lady nego 270 bath. Ok, last kami fight untuk 260 bath. Dekat 5 minit jugak la berperang harga akhirnya KAMI BERJAYA!!! 260 bath/pax. Kuasa nego rakyat Malaysia terbukti hebat! Excited dapat harga rendah punyer pasal, lupe nak snap kiosk tue. Kalau tak, u'oll boleh kowtim dengan this lady. Mohon ampun. Haa, dah setel dengan transportation, banana nutella pancake time. Hari nie, aku try stall lain. A bit mahal. Lebih 10 bath. Aku anggap sedekah jela. N setia dengan stall pancake malam pertama tue. Ikutkan jelah. Meh belanja gambar stall tue.

Stall Pancake Santek Sikit

Kali kami take away je. Makan kat bilik. Masing-masing dah penat berjalan jauh. Jauh perjalanan, luas permandangan katenyer. Ku relakan jiwa jelah. Sampai je bilik, nikmati pancake masing-masing. Habis makan je, N terus tido as for me pulak mengemas beg. Sebab malas nak kelam-kabut pagi esoknya. Minivan pick-up kami pukul 10.30 am. Habis kemas-mengemas pun pukul 12.00 pm so aku pun letih sangat dan masa untuk beta beradu.

Itulah ceritera nightwalking untuk hari kedua di Krabi. Pendek je. #pendekke LOL!!! Ok, next entry is about last day at Krabi and our journey to Phuket. Dah pukul 1.00 am. Tomorrow is Thursday and it's still a working day. Good night and wassalam!!! =0